Kontroversi: Isu Doa Khutbah, Pemimpin UMNO Mula Mahu Jadi "Juara Agama" Pula Sedangkan Lim Guan Eng Nafikan Perkara Itu Ada Berlaku !
Isu Doa Tidak Benar, Zahid Wajar Mohon Maaf
Sementara itu Lim Guan Eng menegaskan, siasatan awal menunjukkan tiada masjid di negeri itu yang menggunakan nama beliau dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan... Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. “Saya baru dimaklumkan, saya sudah pun menghubungi YB Abdul Malik (Kassim, Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri), dan beliau memberitahu saya tadi bahawa memang tiada perkara seperti yang didakwa oleh Datuk Zahid Hamidi (foto)... tiada masjid yang menggunakan saya,” kata Lim pada majlis berbuka puasa dengan media semalam. Bagaimanapun Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memberitahu, beliau telah mengarahkan Abdul Malik agar menjalankan siasatan mendalam berhubung dakwaan Zahid, yang juga Menteri Pertahanan dan Pengerusi Umno Pulau Pinang hari ini. “Jika dakwaan Zahid benar, saya telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pegawai-pegawai yang terlibat,” kata beliau. Tambah Lim, sekiranya dakwaan Zahid tidak benar, beliau mahu Naib Presiden UMNO itu memohon maaf secara terbuka. “Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua solat Jumaat sebagaimana didakwa, dan sudah tentu nama saya tidak harus, tidak boleh digunakan... ini melibatkan nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.[Ternyata isu khutbah ini sengaja skrip baru rekaaan puak-puak UMNO BN dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng. Amatlah tidak masuk dek akal orang Islam terpaksa membaca doa khutbah yang menyelitkan nama bukan Islam didalamnya. Kes ini mungkin berlaku di masjid-masjid yang tidak diketahui lokasinya. Ia mungkin dilakukan oleh Imam UMNO dalam usaha untuk memalukan Lim Guang Eng. Persoalannya, kenapa Zahid tiba-tiba membuat sidang media dan akhbar arus perdana terutamanya Utusan Malaysia. Bukankah ini menunjukkan beliau sengaja mahu mencari publisiti murahan bagi menjatuhkan Lim sebenarnya. Bukankah jika kes ini berlaku maka beliau boleh membuat laporan polis sebelum mengadakan sidang media. Mana pergi laporan polis yang boleh mengukuhkan kenyataan beliau itu. Semua ini jelas sekali membuktikan bahawa mereka kini sememangnya semakin terdesak]
Pahang Daily Online
No comments:
Post a Comment