TG Nik Aziz Harun Din kekal Mursyidul Am dan timbalan
 Harakahdaily    
KUALA LUMPUR,  29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  (PIC) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing  sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi  2010-2015.
Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis  Syura untuk sessi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja  Laut pagi ini.
Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam  Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri  Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri. Kelima-lima  mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka  minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan  utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.
Selain mereka ahli  Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz  Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim  Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).
Mewakili Dewan  Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz  Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz  Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan  Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.
Sessi baru Majlis  Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam  mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat  (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima  anggota tambahan dilantik.
Majlis Syura adalah badan tertinggi  dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi  17 orang berbanding 12 sebelum ini.
 
 
1 comment:
alhamdulillah :)
Post a Comment