Tuesday, October 26, 2010

Ku Li Tak Dihormati Orang Asli Lagi -Tok Batin.


Sultan bersama rakyat, ini yang rakyat suka.

GOMBAK, 25 Okt 10:
Tengku Razaleigh Hamzah sudah tidak dihormati lagi oleh orang Asli, terutamanya di Galas. Jelas Tok Batin sebuah perkampungan Orang Asli di Gombak yang ditemui oleh wakil weblog Ibnu Hasyim sebentar tadi.

"Ramai orang Asli yang dulunya penyokong kuat Ku Li dah tak suka lagi kepada beliau. Dulu dia kuat dengan Sultan Kelantan, la ni dah tak macam tu lagi.. Orang Asli patuh pada Sultan." Katanya yang baru pulang dari Galas. Dia pergi bersama ribuan Orang Asli yang dibawa oleh JOA yang berkempen di sana. Dia pulang sebentar tanpa memberi tahu rombongannya.

Menjelang hari penamaan calon pilihan raya kecil Dun Galas, esok, kini kedua-dua parti sedang bersiap sedia mempamerkan kekuatan menjelang perarakan. Bandar Gua Musang yang terletak hampir 200 kilometer dari Kota Bharu dan 300 kilometer dari Kuala Lumpur mulai dilimpahi manusia. Ramai yang tidak dikenali kelihatan di sana-sana. Biar pun hari penamaan calon agak luar biasa kerana diadakan pada hari bekerja, namun ia tidak menghalang kedatangan tenaga kempen dari luar.

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersebut dianggap banyak pihak sebagai tidak mesra pengundi. Mengambil kira hari mengundi juga jatuh pada hari bekerja, kerajaan negeri menjadikan 4 November ini sebagai cuti umum di Kelantan. Manakala petugas parti di kalangan penduduk tempatan dan pembantu dari luar mulai memasang sepanduk dan lambang parti di kawasan mereka malam sehingga awal pagi tadi.

Semalam juga berakhir teka teki siapa calon Barisan Nasional (BN), apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Setiausaha Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusof. Pengumuman itu mengiyakan telahan yang dibuat banyak pihak sebelum ini, orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai calon bagi meneruskan cabaran merampas semula Dun Galas.

“Nampaknya usaha Ku Li untuk memastikan orang kanannya diberi tempat benar-benar menjadi kenyataan. Saya juga diberitahu Ku Li memberi kata dua itu kepada pemimpin kanan Umno di Kuala Lumpur.

“Difahamkan Ku Li hanya menerima pelantikan sebagai pengarah jentera pilihan raya BN sekiranya calon dipilih atas kehendaknya,” kata seorang aktivis Majlis NGO Kelantan, lapor Harakahdaily.

Beliau juga mendakwa Ku Li menolak cadangan banyak pihak dalam Umno untuk memberi peluang kepadanya sebagai calon di Galas. Katanya Ku Li sudah melihat dari awal lagi pengaruhnya tidak mampu lagi menarik simpati pengundi di Galas.

“Ku Li sudah tidak ada apa-apa kuasa dan kedudukan dalam Umno sekarang. Jadi sekarang tidak ada apa-apa yang mampu beliau janjikan kepada rakyat Galas.

“Lagi pun rakyat Gua Musang kenal siapa Ku Li. Kalau tanpa ada Kesedar yang bertanggungjawab membangunkan kawasan hulu Kelantan, tiada projek besar yang mampu dilaksanakan kerajaan pusat,” ujarnya lagi.

Muhyiddin juga seperti tidak serik apabila terus menabur janji ketika janji 2009 di Manek Urai belum membuahkan hasilnya. Jambatan yang menyeberangkan Sungai Lebir di Kampung Manek Urai lama belum kelihatan selepas lebih setahun pilihan raya Dun berkenaan berlalu.

Oleh itu pesan Tok Batin kepada pengundi-pengundi Galas, "Tolak saja BN kali ini, buktikan kita patuh, taat setia dan bergembira apabila Tuanku Sultan Kelantan yang makin 'ngam', dengan pimpinan PAS sekarang ini.." (AK)

Ibnu Hasyim

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak