KUALA LUMPUR, 12 Jan: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menarik balik ugutan terhadap kakitangan agensi tersebut.
Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, sekiranya Isa enggan berbuat demikian, pihaknya akan menimbangkan untuk membuat laporan polis terhadap Isa.
"Saya minta Tan Sri Isa Samad menarik balik kenyataan beliau dan jika tidak, kita akan buat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana secara jelas beliau menggunakan kuasa sebagai pengerusi Felda untuk mengugut kakitangan Felda," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Isa dilaporkan mengugut untuk memecat mana-mana kakitangan Felda yang didapati menyokong Pakatan Rakyat dalam pertemuan sulungnya dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney, dekat sini Ahad lalu.
Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka Bandar PAS juga berkata, tindakan Isa itu membuktikan bahawa beliau memang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meraih sokongan kakitangan Felda yang dilihat semakin cenderung kepada Pakatan Rakyat.
"Saya yakin Isa Samad dihantar oleh Najib Razak untuk menyampaikan maksud agenda politik BN kepada masyarakat khususnya warga Felda supaya mereka mengekalkan sokongan kepada BN.
(Baca sini)http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30301:anak-desak-isa-tarik-balik-ugut-kakitangan-felda&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124