Wednesday, April 14, 2010

Mungkinkah Hulu Selangor bakal menyaksikan pertandingan 10 penjuru hampir menyamai rekod 15 penjuru di Bukit Selambau?


PRK Hulu Selangor : 10 borang calon telah dijual

Posted by RAKYAT MARHAEN Rabu, 2010 April 14

Pengarah pilihanraya negeri, Dzulkifli berkata sebanyak 10 borang penamaan calon dijual kepada ejen atau wakil calon yang berhasrat bertanding pilihan raya kecil yang ditetapkan pada 25 April ini.

"Borang penamaan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor dijual di dua pusat, Pejabat Pilihan Raya Negeri di sini dan Pejabat Pengurus, Pejabat Daerah Hulu Selangor. Ada juga yang membeli dua hingga tiga borang penamaan calon dari kedua-dua pusat ini," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini.

Penamaan calon pilihan raya kecil itu akan diadakan Sabtu ini di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Dzulkifli berkata sebanyak 46 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai dengan 136 saluran mengundi serta 1,370 petugas terlibat dalam pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas

Mungkinkah Hulu Selangor bakal menyaksikan pertandingan 10 penjuru hampir menyamai rekod 15 penjuru di Bukit Selambau?

Begitulah rentak politik di Malaysia yang sentiasa panas dan sensasi selepas PRU 12.

Sementara itu Samy Vellu juga berang kerana berita MIC berpecah dan bergaduh serta beberapa majlis terpaksa dibatalkan tersebar.

Siapakah calon MIC di Hulu Selangor? lobi-melobi makin panas dalam BN.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

kredit to RAKYAT MARHAEN

1 comment:

Unknown said...

Laa..
baru jual borang ke,keh keh keh
yg umno bergegar berkempen dan seminggu tu ape.
kalau org lain buat tak boleh tapi kalau umno berkempen sebulan lebih awalpun tak pe.

p/s; setakat hari ini kawe tak pernah ban mana-mana ip kat shoutmix.try demo masuk sekali lagi.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak