Saturday, June 4, 2011

Mat Sabu sah No 2 PAS, kumpulan profesional sapu bersih


GOMBAK, 4 Jun — Mohamad Sabu sah menang kerusi jawatan timbalan presiden PAS dalam percubaan kali kedua dengan menewaskan dua calon termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa, sekali gus menyaksikan barisan kepimpinan parti kali ini dikuasai kumpulan profesional.

3 comments:

puakPas said...

Taniah! pro ulamak dan non ulamak telah kalah, pro UG dan anti UG telah hancur, ulamak dan erdogan telah binasa, ulamak dan profesional telah mati.
PAS menang! PAS menang lagi!. UMNO tetap akan kalah walaupun siapa yang menang di kalangan ahli PAS.
PAS telah menang.
Marilah sama-sama kita memohon ampun kepada Allah, kerana kotornya pemikiran kita, jahatnya hati kita, dimana kita sama-sama telah menyebarkan pelbagai cerita dongeng dan gelaran jahiliyyah, sesama ahli PAS demi untuk dipilih sebagai panglima perjuangan Islam, dimana kesannya adalah perpecahan dalam kesatuan ahli parti kita.
Selepas hari ini tiada lagi gelaran dan kepuakan seperti sebelum ini disebarkan kecuali dari mulut busuk para MUNAFIQ dalam perjuangan Islam.
Para ulamak dalam PAS mestilah bersyukur, kerana begitu ramai manusia bangkit untuk membantu mereka membangunankan Islam di Malaysia.
Para ulamak dalam PAS mestilah berterima kasih, kerana mereka boleh menumpukan lebih banyak masa untuk mendidik begitu ramai ahli PAS yang setia dan laparkan ilmu dan tarbiyyah.
Mereka yang bukan ulamak, mestilah bersyukur kerana inilah masa mereka membantu kerja para ulamak dan menjadi sendi dan tulang kepada usaha para Rasul.
Mereka yang terpilih mesti berusaha untuk menjadi ulamak dengan belajar agama secara profesional daripada ulamak dalam PAS.
ini hakikatnya,
Abe Mat Sabu telah menang dengan cemerlang, Tuan Man Tuan Ibrahim menang bergaya, Nasaruddin Mat Isa menang menang lagi.
Ketiga-tiga panglima PAS ini telah menunjukkan jasa yang amat besar kepada perjuangan Islam. Kekalahan dalam pemilihan bukan bererti kalah dalam perjuangan. Ketiga-tiga panglima ini mesti diketengahkan dan diletakkan ditempat sewajarnya selepas daripada ini.

AMARAN.
Sila buang perkataan berikut dari blog anda, pro ulamak, non ulamak, pro UG, anti UG, Erdogan. Perkataan kotor dan cemar ini tidak sepatutnya wujud dalam blog yang tidak BANGANG

Anonymous said...

Imam Muslim meriwayatkan, bahawa Nabi Muhammad saw
bersabda (maksudnya): Allah tidak melihat rupa paras
atau kekayaan kita, tetapi Dia melihat hati dan amalan
kita bagi menentukan kedudukan manusia di sisi-Nya.”

Jadi Allah juga tidak melihat pro ulamak, non ulamak, pro UG, anti UG, Erdogan, yang Dia lihat adalah keikhlasan hati-hati mereka memperjuangkan agama Islam. Esok di akhirat kita sama sahaja, yang berbeza adalah ketakwaan kita kepadaNya.

Tahniah Mat Sabu, tahniah PAS kerana berjaya melaksanakan pemilihan yang lancar tidak seperti puak yang satu lagi tu...politik wang, politik wang, politik wang... akhirnya memilih pemimpin yang menjual negara, dan menyusahkan rakyat.

Unknown said...

Tahniah abnag Mat

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak