 TVSelangor Melaporkan
TVSelangor MelaporkanSHAH ALAM 1 APR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  mendedahkan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) sebenarnya belum memfail  sebarang saman terhadap kerajaan negeri walaupun sudah membuat  pengumuman kepada media.
Rutin bercakap kepada media sebelum  membuat tindakan, memang menjadi tabiat kebanyakan pimpinan Umno Barisan  Nasional dulu kini dan selamanya.
Ugutan saman itu timbul  berikutan kerajaan negeri mengambil semula tanah di Serendah berikutan  YBK tidak melunaskan premium tanah berbelas-belas tahun lamanya.
YBK  sebaliknya memberi alasan, kononnya membangunkan kampus Universiti  Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sedangkan tanah itu terbiar selama  ini.
"Dia dikatakan memfail, dia buat pengumuman telah memfailkan  apa yang dipanggil ‘sue’ kepada kerajaan negeri tetapi membuat  pengumuman kepada media," kata Khalid pada sidang media selepas  mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.
Bagaimanapun, Khalid  berkata, kerajaan Selangor sudahpun bersiap sedia jika saman itu  diteruskan, dengan melantik peguam bagi proses pembelaan kes saman yang  dikemukakan YBK itu.
“Kerajaan negeri melantik Edmund Bon dari  Chooi & Co untuk mewakili kerajaan negeri dalam kes saman YBK. Kita  juga ada Penasihat Undang-undang Kerajaan Selangor,” katanya lagi.
 
 
No comments:
Post a Comment