Monday, November 23, 2009

Mahkamah Arahkan SPR adakan PRK dalam tempoh 60 hari mulai 16 November – DUN Kota Seputeh

SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT

Apakah SPR akan akur keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.?

Jawapan: Tidak. SPR masih tidak berpuas hati atas keputusan tersebut dan akan membuat rayuan kepada Mahakamah Rayuan pula. Apa kah kes di Kedah akan menjadi serupa, senasib dengan kes di Perak.

Inilah senario politik yang berlaku di Malaysia sekarang



PUTRAJAYA, 23 Nov: Mahkamah Tinggi mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh, Kedah segera dan menolak permohonan SPR untuk ditangguhkan.

Ia perlu diadakan dalam tempoh 60 hari berkuat kuasa 16 November lalu, kata hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dalam keputusannya hari ini.

Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara yang mewakili SPR mahu memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Seminggu sebelum itu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa SPR wajar mengadakan pilihan raya kecil di kerusi berkenaan selepas didapati wujud kekosongan.

Namun Jumaat, 20 November lalu, SPR memohon hakim itu agar menangguhkan keputusan tersebut.

SPR memfailkan permohonan itu pada Rabu, 18 November selepas Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sharif bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.

Pada Sept 1, Speaker DUN Kedah memfailkan semakan kehakiman selepas SPR menerima sijil cuti sakit Abu Hassan berikutan ketidakhadirannya dalam persidangan DUN serta mengisytiharkan bahawa tidak berlaku kekosongan bagi kerusi itu dan wakil rakyat BN itu masih merupakan ADUN kawasan berkenaan.
Harakahdaily

4 comments:

azman kamarul said...

Puak-puak ni memang keras kepala ...macam kepala lembu.

Anonymous said...

Salam blogger, jgn lupa main ke blog aq ya....pasti banyak yg bermanfaat....

Bnapol or Otak

Billionaire In Training

Unknown said...

Mahkamah dan SPRM siapa lebih berkuasa?
Berkenaan banner yg ayid minta tu kalau boleh ayid hantarkan apa2 ganbar atau logo yg nak di letakkan kat saya .
ijoks2009@gmail.com

kalau ada masa nanti sy tolong buatkan.

Unknown said...

Sila ke blog saya ,ada sesuatu yg Istimewa untuk anda.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak