Sunday, April 25, 2010

`i know who are tou' - Nik Aziz


Tapi apabila masuk Umno-BN yang kurus jadi gemuk, yang letih jadi segar…mereka tendang kita pula. Bila kalah lagi PRU-12 dia minta lagi PAS masuk dengan mereka. Tapi kami tolak sebab ‘i know who are you.

"Bila PAS bersama DAP dia mara , bila Umno-BN keluar duit RM77 juta bayar kepada APCO dia bersama dengan Yahudi boleh pula? Ini kerja-kerja Umno yang tiada dasar. Dia bebas nak baik dengan PAS dia baik, dia nak baik dengan Israel dibuat. Ini bukan parti ini gangster," katanya yang disambut laungan takbir oleh lebih 30,000 hadirin yang hadir.



Tolak Umno-BN, Rakyat Hulu Selangor Bertambah Sejahtera.



Kuala Kubu Bharu: Suasana di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu cukup sesak dengan kebanjiran ribuan rakyat dari seluruh pelusuk negeri yang hadir menyaksikan pentas ceramah akhir oleh para pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam kempen akhir meraih undi yang tamat jam 12 tengah malam tadi.

Pemimpin terkenal PR yang hadir termasuklah Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Gelugor Karpal Singh, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi DAP Lim Kit Siang, calon Datuk Zaid Ibrahim serta para
pimpinan PR lain.

Kehadiran Tok Guru Nik Aziz paling dinantikan dan menjadi kemuncak ceramah pada malam tersebut, walaupun kurang sihat namun beliau berjaya memukau hadirin yang dari pelbagai latar agama dan kaum ke Hulu Selangor.

Menceritakan saat penyatuan PAS dan Umno-BN ketika 20 tahun dahulu membibitkan rasa kecewa di hati tokoh pemimpin berusia 79 tahun itu.

Beliau turut menyifatkan Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai gangster kerana parti tersebut tiada dasar yang kukuh.

"Saya suka nak bersatu. Bila Allahyarham Tun Razak (ayah Perdana Menteri Datuk Seri Najib) minta Dr Asri menyertai Umno-BN sayalah antara yang menyokong konsep tersebut.

"Ini kerana nak menyatukan melayu, bangsa bukan nak satukan manusia.

Tapi apabila masuk Umno-BN yang kurus jadi gemuk, yang letih jadi segar…mereka tendang kita pula. Bila kalah lagi PRU-12 dia minta lagi PAS masuk dengan mereka. Tapi kami tolak sebab ‘i know who are you.

"Bila PAS bersama DAP dia mara , bila Umno-BN keluar duit RM77 juta bayar kepada APCO dia bersama dengan Yahudi boleh pula? Ini kerja-kerja Umno yang tiada dasar. Dia bebas nak baik dengan PAS dia baik, dia nak baik dengan Israel dibuat. Ini bukan parti ini gangster," katanya yang disambut laungan takbir oleh lebih 30,000 hadirin yang hadir.

Beliau turut menyeru agar rakyat Hulu Selangor untuk mengundi calon Pakatan walaupun berhadapan dengan taktik kotor Umno-BN yang menggunakan pengundi hantu dalam pilihan raya kali ini.

"Dengar khabar Umno jual beli undi, jika ayam itik orang boleh jual beli, Umno sekarang beli orang. Dia anggap rakyat dia kambing boleh beli jual. Tuan dpt banyak duit ambil, beri kain ambil, dapat kertas undi pangkah pakatan," katanya lagi.

Sementara itu, calon Pakatan Datuk Zaid Ibrahim berharap agar rakyat dapat ‘memerdekakan’ diri daripada pemimpin Umno-BN yang zalim dan memecah belahkan rakyat selama ini.

"Kita sudah merdeka dari tahun 1957 lagi, namun setelah lama merdeka kita masih berpecah. Ini kerana kita mempunyai pemimpin Umno yang buta hati..dari sifat itu perlu merdeka.

" Saya harap suara rakyat sentiasa kedengaran kerana hari ini keranakita berhadapan kerajaan firaun yang zalim sebab itu tiga firaun
menyerang kita di Hulu Selangor.

Mereka sombong, Najib beri ingatan kepada kita. Dia beri referandum maksudnya beliau akan buat apa yang diperlukan. Dalam satu-sature ferendum jika Najib tewas silalah letak jawatan," katanya.

Dalam pada itu, Anwar yang terpaksa menaiki motorsikal untuk hadir sekali lagi menekankan isu APCO yang menyifatkan tindakan Najib dan Umno sebagai merosakkan negara.

"Bagaimana Umno boleh guna tenaga pakar Israel yang pegawainya terlibat dalam perisikan tentera Israel. Malah beliau (Najib) dan Umno bayar RM77 juta. Patutla negara rosak kerana guna kepakaran Israel dan tentera.

"Saya cabar Najib dan akan lawan beliau di mahkamah," katanya.

FeeemalaysiaToday

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak