Wednesday, December 21, 2011

HASSAN KATA PAS YANG TERGELINCIR.

s

Sambil menegaskan beliau bukan “duri dalam daging” bagi PAS, Datuk Dr Hasan Ali mahu parti itu kembali ke landasan asal penubuhan supaya perjuangannya terus konsisten dengan usaha memartabatkan Islam yang sebenar.


Exco kerajaan negeri Selangor ini turut menegaskan, PAS sekarang seperti tergelincir dari landasan asal perjuangan akibat kekurangan golongan ulama dalam barisan kepimpinannya.

“PAS sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.

“Saya berjuang bagi memastikan matlamat PAS diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu kembali menjadi teras dalam perjuangan PAS,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Menurut Hasan (gambar), pihaknya mempunyai bukti penyokong PAS semakin berkurangan kebelakangan ini akibat persekitaran sedemikian.

“Penyokong mula menarik diri dari PAS, mereka bukan seperti lembu yang dicucuk hidung, mereka adalah insan yang berbudaya, bertatasusila dan beragama dan terbukti mempunyai kekuatan intelektual dan laras berfikir yang matang dan mesti dihormati,” katanya mempertikaikan dakwaan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali baru-baru ini bahawa dirinya terlibat menghasut penyokong PAS bahawa parti komponen Pakatan Rakyat itu tidak lagi memperjuangkan Islam.

Jelas Hasan, beliau menghormati peranan golongan profesional dalam parti, tetapi adalah lebih baik sekiranya mereka turut sama berjuang mengembalikan parti kepada matlamat asal perjuangan menegakkan teras Islam.

“Perjuangan saya turut mendapat respons positif Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Tantawi, mereka menyokong usaha saya meletakkan semula PAS di landasan awal,” katanya lagi.

http://dppwm.blogspot.com/2011/12/hassan-kata-pas-yang-tergelincir.html

1 comment:

mortazi said...

Pakar motivasi hanya pandai bercakap,pandai mengata ini tak kena itu tak kena,tapi kalunsuruh dia buat berterabur lah jawabnya,motivasilah diri sendiri biar kita dulu yang perfect

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak