Monday, May 30, 2011

Umno Pujuk Nik Aziz, Tawar 3 Jawatan Menteri

kehebatan Nik Aziz digeruni oleh kawan dan lawan termasuk kaum bkn Islam. batil pulang ke hak bkn sebaliknya...ingat2lah pemimpin umno, jangan ingat jiwa TGNA sama macam jiwa puak2 umno...TGNA bukannya jenis manusia yg cintakan dunia...

KUALA LUMPUR 30 MEI : Umno menawarkan tiga jawatan menteri kepada PAS, sekiranya Murshidul Am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju kepada penubuhan kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti itu, kata Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain.

Datuk Nik Aziz bagaimanapun menolak tawaran itu kerana PAS tetap komited kepada Parti Keadilan Rakyat dan DAP dalam Pakatan Rakyat, kata beliau.

Muhammad berkata Nik Aziz mendedahkan tawaran Umno itu pada majlis bersama anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat. (Ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," kata Muhammad yang turut hadir pada majlis itu.

Menteri Besar Kelantan itu tidak mengenal pasti pemimpin Umno yang membuat tawaran berkenaan namun merujuknya sebagai seorang pesara kerajaan bergelar Datuk.

Pemimpin Umno itu dilaporkan mula 'berjinak" dengan Nik Aziz pada April lalu, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja keperluan PAS dan Umno menjalin kerjasama politik demi masa depan orang Melayu.

Difahamkan, majlis di Dengkil itu dihadiri kira-kira 500 orang termasuk Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan Ahli Parlimen Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh) dan Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu.

Sumber yang dekat Nik Aziz mengesahkan pegawai Umno itu menziarahi Nik Aziz beberapa kali, termasuk di rumahnya di Pulau Melaka.

Nik Aziz adalah antara pemimpin PAS yang paling lantang menolak idea kerjasama politik dengan Umno malah pernah mencadangkan supaya PAS mengadakan Muktamar Khas bagi membahas isu berkenaaan secara telus.

TVS NEWS

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak