Showing posts with label isu polotik. Show all posts
Showing posts with label isu polotik. Show all posts

Monday, October 5, 2009

Bekas sarjan akui undi bagi pihak tentera

Seorang bekas sarjan hari ini mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum semasa bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Abu Kassim, yang bertugas sebagai "sarjan gaji", berkata beliau dan beberapa kakitangan tentera dalam bahagian pentadbiran, seperti ketua kerani, mendapat arahan bagi memanipulasikan undi pos daripada pegawai pentadbir kem.

Abu, sudah kira-kira 10 tahun menyertai PAS, bagaimanapun tidak ingat tarikh tepat dan tempat peristiwa itu dengan alasan ia "sudah lama" berlaku.

"Saya tidak ingat. Lama sudah. Tetapi dalam pilihan raya besar (umum), zaman Dr Mahathir dulu," katanya kepada Malaysiakini pagi ini.

Anak kelahiran Kuala Pilah itu menganggotai tentera darat selama 23 tahun daripada 1969 sehingga 1989. Beliau paling lama berkhidmat di Markas Stesen Staf Port Dickson.

Abu kini seorang ahli jawatankuasa undi pos Pemuda PAS yang diketuai oleh ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat.
Ayid>>>> Lagi tembelang undi POS di pertikaikan. Kali ini bekas Sjn membuat

Sunday, September 27, 2009

MENJELANG PRK BAGAN PINANG MOHANAD SABU BERI AMARAN KEPADA MENTERI PERTHANAN



Tindakan Zahid Mengheret Tentera Ke kancah Politik Tidak Menguntungkan Negara
BAGAN PINANG – Institusi ketenteraan masih lagi dihormati kerana tugas-tugas yang dilaksanakan samada di dalam dan di luar negara, semasa aman mahupun semasa darurat.

Institusi tersebut dihormati kerana masih tidak terlibat dengan sbarang politik kepartian sebagaimana institusi lain yang telah dipergunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Namun begitu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu memberi amaran kepada Dato’ Ahmad Zahid Hamidi supaya jangan mengheret angkatan tentera Malaysia ke kancah politik.

Monday, September 21, 2009

Samy Vellu kepada Dr M: Jangan Masuk Campur Bagan Pinang



Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mahu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak campur tangan dalam pemilihan calon BN untuk pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang.

Beliau berkata Dr Mahathir boleh menjejaskan jentera pilihanraya BN melalui kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya, sepertimana yang telah berlaku dalam pilihanraya-pilihanraya kecil lepas.

"MIC akan akur dengan siapa sahaja yang dipilih oleh Perdana Menteri, yang juga pengerusi BN. Dr Mahathir tidak sepatutnya campur tangan dalam terlalu banyak perkara yang mungkin meletakkan BN dalam keadaan sukar," katanya.

Ayid>>>Dulu semasa Mahathir berkuasa, bukan main sokong lagi. Sekarang dah pandai pulak beri amaran jangan masuk campur.

Nampaknya yang buat serangan peribadi sekarang bukan nya Parti bertanding, perperangan berlaku sekarang adalah antara Tun Mahathir dengan Samy Vellu. Harapan Pakatan untuk menang dah nampak. ka ka ka ka ka

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak