Sunday, September 23, 2012

Dr M: Soros mahu kawal politik kita dengan melantik PM baru


Erk boleh percya ke cakap dia ini, tak tahu lah kalau yang dunggu mungkin caya kut kih kih

KUALA LUMPUR, 23 Sept —Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa spekulator mata wang, George Soros cuba merampas kuasa politik daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan melantik perdana menteri (PM) pilihannya di Malaysia.

Kenyataan mantan perdana menteri itu dibuat semasa diminta menjawab mengenai isu beberapa NGO tempatan yang mendapat perhatian baru-baru ini selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menggesa Pendaftar Pertubuhan menyiasat SUARAM, yang menerima dana daripada Soros.

"Bagaimana ia boleh menjadi satu perkara yang baik? Dia mahu mengawal politik kita," kata Dr Mahathir (gambar) kepada pemberita selepas merasmikan perundingan pakar peringkat tinggi mengenai Islam dan kesihatan wanita di sini pada hari ini.

"Dia mahu memilih orangnya sendiri menjadi perdana menteri," katanya.

Dr Mahathir bagaimanapun, tidak menamakan nama perdana menteri yang ingin diletak Soros.

Dr Mahathir pada awal tahun ini mendakwa AS dan Israel berkonspirasi untuk menjejaskan perubahan rejim di Malaysia melalui "kerajaan boneka" yang akan diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam blognya, mantan perdana menteri itu yang juga merupakan musuh lama Anwar mendakwa kerajaan AS sangat berharap untuk melihat Malaysia menjalin hubungan diplomasi dengan Israel dibawah pemerintahan ketua pembangkang serta menjauhkan diri daripada membantu negara Palestin.

Dr Mahathir kemudian menambah pentadbiran sekarang yang diterajui oleh BN tidak disukai oleh Amerika Syarikat kerana mempunyai hubungan rapat dengan China dan Rusia, tidak mengiktiraf Israel, sering mengkritik dasar AS dan tidak menyokong sentimen terhadap Iran dan negara-negara lain.

Awal bulan ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian itu sedang menyiasat sama ada badan NGO, SUARAM mendapat pembiayaan daripada spekulator mata wang George Soros.

Ismail Sabri berkata terdapat satu dua berpangkalan di Amerika Syarikat menyumbang sejumlah besar dana kepada Suaram.

Beliau juga telah meminta Bank Negara untuk menyiasat perkara itu di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-m-soros-mahu-kawal-politik-kita-dengan-melantik-pm-baru/

2 comments:

Anonymous said...

Belum apa2 lagi dah pakai jet pinjam. Ingat murah ke kos dia? Boleh jamin tak terhutang budi ke? Yes...Najib pun bla bla bla bla....but we expect things will be different from you! Patut TDM cakap nampak jer cam malaikat.

Anonymous said...

Org tua nyanyuk bercakap,mcm le rakyat di negara ni tk tau nk menilai.Blum pun Pr memerintah Malaysia dh ada hubungan dagang dgn Israel,dh ada menteri yg berunding dgn menteri Israel.Dn klau dia dh lupa,kita ingat kn dia.Malaysia menyokong Amerika menyerang Iraq pd tahun 1990.Bkn kh masa tu org tua ni menjadi PM?Loq-laq pny org tua!

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak