Tuesday, October 12, 2010

TENGKU ADNAN: PEMUDA DAN PUTERI MALAS - BETOI KE

Pemuda UMNO PP kesal kenyataan Tengku Adnan

BATU MAUNG - Pemuda UMNO Pulau Pinang kesal dan kecewa dengan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menuduh pergerakan itu dan Puteri tidak melakukan kerja sebaliknya hanya mahu mengejar jawatan dalam kerajaan.

Ketuanya, Norman Zahalan berkata, kritikan Tengku Adnan terhadap Pemuda dan Puteri merupakan satu tindakan yang kurang bijak kerana ia boleh mencalarkan imej parti.

Norman berkata, jika mahu membuat kritikan, Tengku Adnan perlu menggunakan saluran yang tepat dan bukanya media sebagai medium untuk meluahkan perasaan.

“Dalam keadaan sekarang ini, beliau tidak patut berkata demikian atau sengaja mahu menggugat keharmonian dalam parti. Saya percaya perkara ini boleh diselesaikan secara dalaman kerana ia melibatkan isu dalaman parti agar tidak dimanipulasikan pembangkang.

“Walaupun tidak menujukan kepada mana-mana pihak, sebagai Ketua Pemuda UMNO negeri, saya rasa tersinggung dengan kenyataan itu. Beliau pun bukannya selalu turun padang dan melihat apa yang dilakukan oleh Pemuda, jadi tidak perlu untuk membuat tuduhan yang bukan-bukan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Rumah Terbuka Aidilfitri Pemuda Barisan Nasional di sini, semalam.

Norman berkata, Tengku Adnan seharusnya mengimbau kembali kekalahan UMNO sewaktu Pilihan Raya Umum ke-12 apabila parti itu banyak kehilangan kerusi akibat kurang sokongan pengundi muda.

“Beliau perlu akur bahawa kuasa mengundi kebanyakannya datang daripada kalangan Pemuda Dan Puteri. Sebagai Setiausaha Agung, beliau perlu menjaga dan menjalankan tugas dengan baik untuk mengukuhkan parti dan bukannya mencetuskan perkara yang boleh memecahbelahkan ahli,” katanya.

Jika tidak mampu memikul jawatan itu, Norman mencadangkan Tengku Adnan melepaskan jawatan berkenaan kerana masih ramai pemimpin berkaliber lain yang boleh menggalas tanggungjawab itu.Sinar Harian

1 comment:

Anonymous said...

depa mmg malas pun..depa yg rajin memantat je..

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak