Sunday, November 22, 2009

ANUGERAH ILLAHI - BAYI SEBERAT 6.15 KG DILAHIRKAN DI KEDAH


ALOR SETAR: Seorang ibu berjaya melahirkan seorang bayi lelaki seberat 6.15 kilogram secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di sini dan dipercayai bayi terbesar pernah dilahirkan di negeri ini.

Wanita tersebut, Aishah Bee Yassin, 35, dari Changloon, Kedah melahirkan bayi tersebut yang juga anak kelimanya dengan dibantu seorang doktor dan beberapa kakitangan pusat perubatan tersebut pada pukul 2 pagi tadiSaya mula sakit hendak bersalin pada pukul sepuluh malam dan suami telah menghantar ke sebuah hospital di Jitra tetapi mereka tidak mahu terima kerana sudah terlewat. Oleh itu, saya dibawa ke sini dan akhirnya selamat melahirkan anak kelima kami," katanya di sini hari ini.

Aishah berkata sepanjang tempoh kehamilannya, dia langsung tidak berselera untuk menjamah nasi sebaliknya hanya makan buah kedondong dan minum susu sahaja.
Bayi lelaki seberat 6.15 kilogram selamat dilahirkan secara normal di sebuah pusat rawatan swasta di Alor Setar, pada 22 November 2009.



Bayi lelaki seberat 6.15 kilogram selamat dilahirkan secara normal di sebuah pusat rawatan swasta di Alor Setar, pada 22 November 2009.

"Saya makan buah kedondong sebanyak satu kilogram setiap hari serta minum susu. Kalau tidak dapat buah tersebut, saya jadi marah-marah," katanya.

Sementara itu, suaminya, Mohd Ali Khan Ghazali, 41, berkata dia terkejut apabila diberitahu bahawa anak kelimanya itu direkodkan seberat 6.15 kilogram kerana menyangka berat bayinya hanya sekitar empat kilogram sahaja.

"Saya agak terkejut kerana sebelum ini anak keempat kami iaitu Nor Hashimah paling berat ketika dilahirkan iaitu lima kilogram tapi adiknya ini lebih berat. Bagaimanapun, saya bersyukur apabila doktor mengesahkan anak saya sihat," katanya.

Selain bayi itu, Ali yang bekerja sebagai ajen pengimport mempunyai empat anak iaitu Mohd Amirudin Mohamed, 13, Nor Hafisah Mohamed, 12, Mohd Nazirul Mubin Mohamed, 10 dan Nor Hasyimah Mohamed, 6. BERNAMA


No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak