Sunday, April 18, 2010

3 WIRA IMPORT BN AKAN BERKEMPEN DI HULU SELANGOR

Wa kaka dah memang di duga mereka akan membantu BN untuk sama bersama-sama kempen di Hulu selangor. Ibrahiam Ali kini meninggalkan sementara PERKASA nya dan akan memperkasa kan BN pula di Hulu Selangor.



Ibrahim Ali, 2 bekas MP PKR kempen bantu BN

Oleh G. Manimaran

HULU SELANGOR, 18 April — Tiga Ahli Parlimen Bebas termasuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dijangka akan muncul pada pentas yang sama untuk membantu Barisan Nasional (BN) hujung minggu ini.

Dua wakil rakyat Bebas itu ialah Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin.

Ketiga-tiga mereka akan muncul pada pentas yang sama Jumaat ini.

Zahrain telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat Februari lalu manakala Zulkifli pula dipecat oleh parti itu bulan lalu.

The Malaysian Insider difahamkan Zahrain dan Zulkifli akan berkempen di sini selepas pulang dari Washington.

Bagaimanapun berbanding kedua-dua wakil rakyat itu, Ibrahim telah mengadakan bilik gerakannya di Prima Beruntong, Bukit Beruntong sejak beberapa hari lalu.

Dalam SMS dihantar, Ibrahim berkata beliau akan berkempen di Batang Kali di sini malam ini.

Beliau akan berada di sini sehingga Sabtu ini dan telah mengaturkan beberapa program bagi membantu calon BN.

“Datuk Ibrahim membantu kempen BN atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Bebas bukannya sebagai Presiden Perkasa,” kata pegawai bilik gerakan Ahli Parlimen Pasir Mas ini.

Ibrahim pernah membantu kempen BN pada pilihan raya kecil Manek Urai dan Bagan Pinang.


Malaysian insider

1 comment:

OutSideTheBox said...

Presiden Perkasa bantu calon Hindu... hahaha..
Lari tajuk ni...

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak