Saturday, February 4, 2012

Kami Sokong Tokguru: Nasihat Untuk Yang Bergelar Pemimpin

Najib& Rosmah semasa majlis Depavali

Isteri berhak menerima bimbingan dari suami dan tunjuk ajar serta nasihat darinya samada dari sudut pendidikan agama, pergaulan sesama saudara baik dari sebelah isteri mahupun suami, dengan jiran tetangga, cara berpakaian (menutup aurat - memakai tudung labuh hingga ke dada),
cara mengawal emosi dan sebagainya.

Suami juga berhak mengajar isteri cara mendidik anak dengan betul malah isteri dan anak-anak berhak mendapat contoh akhlak yang terpuji dari suaminya.

Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka janganlah menyakiti jiran tetangganya, dan hendaklah kamu berpesan tentang berbuat baik terhadap perempuan kerana sesungguhnya perempuan ini dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, sebengkok-bengkok tulang rusuk itu yang atasnya,

sekiranya engkau keras cuba membetulkannya ia akan patah dan jika sekiranya engkau membiarkannya dia akan terus bengkok, oleh itu maka hendaklah engkau sentiasa berpesan tentang berbuat baik kepada perempuan”. (Hadis Riwayat Abu Hurairah)


Tanggungjawab memimpin Keluarga dan memimpin Negara

Rasulullah saw bersabda, "Setiap orang di antaramu adalah pemimpin dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya, seorang imam adalah pemimpin atas umatnya, dan dia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarganya" (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Tirmizi)

Firman Allah SWT, “Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari seksa api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,
penjaganya malaikat-malaikat yang keras yang tidak menderhakai Allah atas perintah-Nya dan selalu taat pada apa yang diperintahkan kepada mereka” (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Ayat dan hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Najib adalah suami dan pemimpin yang bertanggungjawab menjaga ahli keluarganya termasuk isteri dan rakyatnya dari segala macam perbuatan dosa ataupun syirik. Ia juga menegaskan hak isteri dan rakyatnya untuk dijauhkan dari perbuatan dosa dan maksiat.

Jika isteri nyata telah melakukan perbuatan dosa maka wajiblah suami mengambil tindakan. Sama juga jika rakyatnya nyata telah melakukan perbuatan dosa maka wajiblah pemerintah mengambil tindakan berlandaskan syariat Allah Yang Maha Berkuasa.

Namun begitu terdapat juga suami yang mengajak isterinya melakukan dosa dan maksiat, maka suami ini telah derhaka terhadap isterinya dan terhadap Allah kerana tidak menjalankan tugasnya untuk mendidik dan menjauhkan isteri dari perbuatan dosa.

Sama juga, jika ketua pemimpin yang mengajak rakyatnya melakukan dosa dan maksiat, maka pemimpin ini telah derhaka terhadap rakyatnya dan terhadap Allah kerana tidak menjalankan tugasnya untuk mendidik dan menjauhkan rakyatnya dari perbuatan dosa.

Di akhirat nanti, pemimpin yang membiarkan rakyatnya melakukan dosa dan maksiat, maka akan semakin terbuka luaslah jalan dirinya untuk ke neraka.

Sesungguhnya! tanggungjawab sebagai seorang ketua pemerintah umat Islam amatlah berat kerana setiap urusan dunia dengan rakyatnya akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jika lurus jalannya, insya Allah ke syurga, atau jika melencong jalan sudah tentu ke nerakalah jawabnya.

Berhati-hatilah wahai Mohd Najib Razak.. [arrayah.info/abuidris]


Kami Sokong Tokguru: Nasihat Untuk Yang Bergelar Pemimpin

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak