Friday, June 11, 2010

World Cup Dah Start..Afrika Lawan Mexico Masih 0-0..Tapi Mana Janji Najib Nak Buat Pengumuman Tentang Judi???

Satu sidang media khas yang dijadualkan hari ini bagi menjelaskan isu pemberian lesen judi sukan dibatalkan di saat terakhir.

Malaysiakini difahamkan, sidang media oleh menteri hal ehwal agama Datuk Jamil Khir Baharom itu dibatalkan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kira-kira 40 orang petugas media menuggu di ruang mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya selama satu jam sejam pagi ini untuk sidang media berkenaan.

"Perdana menteri sendiri akan buat penjelasan tersebut," menurut sumber.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Najib akan membuat penjelasan tersebut hari ini.

Beliau hadir hari ini bagi menghadiri upacara perasmian masjid ini, yang akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang berharga RM200 juta itu mula dibina pada 2004 dan mampu menampung sehingga 20,000 jemaah.

Ia dibina menggunakan 6,000 tan besi atau 70 peratus besi, selebihnya 30 peratus konkrit.

Masjid itu juga dilengkapi dengan dewan solat utama, tiga unit kuarters dua tingkat, 10 unit kedai, dewan dan kemudahan Wifi.

Ayid: Wifi kedai mamak pun dah banyak. Itu tidak menjadi satu kelebihan

Malaysiakini

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak