Timbalan Perdana Menteri Tan Srti Muhyiddin Yassin berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.
Sambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.
"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.
"Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.
Muhyiddin menjawab soalan pemberita sama ada isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina dalam pilihan raya Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.
Pada pilihan raya itu, akan berlaku pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sepakat dan di antara PAS dan DAP "mereka bertembung sehingga mengambil satu sikap berdiam diri dan tidak bercakap" mengenai perkara tersebut.
"Kalau bercakap nanti seluruh dunia tahu, kita akan kalah dan orang tidak akan sokong kita," perli Muhyiddin
"Tapi ia (penubuhan negara Islam) masih ada lagi, PAS tidak tukar perlembagaan macam (Datuk Seri) Dr Chua (Soi Lek) sebutkan, dan Karpal Singh pun kata langkah mayat saya dahulu kalau nak kepada negara Islam," katanya.
Bagaimanapun, beliau yakin pengundi di Tenang memahami perkara muslihat Pakatan Rakyat dan berkata jentera BN akan turun padang membuat penjelasan kepada pengundi.
"Kita terangkan mana yang hak mana yang betul, yang batil kita tidak ceritakan. Kita membawa risalah yang baik supaya rakyat dapat menilai dan memilih dengan bijaksana," katanya.Malaysiakini
BLOGGER PERAK
-
Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H/2024
-
Mari kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar yang dilakukan oleh
Nabi Ibrahim (RA) dalam membuktikan ketaqwaannya kepada Allah SWT.
Salam Aidi...
-
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda
Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebut yang
di ada...
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah
-
KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada
bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka
memerlukan ban...
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
-
Inikah tujuan utama Kerjasama PAS - Umno ?..
-
Kalau boleh aku tak mau nak ambik kisah lagi bab hal politik parti aku ni,
tapi bila bersangkut paut dengan umno, aku tak boleh duduk dengn berdiam
diri, r...
-
Dialog dengan Naib Presiden Pas di Pengkalan Pegoh malam ini
-
Malam ini, Naib Presiden Pas Ustaz Idris Ahmad akan bersama di dalam
program Dialog Politik di Markaz Pas Cawangan Desa Aman, Pengkalan Pegoh,
Ipoh.
Boleh...
-
'UMNO' minta $650 Dari Najib?
-
EKSKLUSIF Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang
anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap
Presidennya, Datuk Ser...
-
HARAPAN KEPADA TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG UNTUK MENYELAMATKAN MALAYSIA
-
Marahkan Tun Mahadir tukar dengan Tun Abdullah (Pak Lah) marahkan Pak Lah
Tukar dengan Najib, hasilnya Negara makin parah dan tidak menyelesaikan
masalah...
-
Kazim Elias perlekeh surat mengenai hukum Allah kerana tulisan
-
Kazim...Kazim...Kazim....
Paku dulang paku serpih la hang ni...
Nak perlekeh surat dari seorang yang tanya tentang hukum Allah pun kau
perlekeh kerana kes...
-
JATUHKAN TUAN GURU HAJI HADI AGENDA MUSUH ISLAM ANTARABANGSA...
-
Aku mula mendengar nama Tuan Guru Hj Abd Hadi di awal 80an. Waktu itu aku
masih di sekolah rendah. TgHH adalah fenomena di masa itu.. Pidato beliau
mengeg...
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...
-
*Takziah, moga pasangan bahagia ini bersabar dengan ujian
Allah...Subhanallah*
*kisah di sini dan sini....*
-
TGHA :SYRIA , RAKYAT MANGSA , PEMIMPIN BERLAGA DAN MUSUH UNTUNG
-
Republik Arab Syria (selepas ini ditulis Syria) adalah termasuk dari
kalangan negara...
-
Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!!
-
Assalamualaikum...Hahahahaha..Lama dah tak gelak dalam blog
ni..Kehkehkeh..Maap ramai yang menunggu nak sokong dan tak lupa jugak yang
nak hentam aku......
-
42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua
-
Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud
oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus
responden ...
-
Derita Budya Darat
-
[image: MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.]
MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.
[image: BU...
No comments:
Post a Comment