Thursday, May 26, 2011

No. 2 PAS: Caturan Tuan Ibrahim ‘kelebihan’ Mat Sabu? -


Jika dilihat dari sudut pencalonan diterima, Mohamad atau lebih dikenali sebagai “Mat Sabu” berpeluang untuk memenangi kerusi itu kali ini.

Melihat kepada prestasi Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok sebagai pemimpin utama parti, beliau didakwa gagal untuk mengangkat parti berada di kedudukan terbaik selain tidak membawa lebih banyak perubahan selaku timbalan kepada Hadi.

Nasharudin sudah dua penggal berada di kerusi itu. Mat Sabu cuba kali kedua manakala Tuan Ibrahim turun julung kali.

Walaupun Tuan Ibrahim dilihat calon bukan pilihan dari segi pencalonan, tetapi ternyata beliau adalah yang paling popular sejak kebelakangan ini.

Di atas kertas, ramai yang berpendapat Mohamad akan memenangi jawatan itu. Namun, ia masih belum menjamin kedudukan itu walaupun mendahului senarai pencalonan.

Persaingan jawatan timbalan presiden PAS kali ini agak unik kerana ia menyaksikan pertembungan dua pemimpin ulama dan seorang dari golongan profesional.

The Malaysian Insider

3 comments:

Anonymous said...

Para perwakilan wajar semak dulu rekod perjuangan Mat Sabu dibandingkan dengan Tuan Brahim.Jadi Pengerusi JK Disiplin pun Tuan Brahim tak mampu,bagimana nak jadi orang No.2.Sejak bila Tuan Brahim berjuang dibandingkan dengan Mat Sabu.Nasaruddin sudah tak boleh kira lagi - dianggap hangus.Dia gaggal sebagai No.2,asyik nak jadi kaya aje.

Unknown said...

ustaz nasa,banyak kontreversi dan cara pergaulannya dengan rakyat nampak "eklusif",
saya lebih senang dengan Abang Mat banyak jasanya dan mudah mesra dengan rakyat bawahan.

hussin said...

Biar apa pun, para perwakilan perlu menaikkan taraf muktamar pas ke 58 ke 'muktamar khas' sepertimana yang disarankan oleh tgna. Sepertimana kata tgna, biarlah perwakilan membuat keputusan menentukan hala tuju pas - bersama pakatan rakyat atau 'pas gabung umno'.

Perkembangan yang terbaru dari pahang, pemuda pas telah "dibisikkan" dari kepimpinan tertinggi pas supaya menarik diri dari bantahan projek lynas!!!

Status sumber dan maklumat adalah "fitnah yang benar".

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak