Showing posts with label Hebahan terkini Isu Lembu Sharaizat. Show all posts
Showing posts with label Hebahan terkini Isu Lembu Sharaizat. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

Lagi kejutan: NFC bayar RM10mil untuk kondo mewah Shahrizat

Bukti kukuh - ia adalah pembelian tunai

Ini ialah satu dakwaan yang mungkin sukar di tangkis Senator UMNO Shahrizat Jalil.

Walaupun Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin – untuk menangkis


Ini ialah satu dakwaan yang mungkin sukar di tangkis Senator UMNO Shahrizat Jalil.

Walaupun meminta rakan-rakannya - Perdana Menteri Najib Razak,menteri, Menteri Pertanian Noh Omar and Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin – untuk menangkis "agenda politik" pembangkang yang beliau dakwa dilakukan demi melemahkan sayap Wanita, semua mata tertumpu padanya tentang bagaimana dia akan menjelaskan mengenai kondominium mewah benilai RM10 juta yang dibayar menggunakan dana dari projek pengeluaran daging lembu NFC.

“Menurut mereka pinjaman RM250 juta untuk projek itu diletakkan di dalam satu akaun yang kawal dengan rapi. Adakah kondominium tersebut untuk lembu-lembu?” Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution memberitahu satu sidang akhbar di lobi Parlimen pada hari Khamis.

Bukti kukuh - ia adalah pembelian tunai

Saifuddin Nasution yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, apartmen mewah di One Menerung, Bangsar direkodkan NFC sebagai sebahagian daripada "pinjaman" RM83 juta kepada NMLC, yang dikawal oleh keluarga Shahrizat. .

Projek yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan kepada 40 peratus untuk dimakan telah diberikan kepada suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak-anak beliau untuk diurus dan selia.

PKR telah bersuara mengenai projek ini, tetapi disanggah di Parlimen oleh Ahli Parlimen BN. Walaubagaimanapun, laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini telah mengesahkan dakwaan PKR. Dalam laporan itu dinyatakan bahawa projek itu dalam keadaan “kucar-kacir" dan telah menyimpang jauh daripada sasaran pengeluaran.

Pada hari Selasa lepas PKR mendedahkan bahawa lebih daripada RM83 juta itu disalurkan dari NFC kepada syarikat-syarikat yang dikawal oleh suami Shahrizat, seperti NMLC dan RPC. Ia juga mempersoalkan diskaun RM3 juta yang diberikan kepada RPC, yang memiliki Meatworks, sebuah restoran makan mewah yang juga dimiliki oleh keluarga Shahrizat.

Saifuddin memberitahu pemberita hari ini bahawa RM9,758,140 telah dipindahkan dari akaun CIMB NFC di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kepada Bandar Raya Development Berhad pada 2 Disember, 2009 sebagai bayaran penuh untuk kondo One Menerung.

"Ia bukan daripada akaun amanah khas. Jadi penjelasan Ketua Pemuda Umno dan menteri adalah palsu. Jika pemantauan ketat telah berlaku, tentu RM9.8 juta itu tidak akan dipindahkan untuk membeli kondo mewah yang tiada kaitan dengan ternakan lembu. Ini jelas satu yang pecah amanah yang dibuat oleh keluarga Shahrizat, "kata Saifuddin.

Khairy yang bersifat talam dua muka?

Baru petang Rabu lepas, Khairy yang didakwa penyokongnya sudah 'berubah' dan sekarang adalah pemimpin UMNO yang 'bersih' menegaskan bahawa pinjaman mudah itu hanya boleh dikeluarkan selepas NFC membentangkan kertas kerja dan transaksi itu telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Noh juga berkata bahawa hanya RM135 juta telah dikeluarkan oleh NFC kerana dana itu telah diletakkan dalam akaun escrow. Najib, Menteri Kewangan, juga menafikan pinjaman kerajaan itu telah pun diagihkan sepenuhnya kepada NFC.

"Justifikasi Khairy bahawa baki antara-syarikat sebanyak RM83 juta yang dimiliki oleh Koperasi Daging dan Ternakan Negara Sdn Bhd (NMLC) adalah yang paling lemah," pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata dalam satu kenyataan.

"Jika dakwaan beliau bahawa terdapat prosedur kelulusan yang digunakan sebelum pengeluaran dilakukan dari akaun escrow dan yang bukan akaun escrow " adalah benar, tidak akan ada perbelanjaan peribadi yang didakwa sebagai urusniaga antara syarikat. Malangnya, daripada penelitian kami, transaksi yang berlaku adalah daripada pelbagai transaksi peribadi yang tiada kaitan dengan perniagaan daging yang tidak sepatutnya dibenarkan untuk pengeluaran. "

Menggunakan otak untuk menipu dan menunjukkan moral yang rendah kepada rakyat

Menurut Rafizi, jika NFC dan RFC perlu bergantung kepada subsidi awam untuk kekal kompetitif dari segi komersial, maka seluruh "reka bentuk projek” itu tidak sepatutnya diluluskan dari awal kerana ia jelas tidak berdaya saing secara komersial".

Jika matlamat membelanjakan RM250 juta dana awam untuk projek nasional yang bertujuan untuk mengurangkan pergantungan kepada daging yang diimport, adalah tidak masuk akal jika daging keluaran tempatan lebih mahal berbanding yang diimport! Tambah Rafizi.

Sementara itu, Wanita PKR Zuraida Kamaruddin telah menggesa Shahrizat untuk meletak jawatan dan membuktikan bahawa "wanita mempunyai integriti yang lebih dalam BN".

Tetapi ia mustahil kerana Shahrizat, yang terkenal dengan 'bagasi' beliau, tidak mungkin akan mengikut nasihat itu.

"Perkara yang mulia untuk dia lakukan adalah untuk meletakkan jawatan daripada politik memandangkan akan ada lebih banyak pendedahan tentang projek yang disulam skandal ini.Hanya peletakan jawatan beliau yang boleh menyelamatkan maruah ahli-ahli Wanita Umno yang telah dibabitkan dalam skandal ini, "kata Zuraida, dalam sidang akhbar dengan Saifuddin.

"Dia perlu berada di atas seluruh Barisan Nasional dan menunjukkan bahawa wanita mempunyai kredibiliti dan integriti yang lebih."

Malaysia Chronicle

Wednesday, November 9, 2011

Keluarga saya BERHAK dapat Projek Fidlot kata Shahrizat






Akhirnya Shahrizat bersuara juga berkenaan isu projek Pusat Feedlot (Feed The Lord) Kebangsaan ini.. malangnya pihak Pakatan Rakyat khususnya PKR yang dipersalahkan pula kononnya isu ini dibangkitkan untuk melemahkan Wanita UMNO, padahal isu ini telah dikeluarkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.


Sharizat Abdul Jalil juga telah menegaskan bahawa keluarganya berhak mendapat projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang menelan berjuta ringgit itu..

Berhak??

Berhak atas dasar apa? Adakah kerana beliau seorang Ketua Wanita UMNO, keluarganya berhak untuk mendapat projek itu?


*******************

Shahrizat: Keluarga saya berhak dapat projek lembu

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan bahawa keluarganya mendapat projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang menelan berjuta ringgit, namun beliau percaya isu berkenaan telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi Wanita BN.

"Pada diri saya sendiri, saya lihat ini adalah agenda politik. (Ia) satu percubaan daripada pembangkang untuk melemahkan semangat dan tindakan Wanita Umno. Kami tidak semudah itu untuk dirobohkan," katanya.

"(Perkara) ini sudah dijawab dengan panjang lebar oleh menteri pertanian dan industri asas tani.

"Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pameran Raja'ah oleh artis seni visual veteran, Dr Sulaiman Esa di Balai Seni Visual Negara di ibu negara petang ini - Malaysiakini


Dibawah ini pula adalah laporan dari The Malaysian Insider

Shahrizat says family works hard, doesn’t deserve attacks
By Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, Nov 9 — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said today attacks against her over the RM74 million National Feedlot Centre (NFC) are a political agenda to “destroy Wanita Umno.”

The minister of women, family and community development told reporters that her family, who runs the national cattle-farming project, “don’t deserve the things said by the Opposition because they work very hard.”

“This is a political agenda by the Opposition to weaken Wanita Umno. But we are not that easily destroyed.

“I am ashamed that there is a Malaysian woman like the Wanita PKR chief,” the senator said, referring to Ampang MP Zuraida Kamaruddin who had claimed that the NFC had failed despite being given a soft loan of RM250 million and a 5,000-acre plot of land.

PKR also alleged yesterday that over RM84 million was siphoned off from NFC to companies controlled by Shahrizat’s husband, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, and her children, Izran Mohamad Salleh and Izmir Mohamad Salleh.

The Auditor-General’s Report released last month had criticised the NFC, pointing out that it was now “in a mess”.

The report said production in 2010 was only 3,289 head of cattle or 41.1 per cent of the target set.

But Minister of Agriculture and Agro-based Industry Datuk Seri Noh Omar said on October 31 that the project is a success and had met its targets “as the total number of cattle brought into the farm was 8,016 between 2008 and 2010.”

He has also said that half of a RM13 million grant and RM115 million of the soft loan, to be repaid at a two per cent interest rate over 17 years, has not been disbursed to NFC.

“The minister has answered at length and clearly. I am happy that the ministry will continue to monitor the success of this project,” Shahrizat said today.

ASD

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak