Tuesday, August 9, 2011

Sentiasa Ingat Allah - Kehilangan Fadzil Noor semakin Terasa.



"Saya berdoa kepada Allah agar Pusaka Bumi Bertuah ini akan melahirkan Tokoh-Tokoh Islam di bawah payung perjuangan Islam."

Allahyarham Dato' Fadzil Noor (13 Mac 1937- 23 June 2002)

Itu antara ucapan insan yang telah tiada. Insan yang dikatakan Garang, tegas, berang, lantang, berani. Siapa duga.. Seorang tokoh yang jika dilihat pada mulanya agak ekstrim, akan tetapi sebenarnya terbuka mindanya. Sememangnya penulis sangat teruja untuk menghasilkan penulisan mengenai tokoh dari PAS ini.



Biarlah Allahyarmah pergi. Pergi dengan aman. Kerana ribuan masyarakat tidak kira apa jua perjuangan politik PAS mahupun PKR waimah dari UMNO, akan sentiasa tidak lekang mendoakan beliau. Allahyarham Fadzil Noor tetap dianggap tokoh politik yang tersenarai paling berpengaruh di Negara kita. AL FATIHAH.











"Saya berdoa kepada Allah agar Pusaka Bumi Bertuah ini akan melahirkan Tokoh-Tokoh Islam di bawah payung perjuangan Islam."

Allahyarham Dato' Fadzil Noor (13 Mac 1937- 23 June 2002)

Itu antara ucapan insan yang telah tiada. Insan yang dikatakan Garang, tegas, berang, lantang, berani. Siapa duga.. Seorang tokoh yang jika dilihat pada mulanya agak ekstrim, akan tetapi sebenarnya terbuka mindanya. Sememangnya penulis sangat teruja untuk menghasilkan penulisan mengenai tokoh dari PAS ini.

Haji Fadzil bin Muhammad Noor. Salah seorang tokoh hebat yang pernah menimpa nama di persada Politik tanah air. Bekas Presiden PAS ini telah berjaya mengubah lanskap politik Parti yang beliau pimpin dan parti-parti Pembangkang yang lain.

Mungkin ada yang berpandangan kelantangan ucapan beliau memperlihatkan beliau individu yang sukar didekati, seorang yang tidak akan sesekali menyentuh musuh politik, seorang yang bakal membawa Islam sebuah agama pengganas. Mereka silap. Beliau seorang yang sangat suka bertoleransi dengan kesemua peringkat masyarakat. Tidak kira kawan mahupun lawan.

Siapa sangka? Dato' Fadzil Noor satu ketika dahulu merupakan salah seorang pesakit yang seringkali membuat rawatan di Klinik Maha, sebuah klinik yang ditunjangi insan bernama Mahathir Mohamad. Siapa sangka? Individu ini merupakan tokoh pertama tampil menziarahi Anwar Ibrahim tatkala mendengar pengumuman perlucutan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Dan lebih mengejutkan, tiada siapa menduga Fadzil Noor mampu menggabungkan kesemua parti-parti politik termasuklah DAP duduk dalam 1 nada, 1 suara dan berhadapan dengan Kerajaan BN. Bagi penulis, ini merupakan salah satu kejayaan besar beliau dan merupakan titik sejarah politik tanah air.

Akan tetapi, bekas Ketua Pembangkang ini berpegang pada prinsip perjuangan. Islam tetap menjadi keutamaan. Islam tetap dipastikan ke depan. Islam juga diterjemahkan walau di mana jua tempat dan setinggi mana jua kedudukan yang beliau perolehi.

Semasa mendengar Ucapan beliau di Parlimen, tidak pernah sesekali beliau meninggalkan nama Islam. Ayat-ayat suci Al Qur'an digunakan walaupun berbincang soal ekonomi, politik, sosial dan isu-isu semasa.

Di Parlimen sahaja, tidak sah akan berlakunya pertelingkahan dan kekecohan tatkala beliau sedang berucap. Kadang kala gerun Ahli-Ahli Parlimen mendengar ucapan beliau terutamanya dari pihak Kerajaan. Namun, ada kelembutan di sebalik kekerasan. Di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, beliau tampil 1 pentas bersama lawan beliau dari pihak UMNO, Mahathir Mohamad. Semuanya bagi mempertahankan Agama suci perjuangan beliau.

Anwar Ibrahim sendiri pernah menjadi sahabat karib beliau. Akan tetapi beliau menerima keputusan untuk melawan rakan beliau sendiri selama 16 tahun akibat keputusan Anwar untuk bergiat aktif di dalam UMNO.

Namun, pada hari pertama Anwar dipecat, inilah orangnya yang pertama menjejakkan kaki menziarahi Anwar. Sempat mengimamkan doa kesejahteraan di kediaman Timbalan Perdana Menteri itu. Beliau pergi tanpa pengetahuan sesiapa walaupun dari kalangan rakan-rakan PAS. Beliau tidak menjawab sebarang panggilan telefon ketika menemui Anwar pada ketika itu. Malah Pemimpin-Pemimpin PAS yang lain hanya mengetahui kehadiran beliau setelah dilaporkan melalui akhbar-akhbar pada keesokan harinya.

Walaupun pada ketika itu ada yang mengingatkan semula Allahyarham Anwar pernah mengkhianati persahabatan bersama beliau yang dibina sekian lama di dalam ABIM, beliau tidak memikirkan semua itu. Tiada sifat dendam dalam sanubari beliau. Malah, Inilah juga insan yang membela Anwar. Di mana-mana ceramah politik, beliau seringkali menyebut, "Saya kasihan pada dia (Anwar)." Naik turun ke Mahkamah mengikuti perkembangan kes Anwar pada ketika itu. Subhanallah. Sukar mencari teman sebegini.

"Hari ini saya rasa sangat rindu pada keluarga dan rakan-rakan saya."

Antara kata-kata terakhir beliau sebelum dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia.


Itulah dia insan bergelar Fadzil Noor. Pada 23 Jun 2011 tidak diduga sudah 9 tahun Allahyarham meninggalkan kita. Masih terasa semalam beliau pergi. Tidak dinafikan, ketika pemergian beliau, tangisan mengalir jatuh ke bumi tidak kira dari pihak kawan mahupun lawan. Agaknya sudah ditentukan Allah, pada ketika Mahathir menitiskan air mata mengumumkan perletakan jawatan sebagai PM, pada ketika itu jugalah, Fadzil Noor menghembuskan nafas terakhir. Politik Negara suram pada ketika itu.

Paling mengagumkan, lautan manusia mengusung keranda jenazah sehingga ke tanah perkuburan. Ini satu keajaiban seorang tokoh politik. Penulis sendiri tergamam seketika ketika melihat kejadian tersebut. Mungkin inilah yang beliau mahukan apabila diangkat sebagai Pemimpin.

Kenapa mesti beliau pergi? Kenapa tidak sempat beliau mengecapi kejayaan PAS pada ketika ini? Kenapa beliau tidak sempat melihat kejayaan anak-anak beliau?

Biarlah Allahyarmah pergi. Pergi dengan aman. Kerana ribuan masyarakat tidak kira apa jua perjuangan politik PAS mahupun PKR waimah dari UMNO, akan sentiasa tidak lekang mendoakan beliau. Allahyarham Fadzil Noor tetap dianggap tokoh politik yang tersenarai paling berpengaruh di Negara kita. AL FATIHAH.

Sumber

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak