Showing posts with label renungan santai. Show all posts
Showing posts with label renungan santai. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

Roboh PASTI dan roboh KUIL....apa yang boleh kita pelajari daripadanya ?

Pengajaran:
1- Kedua-dua belah pihak mesti mematuhi peraturan.
2-Kaum India lebih terkedepan dalam mempertahankan hak milik mereka.
3-Umat Islam tidak sanggup mati demi mempertahankan agama.

Peroboh PASTI di Melaka




Bimbang kuil diroboh, lelaki bakar dirinya
Fadzly Esa
Nov 8, 10
4:22pm

Gara-gara terlalu bimbang kuil Sri Srinivasa Perumal di Pusat Bandar Puchong, Selangor akan dirobohkan, seorang lelaki bertindak nekad dengan membakar dirinya.

M Chakragunasegaran, 52 bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pihak polis serta beberapa ahli persatuan kuil yang kebetulan berada di tempat kejadian menyelamatkannya. Beliau yang dalam keadaan pengsan dikejarkan ke hospital tetapi keadaannya dilaporkan tenat.

Menurut saksi, K Dharmalingam,49, kejadian itu disedari semasa beliau melakukan upacara sembahyang di kuil berkenaan pada jam 6.30 pagi ini dan terlihat berlaku kekecohan.

Beliau terlihat mangsa menjerit “Jangan roboh kuil ini,” tetapi pihak berkuasa tidak memperdulikan rayuan lelaki itu.

Dia kemudian bertindak nekad dan menyalakan api di badannya dan dilaporkan terbakar kira-kira lima minit sebelum berjaya diselamatkan.

Selesai drama itu, kerja-kerja merobohkan sebahagian daripada kuil itu yang menjadi tempat simpanan barangan kemudiannya bermula pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Lebih kurang 200 kakitangan terdiri daripada ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pihak polis dan Rela terbabit dalam operasi berkenaan.

Sebelum ini, notis arahan dikeluarkan oleh pada 26 Oktober lalu dengan persatuan kuil berkenaan diberi tempoh selama tujuh hari untuk berpindah bagi tujuan pembinaan sebuah tadika baru.

Dharmalingam yang juga setiausaha kuil Sri Srinivasa Perumal itu berkata, pihaknya kesal kerana pihak berwajib tidak memberi tempoh yang mencukupi bagi mereka berpindah.

"Sudah lebih 10 tahun kuil ini dibina, tanah ini merupakan tanah rezab," katanya.

Kakitangan penguatkuasa kemudian melakukan kerja memagar sekeliling kawasan tersebut.

Sementara itu, ahli jawatankuasa kebajikan kuil itu, T Pukalenthy,42, berkata berdasarkan maklumat diperolehinya pihak sekolah memberi kebenaran kepada persatuan kuil untuk membina bangunan tambahan yang menjadi stor tempat simpanan barangan sejak 10 tahun dahulu.

"Perbuatan mereka merobohkan stor tersebut tidak wajar, sepatutnya mereka memberitahu pihak pengurusan kuil lebih awal," katanya.
Sementara itu, ahli majlis MPSJ, KN Michael Tamilarason berkata satu mesyuarat tergempar telah diadakan kira-kira jam 11.30 pagi tadi melibatkan wakil daripada kedua-dua belah parti politik, polis, agensi penguatkuasaan, sekolah dan persatuan kuil tersebut.
Menurutnya hasil sesi perbincangan itu, pihak berwajib bersetuju untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan bangunan simpanan stor milik kuil berkenaan untuk seminggu lagi

"Pihak sekolah bersetuju memberi masa selama tujuh hari kepada persatuan kuil untuk memindahkan barang tersebut. Masalah ini sudah selesai," katanya kepada Malaysiakini, petang tadi.


Pengajaran:
1- Kedua-dua belah pihak mesti mematuhi peraturan.
2-Kaum India lebih terkedepan dalam mempertahankan hak milik mereka.
3-Umat Islam tidak sanggup mati demi mempertahankan agama.

Kredit ustazcyber online

Saturday, October 9, 2010

Ada Sajadah Bergambar Salib Dijual di Samping Masjidil Haram!

Warga Saudi meminta segera pihak berkuasa Saudi menghentikan penjualan karpet sajadah di kota Mekkah, apabila lambang salib dari sajadah yang ia beli ditemui.

Seorang yang bernama Mansur mengatakan: "Saya baru membeli sajadah dari penjual yang terletak di sebelah masjidil Haram Mekah, namun saya terkejut ketika saya melihat ada gambar salib di tengah sajadah tersebut dan hairan kenapa barang seperti ini boleh memasuki wilayah kerajaan Saudi tanpa ada pemeriksaan terlebih dahulu."

Mansur juga menyatakan bahwa sesuatu yang aneh dan tidak lazim jika harus sujud di atas sajadah yang sajadah tersebut ada gambar salibnya.

Masih belum jelas apakah sajadah yang bergambar salib tersebut memang sengaja diproduksi dengan ada gambar salibnya atau hanya kesalahan cetak.

Gambar salib sangat kentara terlihat di sajadah yang menghebohkan tersebut. Sajadah itu bergambar masjid lengkap dengan menaranya dan tepat ditengah pintu masjid tergambar jelas salib yang merupakan lambang kepada agama kristian

Era Muslim

Saturday, September 11, 2010

MUNGKAR DI BUMI MERDEKA

Video pertama hasil kerjasama KOSUKE dan UNGGAS. Video ini dihasilkan tanpa perancangan skrip, kandungan dalam video ini dipilih secara rawak dan disusun atur secara spontan.

Fokus utama vid...eo ini lebih kepada mengajak masyarakat berubah u...ntuk berani menegur kemaksiatan. Saya memohon maaf atas beberapa paparan yang agak Kontroversi dalam video ini.

Kami bukan bertujuan memalukan sesiapa, cuma untuk memberikan contoh supaya dapat dijadikan ikhtibar kepada orang lain. Kami juga sudah cuba menapis (blur/censor) wajah2 mereka yang dirakam secara sengaja utk dimuatkan dalam video ini.

Tapi sebab proses censor mengambil masa yang agak lama dan agak rumit, jadi sekiranya ada bahagian2 yang tidak kemas tapisannya, harap dimaafkan kekurangan kami. [[ Video ini telah dipotong beberapa babak bagi membolehkan ianya diupload sepenuhnya di Facebook, sesiapa yang berminat mendapatkan full version boleh request di sini atau email : welantang [at] gmail.com ]] Kami amat mengalu-alukan komen/teguran/nasihat dalam memperbaiki mutu persembahan video2 kami supaya video2 kami yang akan datang, insyaAllah lebih berkesan dihati masyarakat. Terima kasih.

(Sila sebarkan sekiranya anda rasakan kandungan video ini bermanfaat)


Saturday, September 4, 2010

| 'Dah beli tiket balik raya'


myMetro

PORT DICKSON: “Norliza sepatutnya naik bas malam ini (Jumaat) untuk pulang menyambut Aidilfitri di Kelantan. Dia menunjukkan tiket bas kepada saya dan saya berjanji menghantarnya ke stesen bas,” kata Norhayati Zainuddin, 25, rakan Norliza Ishak, 35, yang mati dibunuh bersama anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd Yusoff, 10, semalam.

ANGKAT...polis mengangkat mayat dua beranak yang ditemui mati dalam apartment, semalam.
ANGKAT...polis mengangkat mayat dua beranak yang ditemui mati dalam apartment, semalam.
Dua beranak itu ditemui mati dalam keadaan tangan serta kaki diikat manakala mulut mereka ditutup menggunakan kain sarung dalam bilik air apartmen mereka di Jalan Sutera Lama, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Norhayati berkata, dia berjanji menghantar Norliza, guru agama dan Amirul Ayman ke stesen bas Terminal One, Seremban kerana dua beranak itu dijadual menaiki bas jam 10 malam.

“Arwah nampak seronok ketika beritahu mahu pulang ke kampungnya di Pulau Kerbau, Palekbang, Tumpat, kerana dia dapat cuti agak lama tahun ini,” kata Norhayati.

Menurutnya, dia sempat keluar bersama Norliza di sekitar Port Dickson membeli-belah sebelum menghantarnya pulang ke rumah, petang kelmarin.

“Pagi ini (semalam) saya tak nampak anaknya di kelas menyebabkan saya tak sedap hati, lalu saya cari Norliza yang mengajar di sekolah sama. Tetapi rakan beritahu mereka juga tidak melihatnya. Saya menelefon Norliza dan anaknya, namun kedua-duanya tiada jawapan,” katanya.

Norhayati berkata, dia mengambil keputusan pergi ke rumah mangsa, namun mendapati ia berkunci menyebabkannya pulang semula sebelum memberitahu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Port Dickson (SKPD), Maimunah Samek.

“Saya dan beberapa guru pergi semula ke rumah mereka sebelum menemui dua beranak itu dalam keadaan menyayat hati di dalam bilik air,” katanya.

Norliza tinggal di apartmen itu bersama anak lelakinya kerana suaminya menjalankan perniagaan di Mesir.

Sementara itu, adik ipar mangsa, Mohd Nazmi Awang Besar, 35, yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana, berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah kira-kira dua minggu lalu.

“Saya terkejut dengan kejadian ini dan menghubungi suami mangsa (Mohd Yusuf Awang Besar, 37,) yang menjalankan perniagaan di Mesir.

“Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, saya menganggapnya sebagai takdir dan reda dengan pemergiannya,” katanya.

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Awaluddin Hasan berkata, pihaknya terkejut dengan kejadian menimpa kakitangannya dan meminta semua guru mendoakan yang terbaik kepada arwah dan anaknya.

Menurutnya, pihaknya memaklumkan kepada semua guru besar sekolah memastikan tempat kediaman guru masing-masing berada dalam keadaan selamat atau boleh menginap di kuarters sekolah yang berhampiran.


follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak