17 Mei 2013
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, BN terhutang budi kepada pengundi Cina atas sokongan itu yang menyebabkan kemenangan BN pada PRU10.
“Saya terpaksa membuat keputusan tidak bersetuju berlakunya ‘tsunami Cina’ pada PRU13 kerana perkara itu tidak benar sekali dalam sudut apa pun,” katanya pada forum Pasca PRU13: Ke arah mana politik Malaysia, Universiti Malaya, semalam.
Beliau berkata, jangan kita lupa bahawa pada 1999, pengundi Melayu juga tidak menyokong BN dan pengundi Cina yang menjadi penyelamat kepada BN.
“Siapa yang lupa siapa? Malah BN terhutang budi pada pengundi Cina pada 1999. Takkanlah orang merajuk sekali sudah putus edah dan putus kasih. Perlu muhasabah dan terima sahaja keputusan. Ini perkara biasa, menyaksikan kita berdepan undi Melayu pada 1999 dan akhirnya kita boleh perbaiki prestasi" katanya.
Saifuddin yang tewas di kerusi Parlimen Termerloh berkata, pada pilihan raya umum tahun 2008, BN juga kehilangan undi dari kaum India, namun berjaya meraih kembali sokongan kaum ini pada PRU13.
1 comment:
salam akhi, apa kbr? moga sihat2 selalu.
Jarang2 jumpa menteri yang cerdik mcm Dato Saifuddin Abdullah.
Post a Comment