Sunday, June 6, 2010

NAK 2 RIBU PERCUMA: DAPATKAN VIDEO CERAMAH PR BAGI KAT IBRAHIM ALI!

Berahim Ali Nak Bagi 2 Ribu Free..Gara-gara Tak Puas Hati Dengan Mahkamah

Kah..kah berahim..banyaknya duit ko..tak apa..berilah 2 ribu tu..nanti senang sikit nak dibicarakan di Mahkamah..Berahim memang terdesak, kerana permohonan untuk saman Saifuddin di Mahkamah ditolak, kerana bercanggah dengan Perlembagaan..sekarang ni nak cari pula pemimpin PAS atau PKR yang lain untuk dakwa mereka. Tak apalah, bicarakanlah..kerana orang difitnah, perlu dapat pembelaan. Tapi ada juga benda yang benar, dikatanya fitnah untuk kepentingan politik jangka masa panjang mereka.

Walaubagaimanapun, berahim perlu sedar, video ceramah bukannya keterangan kuat di mahkamah..bukannya macam keterangan lisan atau pakar..silap haribulan kena tolak..tak pa Berahim..teruskan terpekik terlolong panggil hujan..PAS dah tak bagi dah ko kerusi Pasir Mas kat ko..rakyat sana pun tak nak doh undi wakil rakyat spesis katak..susah nak kawal..lompat sana sini..orang kelate kata..dok pakai gawa habuk pun(Justice For All)

Ibrahim Ali tawar RM2,000 serah pita rakaman ceramah

2010/06/06

PASIR MAS: Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali menawarkan wang tunai RM2,000 kepada sesiapa yang menyerahkan pita rakaman mengenai tindakan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk beliau ketika berceramah.

Beliau berkata, pita rakaman berkenaan akan dijadikan bukti pada perbicaraan nanti, sekali gus menunjukkan kedua-dua parti berkenaan mempunyai niat jahat hendak menjatuhkan maruah serta kredibilitinya.

"Tindakan parti berkenaan ketika berceramah berniat jahat mahu menjatuhkan maruah serta kredibiliti saya sebagai seorang pejuang Melayu tulen yang mengaitkan saya dengan syarikat judi.

"Mereka (Pas dan PKR) iri hati, cemburu dan ingin memperlekehkan saya, oleh itu saya menawarkan RM2,000 bagi setiap pita yang menunjukkan pemimpin daripada kedua-dua parti itu mengutuk saya ketika dalam ceramah mereka," katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas majlis membakar bendera Israel sebagai membantah tindakan regim itu yang bertindak ganas terhadap konvoi kapal bantuan untuk rakyat Palestin, di sini, semalam.

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak