Saturday, October 10, 2009

UMNO BUAT PUSINGAN "U". DULU SERANG KINI SAYANG - NIK AZIZ

UMNO buat pusingan 'U' kat Bagan Pinang. Dulu Serang habis-habisan kini sayang tak terkata


TELOK KEMANG, 10 Okt: Ketika menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Umno mengambil pendekatan memukul dan menyerang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, namun di Bagan Pinang, Umno mengambil pendekatan baru...kami hormat Nik Aziz.
Sebab itulah di mana-mana sahaja anda akan jumpa papan tanda besar gambar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menziarahi Nik Aziz ketika Menteri Besar Kelantan itu dirawat di hospital.


"Dulu Umno serang Nik Aziz, dalam pilihan raya ini Umno berpusing habis, dia tunjukkan mereka simpati dan sayang kepada Tok Guru (Nik Aziz) pula," kata Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar.
Beliau merujuk kepada billboard yang dipasang Umno di merata-rata tempat dalam pilihan raya Bagan Pinang ini.
Dalam pilihan raya lalu, Nik Aziz menjadi sasaran jentera khasnya media Umno untuk menyerangkan, namun terbukti PAS menang besar di Permatang Pasir


Dalam ceramahnya malam tadi, Datuk Seri Anwar Iberahim menyifatkan tindakan Umno ini sangat tidak beretika dalam kempen mereka.

Umno sanggup berbuat demikian untuk memainkan sentimen rakyat bagi menunjukkan bahawa Najib adalah seorang yang baik.
Anwar yang juga ketua umum PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh berkata, ia merupakan sesuatu yang peribadi, dan tidak seharusnya dijadikan bahan kempen.

Ayid>> Kalau realiti nya macam gitu foyo' Ini agaknya sebab pilihan raya aje ke. Pasang billboard sebelum ni tak nampak pun

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak