Showing posts with label Renungan Sejenak. Show all posts
Showing posts with label Renungan Sejenak. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Kami Sokong Tokguru: Nasihat Untuk Yang Bergelar Pemimpin

Najib& Rosmah semasa majlis Depavali

Isteri berhak menerima bimbingan dari suami dan tunjuk ajar serta nasihat darinya samada dari sudut pendidikan agama, pergaulan sesama saudara baik dari sebelah isteri mahupun suami, dengan jiran tetangga, cara berpakaian (menutup aurat - memakai tudung labuh hingga ke dada),
cara mengawal emosi dan sebagainya.

Suami juga berhak mengajar isteri cara mendidik anak dengan betul malah isteri dan anak-anak berhak mendapat contoh akhlak yang terpuji dari suaminya.

Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka janganlah menyakiti jiran tetangganya, dan hendaklah kamu berpesan tentang berbuat baik terhadap perempuan kerana sesungguhnya perempuan ini dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, sebengkok-bengkok tulang rusuk itu yang atasnya,

sekiranya engkau keras cuba membetulkannya ia akan patah dan jika sekiranya engkau membiarkannya dia akan terus bengkok, oleh itu maka hendaklah engkau sentiasa berpesan tentang berbuat baik kepada perempuan”. (Hadis Riwayat Abu Hurairah)


Tanggungjawab memimpin Keluarga dan memimpin Negara

Rasulullah saw bersabda, "Setiap orang di antaramu adalah pemimpin dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya, seorang imam adalah pemimpin atas umatnya, dan dia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarganya" (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Tirmizi)

Firman Allah SWT, “Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari seksa api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,
penjaganya malaikat-malaikat yang keras yang tidak menderhakai Allah atas perintah-Nya dan selalu taat pada apa yang diperintahkan kepada mereka” (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Ayat dan hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Najib adalah suami dan pemimpin yang bertanggungjawab menjaga ahli keluarganya termasuk isteri dan rakyatnya dari segala macam perbuatan dosa ataupun syirik. Ia juga menegaskan hak isteri dan rakyatnya untuk dijauhkan dari perbuatan dosa dan maksiat.

Jika isteri nyata telah melakukan perbuatan dosa maka wajiblah suami mengambil tindakan. Sama juga jika rakyatnya nyata telah melakukan perbuatan dosa maka wajiblah pemerintah mengambil tindakan berlandaskan syariat Allah Yang Maha Berkuasa.

Namun begitu terdapat juga suami yang mengajak isterinya melakukan dosa dan maksiat, maka suami ini telah derhaka terhadap isterinya dan terhadap Allah kerana tidak menjalankan tugasnya untuk mendidik dan menjauhkan isteri dari perbuatan dosa.

Sama juga, jika ketua pemimpin yang mengajak rakyatnya melakukan dosa dan maksiat, maka pemimpin ini telah derhaka terhadap rakyatnya dan terhadap Allah kerana tidak menjalankan tugasnya untuk mendidik dan menjauhkan rakyatnya dari perbuatan dosa.

Di akhirat nanti, pemimpin yang membiarkan rakyatnya melakukan dosa dan maksiat, maka akan semakin terbuka luaslah jalan dirinya untuk ke neraka.

Sesungguhnya! tanggungjawab sebagai seorang ketua pemerintah umat Islam amatlah berat kerana setiap urusan dunia dengan rakyatnya akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jika lurus jalannya, insya Allah ke syurga, atau jika melencong jalan sudah tentu ke nerakalah jawabnya.

Berhati-hatilah wahai Mohd Najib Razak.. [arrayah.info/abuidris]


Kami Sokong Tokguru: Nasihat Untuk Yang Bergelar Pemimpin

Saturday, June 19, 2010

Isu GAZA Yang Kian Suam


Kita menangis untuk GAZA hanya sekejap,kita menadah doa untuk GAZA mengikut musim,kita berbicara tentang GAZA hanya di mulut.Selepas segalanya dah sejuk,fikiran pun dikosongkan dari memikirkan tentang GAZA.Kita mudah tertipu dengan tipu daya musuh.itulah hakikat yang perlu ditelan oleh kita.

Perancangan rapi musuh telah memerangkap kita.kita telah terperangkap dengan permainan mereka.World cup yang datang selepas tragedi MAVI MARMARA diserang cukup untuk menukarkan rasa sedih dan geram kita pada kejadian itu kepada kegembiraan dan kelalaian kita menonton dan bersorak untuk pasukan pilihan masing-masing.tidak salah untuk menonton,tapi jika ada yang sanggup berkorban apa saja untuk terpacak di depan tv semata-mata tidak mau ketinggalan menyaksikan secara live perlawanan,itu satu kerugian yang nyata.kalau minat bola sekalipun,biar diseimbangkan dengan perkara-perkara lain yang lebih bermanfaat.GAZA tidak berhenti menangis,tapi kita sudah cepat-cepat mengesat air mata yang tidak kelihatan itu.Ingat,GAZA itu tanggungjawab kita bersama.

World cup juga satu konspirasi jahat dari musuh yang telah dirancang rapi.lagunya,lambangnya,nama bolanya..semua mengandungi seribu satu konspirasi yang tersirat.Terpulanglah untuk mempercayainya atau tidak.Gerakan halus ini sangat licik pergerakannya.hampir kita tidak sedari,gerakan ini telah berada di sekeliling kita melalui racun-racunnya yang lima seperti yang disebutkan dalam post sebelum ini iaitu 5S=SONG,SMOKE,SPORT,SCREEN,SEX.

Bangunlah dari tidur wahai Umat Muhammad s.a.w.Saudara kita di GAZA memerlukan pertolongan kita.Jangan terpedaya dengan musuh yang sentiasa mencari peluang menghancurkan kita dari pelbagai sudut.Amat rugi air mata yang mahal itu dicurahkan ke tempat yang tidak selayaknya.Curahlah untuk menangisi keperitan saudara kita di sana.

-TintaEmas


faizal JaaFar Insite

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU KEPADA SEMUA, TERUTAMA KEPADA SEMUA IBU-IBU BLOGGER PAKATAN RAKYAT MUGA ALLAH MEMBERKATI JASA KALIAN DARI AYID MANJADDA WAJADDA

Daripada rahim seorang ibu pernah lahir seorang Nabi akhir zaman.

Meskipun ibu kita bahkan sesiapa sahaja yang bergelar ibu hari ini bukanlah Siti Aminah binti Wahab, Si Bunga Quraisy pilihan Allah sebagai ibu termulia darjatnya seisi alam kerana melahirkan manusia suci bernama Muhammad, namun dalam rahim seorang ibulah, roh kita ditiupkan.

Daripada sebesar zarah, jasad dan batin kita dipersiap selama sembilan bulan 10 hari sebelum lahir ke alam duniawi. Itu mukjizat Tuhan yang sedang berlegar di depan mata hambanya.-Kosmo


Sunday, May 2, 2010

Mengenang Aminah Assilmi, Dari Kristen Radikal Menjadi Seorang Muslimah

Berawal dari kesalahan data komputer, hidup perempuan cerdas ini berubah total dari seorang penganut Kristen Baptis yang taat dan seorang feminis yang radikal, menjadi seorang muslimah dan salah satu tokoh cendekiawan Muslim di AS. Selama 33 tahun menjadi seorang Muslim, ia aktif berdakwah, diundang sebagai pembicara, menulis dan memberikan advokasi di bidang keislaman dan hak-hak perempuan. Dunia internasional mengenal dan menghormatinya sehingga baru-baru ini ia terpilih sebagai satu dari 500 Muslim paling berpengaruh di dunia.

Baca seterusnya

Friday, February 26, 2010

LAGI BUKUU-BUKU ZUNAR DIRAMPAS


Polis yang begitu 'taksub' dengan karya kartunis satira Zunar atau lebih dikenali sebagai Zulkiflee Anwar Haque, sekali lagi merampas sejumlah buku karya terbarunya minggu lalu.


Zulkiflee berkata beliau masih mengenalpasti jumlah sebenar buku-bukunya yang dirampas, tapi mengesahkan sebanyak 15 naskhah telah dirampas di dua buah kedai buku di Kepala Batas.

“Saya mendapat tahu bahwa polis merampas buku yang tidak diketahui jumlahnya di Bukit Mertajam dan Butterworth," katanya.

Beliau berkata operasi itu diketuai Cif Insp Mohd Noor Azlan Mansor daripada balai polis Seberang Perai. Pulau Pinang. Malaysiakini masih belum berjaya menghubungi pegawai berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.

Buku berjudul 'Isu dalam Kartun' itu merupakan kompilasi karya daripada pelbaagi artis, menyentuh isu-su semasa seperti kes kehilangan enjin jet pejuang, kontroversi penggunan kalimah Allah dan juga pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Kulit buku tersebut menarik perhatian pembaca kepada dua karya di dalamnya yang bertajuk 'Sumpah di Bumi Komisen' dan 'Dari PD ke Mongoria' yang ditujukan sinis kepada pemimpin tertinggi negara.

Karya Zulkiflee sebelum ini - '1 Funny Malaysia' dan majalah 'Gedung Kartun' juga dirampas kementerian dalam negeri.

Sumber

Saturday, February 20, 2010

Detik-detik Hidup Al Syahid Hasan Al-Banna



Detik-detik Hidupku





Latar Belakang Ringkas
Al-Syahid Hasan Al-Banna

Keadaan di Mesir pada zamannya.



Hasan al-Banna dilahirkan di Mesir pada awal abad 20 Masehi. Dalam suku

  1. pertama abad 20 Masehi ini dia telah melancarkan satu gerakan Islam yang besar,
  2. yang terkenal dengan nama "Ikhwanul Muslimin". Hasan al-Banna dan Ikhwanul
  3. Muslimin adalah dua nama yang tidak dapat dipisahkan. Begitu bertenaga sekali
  4. gerakan tersebut sehingga pengaruhnya bukan saja merebak di Mesir, tetapi telah
  5. meresapi seluruh Dunia Arab. Gerakan Ikhwan telah mencetuskan kebangkitan Islam
  6. dan roh Islam di Dunia Arab.



  1. Jika kita betul-betul hendak menghargai segala usaha beliau dan memahami
  2. peribadinya, maka perlulah kita mengenali suasana (keadaan) dan zaman ketika beliau
  3. dilahirkan, dibesarkan dan dididik. Disamping itu, kita juga perlu mengetahui
  4. cabaran-cabaran dalaman dan antarabangsa yang sedang mengancam Mesir ketika
  5. Imam Hasan al-Banna dilahirkan. Sekarang kita akan mengkaji zaman ketika beliau
  6. dilahirkan dan peranan besar yang dimainkan olehnya.

Gerakan Pembebasan - Terbahagi kepada dua kumpulan besar.



  1. Pemberontakan Airabi Pasya gagal pada tahun 1833 Masehi. Kegagalan ini
  2. merupakan satu malapetaka politik yang besar bagi Mesir. Peristiwa tersebut
  3. menimbulkan ketakutan dan kekecewaan diseluruh negara Mesir. Lantaran itu, Mesir
  4. dilanda pertikaian disegi akhlak dan kefahaman (ideologi). Orang ramai berasa takut
  5. bila nama gerakan pembaharuan atau politik disebut. Keadaan ini berlarutan sehingga
  6. permulaan abad 20 Masehi. Akhirnya sebuah pertubuhan belia Mesir telah ditubuhkan
  7. untuk memupuk kesedaran kepada rakyat Mesir. Mereka melancarkan gerakan
  8. menentang British. Para pemuda ini tergolong ke dalam dua kumpulan. Kumpulan
  9. pertama memiliki semangat Islam. Kumpulan yang kedua pula inenggunakan cara
  10. yang agak baru dan berlainan. Cogan kata mereka ialah "Kebangsaan Mesir". Dasar
  11. perjuangan kumpulan kedua ini bertentangan dengan kumpulan pertaina yang
  12. berlandaskan nilai-nilai Islam serta menyebelahi Kerajaan Turki Bani Othmaniah.


Kumpulan Pertama

Kumpulan pertama cintakan Islam dan tanah air. Kumpulan ini diwakili oleh
pertubuhan "Al Hizbul Watani" yang dipirnpin oleh Mustaffa Kamal, seorang yang
bijak bersyarah. Beliau memupuk semangat kebangsaan yang berdasarkan Islam di

Siri 2 menyusul

Koleksi EBOOK oleh: www.ziddu.com


Friday, February 19, 2010

Datuk Nik Aziz - 20 Tahun Kelantan, tak pernah pun berarak. Lim Guan Eng baru saja. Mana Kelantan tiru dia (Pulau Pinang),” ujarnya.




KOTA BARU, Feb 19 — Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mendakwa kerajaan negeri itu seolah-olah terpengaruh dengan langkah Pulau Pinang dengan tidak mahu mengadakan perarakan sempena Maulidur Rasul tahun ini.


Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan, beliau tidak akan berganjak dengan pendirian kerajaan negeri dalam soal itu walaupun terus menerima kritikan atau kecaman.


Malah beliau juga mempersoalkan sebab Umno hanya mahu menimbulkan perkara tersebut selepas 20 tahun beliau memimpin kerajaan negeri Kelantan.


Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian berkata pendirian kerajaan negeri seolah-olah menunjukkan mereka sudah terpengaruh dengan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP.


“Pemuda Umno melihat sejak akhir-akhir ini wujud senario baru dalam kepimpinan kerajaan PAS Kelantan. Maksudnya, dalam segenap tindak tanduknya seolah-olah mengikut telunjuk dan jejak langkah Lim Guan Eng.


“Termasuklah membenarkan kalimah Allah dan bacaan ayat suci al-Quran dipergunakan oleh orang bukan Islam,” katanya sewaktu dihubungi.


Beliau menambah prinsip kerajaan Kelantan itu boleh memberi kesan buruk kepada umat Islam dalam usaha penerapan kefahaman peri pentingnya seluruh ummah mengamalkan sunah Rasul.


Sehubungan itu Anuar mempersoalkan keutamaan antara sambutan Maulidur Rasul dan sambutan bulan sembahyang, bulan hudud atau hari peristiwa Memali yang dilaksanakan secara eksklusif pada setiap tahun.


“Sekiranya hari-hari itu boleh disambut dengan menggunakan belanja serta peruntukan yang besar, kenapa tidak lakukan perkara yang sama kepada sambutan Maulidur Rasul sebagai acara simbolik bagi mendekatkan maknawi rakyat kepada Rasul?


“Bukankah hikmat sambutan hari Maulidur Rasul boleh mendekatkan jiwa umat Islam terhadap junjungan besar nabi Muhamad SAW?


“Mungkin tidak silap kalau ada tanggapan mengatakan PAS memperkecil-kecilkan sambutan Maulidur Rasul kerana terikut rentak dan kemahuan DAP di samping ingin meraih sokongan bukan Melayu sahaja," ujarnya.


Sambutan Maulidur Rasul menjadi isu, malah sekali gus menjadi bahan perang pemimpin politik setelah Lim selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dilapor akan membatalkan upacara perarakan pada sambutan berkenaan.


Sehubungan itu Nik Aziz membidas segelintir masyarakat termasuk Umno yang sibuk mempertikaikan isu sambutan Maulidur Rasul yang disifatkannya sebagai isu remeh.


“Kenapa nak sibuk sangat dengan isu remeh ini. Lebih 20 tahun saya pegang Kelantan, tidak pernah berarak pun.


“Kita kena ingat, maulid ini disambut hanya selepas 300 tahun baginda wafat.


“Ini lah masalah kita orang Melayu kalau terima Islam bukan dengan cara belajar dan mentelaah, tetapi terima dengan tradisi. Yang belajar pun kadang-kadang belajar lain buat lain,” katanya.


Sambil mengaku pendekatan kerajaan negeri yang hanya mengambil kesempatan sempena bulan Maulidur Rasul dengan mengadakan ceramah dan kuliah-kuliah Islam khusus mengenai topik berkaitan adalah memang berbeza dengan negeri-negeri lain.


Kata beliau, hakikat afdalnya sambutan atau mengingati Maulidur Rasul bukan sekali setahun bahkan sebaliknya, setiap hari dan sepanjang masa.


“Kita sambut maulid ini kerana hendak mengingati hari kelahiran Nabi. Hakikat ingat ke Nabi ini tak boleh sekali setahun begitu, sepanjang masa kita mesti ingat. Ini sebenar-benar pelaksanaan Maulud Nabi.


“Sebab itu dasar PAS Membangun Bersama Islam sentiasa teliti terhadap segala pelaksanaannya dalam segenap aspek termasuk mengambil kira halal haram, syurga neraka dan dosa pahala,” jelasnya.


Mengulas lanjut dakwaan kononnya isu tersebut sengaja dipolitikkan ekoran konflik sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, Nik Aziz menafi meniru kerajaan DAP di Pulau Pinang sebaliknya mendakwa “kerajaan Pulau Pinang yang meniru Kelantan."


“Saya dah katakan, 20 tahun saya pegang Kelantan, tak pernah pun berarak. Lim Guan Eng baru saja. Mana Kelantan tiru dia (Pulau Pinang),” ujarnya.

.themalaysianinsider

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak