Thursday, February 2, 2012

Hasan Ali: 'Tsunami baru' boleh tumbang PR, bebaskan Pas - Nasional - Sinar Harian

"Kita berharap tsunami ini akan meragut pemimpin DAP, PKR dan parasit-parasit dalam Pas," katanya

SHAH ALAM - Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa Islam, Melayu dan Raja (IMR) adalah menifestasi yang amat ditunggu-tunggu masyarakat khusus bagi mengembalikan semula tiga elemen yang didakwa telah pudar di negara ini, dan yakin 'tsunami' beliau boleh menumbangkan Pakatan Rakyat (PR) selain membebaskan Pas daripada parasit.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini berkata, orang ramai selama ini menanti ada pihak yang memulakan perjuangan ini.

Menurutnya, beliau yakin IMR akan mendapat sambutan hangat secara berterusan, berdasarkan jumlah hadirin dalam siri jelajah beliau dalam minggu ini.

"IMR satu manifestasi, banyak SMS saya terima yang menggambarkan betapa rakyat Malaysia menunggu kedatangan IMR ini.

"Ini kerana cabaran getir yang dihadapi masyarakat, masalahnya pupusnya agama," katanya dalam ceramah "Bersatulah Ummat" di Padang Reformasi, Jalan Kebun, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, keadaan masyarakat pada masa kini membuktikan bahawa agama Islam semakin dipinggirkan.

"Buktinya, berdasarkan pemerhatian saya setiap keluarga hanya segelintir sahaja anaknya sembahyang cukup lima waktu.

"Masjid tidak ramai jemaah pada waktu subuh, ustaz-ustaz tidak digunakan, perkara ini bukan main-main, ia terjadi dalam masyarakat kita sekarang ini," katanya.

Menurutnya, masyarakat kini khuatir bahawa generasi akan datang tidak mampu untuk menyebut elemen dalam IMR.

Bagaimanapun, beliau berkata, masih terdapat halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi termasuk bantahan dalam ahli politik tertentu.

Hasan berkata, pemecatan beliau juga berpunca dari usaha menegakkan IMR yang ditentang oleh pemimpin PR.

Menurutnya, berdasarkan sambutan amat menggalakkan jelajah kali ketiga ini, beliau berharap ia akan menumbangkan pemimpin PR dan membebaskan Pas dari kawalan parasit.

"Kita berharap tsunami ini akan meragut pemimpin DAP, PKR dan parasit-parasit dalam Pas," katanya.

Difahamkan, Hasan akan melancarkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) dan penubuhan Pertubuhan Bukan Kerajaan, Jati pada 21 Februari ini bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Hasan Ali: 'Tsunami baru' boleh tumbang PR, bebaskan Pas - Nasional - Sinar Harian

1 comment:

adam said...

mintak hasan ali siasat sape dalang kes kepala babi yg dilelak dimasjid2...lebih baik dari menjaja fitnah..kesian betullah aku tgk dia....

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak