Baru nak bayar
Talian hayat
UMNO pada
Petani pula
kaka kaka
Bila Audit bersuara, depa kalut nak bayar kaka kaka
Tarikh : November 29, 2011
  ULU TIRAM - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan  menjelaskan tunggakan pembayaran Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH),  kepada pesawah berjumlah RM110 juta mulai 4 Disember.
 
 Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pembayaran insentif IPH itu  disifatkan sebagai berita baik kepada 73,291 pesawah di negara ini.
 
 Menurutnya, buat permulaannya, kira-kira 1,000 pesawah berjaya  meningkatkan hasil padi sejak 2007 di Selangor akan menerima bayaran  berkenaan secara tiga peringkat.
 “Peningkatan hasil padi melebihi setan metrik melayakkan pesawah ini, menerima insentif IPH RM650.
 
 “Sekiranya 10 tan metrik, sejumlah RM1,300 nilai insentif tambahan  turut diberikan,” katanya ketika Majlis Pelancaran Projek Penanaman  Nanas MD2 Kulim (Malaysia) Berhad di Ladang Ulu Tiram di sini, semalam.
 
 Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani  Negeri, Datuk Abd Aziz Kaprawi dan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor  Corporation (JCorp), Kamaruzzaman Abu Kassim.
 
 Sebelum ini, beliau memberi jaminan kementeriannya akan menjelaskan tunggakan pembayaran insentif IPH kepada pesawah.
 
 Katanya, kerajaan sudah meluluskan peruntukan tambahan RM117 juta,  baru-baru ini, untuk dibayar kepada pesawah yang belum menerima insentif  itu.
 
 Noh berkata, tertunggak bayaran insentif RM110 juta seperti dilaporkan  Ketua Audit Negara 2010 sebenarnya disebabkan, tidak dapat membuat  pembayaran berikutan belum mengenal pasti jumlah sebenar pesawah yang  berjaya meningkatkan hasil padi.
Sinar Harian
 
 
No comments:
Post a Comment