Showing posts with label Politik UMNO. Show all posts
Showing posts with label Politik UMNO. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

JADI MACAM SINGAPURA,KENAPA EZAM TAKUT?


Mahluk specis ape dia ini
Aspan Alias

Senator Ezam Mohd Nor berkata kalau PR memerintah PR akan dipengaruhi DAP dan Malaysia akan menjadi seperti Singapura. Apa maksud beliau susah hendak difahami dan itu tidak menjadi hal, kerana Umno memangnya sebuah parti yang pemimpin-pemimpinnya selalu bercakap yang susah hendak difahami oleh orang ramai. Apa yang tidak eloknya di Singapura itu mungkin Ezam sahaja yang tahu.

Apa yang Ezam (gambar) takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura? Adakah Ezam takut Malaysia tidak lagi kaya rasuah seperti di Singapura? Adakah Ezam takut Malaysia akan menjadi negara maju jika negara ini menjadi seperti Singapura? Adakah Ezam takut jika Malaysia menjadi negara yang mempunyai kepimpinan yang beretika dan pemimpin-pemimpinnya tidak berlumba-lumba untuk menakluki segala harta kekayaan negara?

Read more

Tuesday, December 6, 2011

Hebat. Macam main enjit enjit semut



Usah cuit perasaan Melayu

NAJIB bersalaman dengan ahli PEKIDA ketika hadir merasmikan Perhimpunan Perdana Pekida Malaysia di Shah Alam, semalam.
NAJIB bersalaman dengan ahli PEKIDA ketika hadir merasmikan
Perhimpunan Perdana Pekida Malaysia di Shah Alam, semalam.

Perkara asas dalam perlembagaan tak perlu dirungkai, pertikai: PM


SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak menegaskan perkara asas yang sudah termaktub dalam Perlembagaan ketika membina negara tidak perlu dirungkai, dipertikai atau dirundingkan semula. Perdana Menteri percaya dalam kerangka Perlembagaan sama ada yang tersurat dan tersirat, kerajaan boleh membina sebuah negara yang adil dan saksama untuk semua kaum.
Sambil membidas pakatan pembangkang kerana belum lagi berkuasa sudah mempersoalkan dasar untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera, Najib ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama PM sempena Perhimpunan Perdana Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), semalam, berkata: “Orang Melayu tidak pernah bersikap pelampau di bumi ini. Orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang rasis. Orang Melayu sejak merdeka sanggup berkongsi kuasa dan memberi apa yang adil kepada mereka.

“Kita mengamalkan wasatiyyah sebagai pendekatan kita sejak dulu. Kita menolak kefahaman keterlaluan, kefahaman ekstrem tidak menjadi dasar pegangan. Orang Melayu menghulur tangan kepada orang bukan Melayu untuk membina negara yang aman, bersatu dan lebih makmur.

“Jangan sesekali mereka mencuit perasaan orang Melayu dengan nak ubah apa termaktub dalam perlembagaan kita. Apa yang kita rundingkan waktu merdeka dulu, perkara ini akan dipertahankan, PEKIDA akan pertahankan,” katanya.

Wednesday, November 30, 2011

TPM ajak Ahli UMNO berjihad!!!

Jihad merupakan alternatif yang terakhir sekiranya sesebuah negara itu tidak mahu tunduk kepada sistem Islam dan tidak mahu membayar jizyah seperti mana tertera di dalam surah at-Taubah ayat 29:

"Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, hari kiamat, serta tidak mengharamkan apa yang diharamkan apa sahaja yang telah diharamkan oleh Allahswt dan Rasul-Nya, dan tidak mahu memeluk agama yang haq iaitu orang-orang yang telah diberi Al-Kitab sehingga mereka memberikan 'jizyah' mengikut kemampuan dan mereka tunduk."

Pengaburan makna jihad dengan cara mengalihkannya kepada makna yang lebih umum seperti membangunkan ekonomi, menuntut ilmu, mencari nafkah dan lain-lain yang dianggap sebagai aktiviti jihad merupakan satu usaha untuk menghilangkan makna jihad yang sebenarnya dalam bentuk al-qital, al-harb, al-ghazwu iaitu berperang di jalan Allah. Jangan sampai kita bermati-matian beranggapan apa yang kita usahakan selama ini akan membawa kita kepada mati syahid, rupa-rupanya hanya berkesudahan dengan mati yang sia-sia kerana pemahaman yang keliru. Lebih sedih lagi kita telah mengabaikan salah satu perintah yang wajib kita kaum muslimin lmelaksanakannya iaitu berperang (jihad fi sabilillah). Dan perang ini (jihad) hanya dapat dilaksanakan dengan berkesan jika wujudnya sebuah Daulah Khilafah dengan seorang Khalifah yang boleh memerintahkan keseluruhan umat Islam untuk berjihad.

Bagaimana dengan Jihad yang nak UMNO laksanakan(MI) saya petik

Baca lagi: (sini)

Saturday, November 19, 2011

Ibu bapa tidak hadir, tak dapat RM 100?



Wang RM 100 yang diberi kita diberitahu sek mula memanggil ibu bapa yang memberi gran 100 adalah ketua ketua bahagian umno. dalam muka surat 53 budget. dimana YAB perdana menteri mengatakan akan dilaksanakan dalam bank simpanan nasional. Adalah tidak adil jika ibu bapa tidak dapat adil dan tidak layak menerima lagi.

Thursday, December 30, 2010

Cuti Umum, PM Diskriminasi


SHAH ALAM 30 DIS : Bekas Pengarang Sukan Harian Metro, Rahim Zain, menyifatkan cuti umum yang diberi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh menimbulkan ketidakadilan kepada atlet lain yang telah memberi sumbangan lebih besar berbanding kejuaraan di peringkat Asia Tenggara.

Dihubungi Tv Selangor beliau berkata, perkara ini boleh mengundang kontroversi kerana apabila kerajaan dengan sewenang-wenangnya memberikan cuti umum tanpa mengambil kira pencapaian atlet negara yang lain.

"Banyak lagi kejuaraan yang bertaraf dunia yang dicapai oleh atlet-atlet negara umpamanya Datuk Nicol David, lima kali menjadi juara dunia tapi tidak ada satu pun penghargaan atau pun penghormatan negara diberi kepada Datuk Nicol, tidak ada cuti umum diberikan. Jadi saya rasa seperti ada diskriminasi," katanya.

Tambah Rahim lagi cuti umum ini merupakan propaganda politik yang mahu menarik perhatian rakyat.

"Apa yang diumumkan oleh Najib ialah satu kesempatan untuk menagih (political opportunity) atau meraih sokongan dan simpati daripada rakyat kononnya kerajaan di bawah pimpinan Umno- Barisan Nasional(BN) begitu prihatin dan amat menghargai jasa-jasa yang telah disumbangkan oleh atlet," jelasnya yang 25 tahun terlibat dalam kewartawanan.

Pengumuman cuti pada 31 Disember 2010 ini adalah sempena kejuaraan Skuad Harimau Malaya apabila berjaya menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan timbal balik Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki-AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia semalam.

http://tvsnews.net/v1/

Tuesday, October 12, 2010

TENGKU ADNAN: PEMUDA DAN PUTERI MALAS - BETOI KE

Pemuda UMNO PP kesal kenyataan Tengku Adnan

BATU MAUNG - Pemuda UMNO Pulau Pinang kesal dan kecewa dengan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menuduh pergerakan itu dan Puteri tidak melakukan kerja sebaliknya hanya mahu mengejar jawatan dalam kerajaan.

Ketuanya, Norman Zahalan berkata, kritikan Tengku Adnan terhadap Pemuda dan Puteri merupakan satu tindakan yang kurang bijak kerana ia boleh mencalarkan imej parti.

Norman berkata, jika mahu membuat kritikan, Tengku Adnan perlu menggunakan saluran yang tepat dan bukanya media sebagai medium untuk meluahkan perasaan.

“Dalam keadaan sekarang ini, beliau tidak patut berkata demikian atau sengaja mahu menggugat keharmonian dalam parti. Saya percaya perkara ini boleh diselesaikan secara dalaman kerana ia melibatkan isu dalaman parti agar tidak dimanipulasikan pembangkang.

“Walaupun tidak menujukan kepada mana-mana pihak, sebagai Ketua Pemuda UMNO negeri, saya rasa tersinggung dengan kenyataan itu. Beliau pun bukannya selalu turun padang dan melihat apa yang dilakukan oleh Pemuda, jadi tidak perlu untuk membuat tuduhan yang bukan-bukan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Rumah Terbuka Aidilfitri Pemuda Barisan Nasional di sini, semalam.

Norman berkata, Tengku Adnan seharusnya mengimbau kembali kekalahan UMNO sewaktu Pilihan Raya Umum ke-12 apabila parti itu banyak kehilangan kerusi akibat kurang sokongan pengundi muda.

“Beliau perlu akur bahawa kuasa mengundi kebanyakannya datang daripada kalangan Pemuda Dan Puteri. Sebagai Setiausaha Agung, beliau perlu menjaga dan menjalankan tugas dengan baik untuk mengukuhkan parti dan bukannya mencetuskan perkara yang boleh memecahbelahkan ahli,” katanya.

Jika tidak mampu memikul jawatan itu, Norman mencadangkan Tengku Adnan melepaskan jawatan berkenaan kerana masih ramai pemimpin berkaliber lain yang boleh menggalas tanggungjawab itu.Sinar Harian

Saturday, May 15, 2010

Koleksi Gambar-gambar Pemimpin UMNO berpolitik menggunakan Masjid

Tuan-tuan lihatlah sendiri siapa yang berkempen di dalam Masjid ini, malas nak komen, nanti kata memfitnah pula. Untuk mengetahui cerita selanjutnya (Sini)





Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani tu.



HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?- Kredit: Anak Sungai Derhaka

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak