Showing posts with label UMNO MCA. Show all posts
Showing posts with label UMNO MCA. Show all posts

Friday, February 11, 2011

UMNO goyah bila MCA kecundang di kawasan campuran

Pola pengundian PRK Tenang mungkin petanda kejatuhan Barisan Nasional dalam tempoh tujuh tahun. Bayangkan, PAS menumpaskan MCA di kawasan campuran, yang merupakan kubu MCA sebelum 8 Mac 2008. Sebelum "tsunami politik", kubu MCA sebenarnya berada di kawasan campuran - kerana DAP gagal meraih sokongan Melayu, sementara PKR dan PAS gagal memperolehi undi Cina.

Namun, senario politik telah berubah. Keputusan PRK Tenang menyaksikan pola pengundian di mana semakin tinggi kadar pengundi Cina, maka semakin tinggi kadar undi untuk PAS. Kini, kebanyakan pengundi Cina akan menyokong "orang Melayu Pakatan Rakyat" - ketika membuat pilihan antara "orang Cina UMNO (MCA)" dengan "orang Melayu Pakatan Rakyat (PAS dan PKR)".

Jikalau pola ini kekal, maka ia bermakna MCA akan tewas kepada DAP di kawasan majoriti Cina, malah berkemungkinan tumpas kepada PAS dan PKR di kawasan campuran. Jadi, persoalannya, daripada 15 kerusi parlimen yang sedia ada, berapakah yang mampu dipertahankan MCA dalam PRU akan datang?

Pakatan DAP-PAS

PAS dibantu kedua-dua rakan partinya, DAP dan PKR dalam PRK Tenang kali ini. DAP terutamanya, menurunkan pemimpin peringkat kebangsaannya untuk berkempen. Malah, untuk kali pertama DAP menyiarkan iklan di akhbar Cina, Sin Chew Daily (1/4 muka surat di edisi tempatan) setiap hari - untuk PRK yang ditandingi rakan parti. Menurut Penasihat Strategi Pilihanraya, Liew Chin Tong, daripada 14 PRK yang berlangsung, hanya PRK Bukit Gantang (ditandingi Nizar Jamaluddin) dan PRK Sibu (ditandingi DAP sendiri), yang mampu menyamai PRK Tenang dari segi sumber yang dicurahkan oleh DAP.

Matlamat strategi DAP adalah supaya prestasi PAS mengatasi DAP. Keputusannya menyaksikan matlamat ini tercapai. Dalam pilihan raya yang lalu, DAP yang bertanding kerusi parlimen Labis memperolehi lebih undi Cina di kawasan DUN Tenang berbanding PAS, sementara PAS memperolehi undi yang lebih banyak daripada DAP di kawasan Melayu. Tidak sukar untuk menjelaskan fenomena ini - sesetengah penyokong DAP menolak calon PAS, manakala sesetengah penyokong PAS tidak yakin dengan calon DAP.

Antara faktor yang menjurus kepada fenomena ini adalah hasil daripada dasar pecah dan perintah oleh Barisan Nasional dalam ruang wacana. Dalam PRK Tenang kali ini, MCA menyerang PAS yang kononnya membawa Islam yang ekstrem, sementara UMNO menyerang PAS kerana mengkhianati agama dan bangsa - manifestasi wacana tradisional yang digunakan BN.

Namun, apa yang membimbangkan BN adalah, perbezaan kadar undi Cina yang diperolehi DAP dan PAS semakin rapat. Dalam empat peti undi yang mana kadar pengundi Cinanya lebih tinggi, kadar undi yang diperolehi PAS pada tahun 2008 telah mengatasi kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2004, walaupun masih belum terjangkau kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2008. Dalam PRK Tenang kali ini, kadar undi yang diperolehi PAS di Labis Tengah hampir menyamai kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2008!

Seandainya fenomena ini juga berlaku di dua kawasan pengundian yang berdekatan (iaitu Labis Timor dan Labis), ia membawa makna bahawa komuniti Cina telah melihat dan menerima DAP-PAS sebagai satu gabungan. Pengundi Cina DAP menyokong PAS, lebih kurang keadaannya sebagaimana pengundi Melayu UMNO menyokong MCA.

PAS dan undi Melayu

Persoalan yang tercungkil di sini adalah, apakah PAS akan menjadi MCA versi Melayu? Sebelum ini, ada pandangan bahawa PAS mungkin tidak senang apabila DAP menyindir MCA kerana kehilangan sokongan Cina. Ini kerana PAS juga berdepan dengan masalah gagal meraih sokongan Melayu di kawasan desa dan mungkin dilihat sebagai boneka DAP.

Sememangnya, terdapat sesetengah pemimpin dari golongan konservatif yang agak gelisah apabila PAS semakin bergerak ke tengah. Namun, PAS adalah sebuah parti yang pragmatik. Meskipun melihat kegagalan sebagai ujian daripada Tuhan, namun kemenangan tetap akan diiktiraf. Misalnya, Mohd Nizar Jamaluddin (gambar kanan) yang meraih sokongan bukan Melayu, meskipun kehilangan sedikit sokongan Melayu - tetap disanjung tinggi akar umbi partinya. Pemimpin yang popular di kalangan bukan Melayu seperti Dzulkefly Ahmad, Husam Musa, Khalid Samad, Siti Mariah dan sebagainya, juga tidak tersingkir dalam pergelutan kuasa yang sengit dalam parti.

Pemimpin PAS yang saya kenali tidak bimbang dengan kebangkitan pengaruh DAP. Mereka hanya mengeluh kerana kadar pengundian Cina yang rendah sehingga gagal menghakis undi majoriti BN. Di kubu UMNO, ada kalanya PAS langsung tidak berpeluang untuk bertemu dengan pengundi. Jadi, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila PAS kehilangan sedikit undi Melayu ketika dalam PRK. - Baca lagi (Sini)

Wednesday, May 12, 2010

Kalau panas, MCA kena berdiri atau berlari?


http://cetusan-hati.blogspot.com/

Presiden MCA telah keluarkan kenyataan pimpinan komponen BN kena boikot himpunan memperingati 13 Mei di Kuala Terengganu.

Kerajaan Terengganu di mana seorang dari anggotanya adalah dari MCA secara lagsung atau tidak langsung, terlibat dalam penganjuran himpunan ini.

Maknanya, MCA sendiri terlibat, kecuali wakil tunggalnya menyatakan pendirian terbuka mengenainya.

Apa guna Chua Soi Lek minta diboikot selagi MCA menongkat Umno?

Satu situasi sukar untuk rakan-rakan Umno dalam BN.

Soalnya, kenapa di Terengganu? Kenapa tidak di Sibu?

'Kebangkitan Melayu' yang menjadi tema himpunan ini, menjadikan bulu roma sesetengah orang berdiri.

Kepakaran Umno dalam mendirikan bulu roma sudah terbukti sejak dulu. Apa hasilnya selepas bulu roma berdiri selain kesempatan mengukuhkan kuasa politik UMNO untuk meneruskan mengaut kekayaan kelompok, samar.

Sebagai orang Melayu dan 96% rakyat Kelantan adalah orang Melayu, diharap pemimpin Melayu yang menghidupkan bulu roma dengan 'Kebangkitan Melayu' ini, dapatlah kiranya menunaikan hak Kelantan ke atas royalti minyak kami. Melayu Kelantan pun Melayu. Kenapa hak Melayu Kelantan dinafi?

Harapannya tipis, kerana tokoh tamu yang akan berucap, Tun M, adalah pemimpin Melayu pertama yang menyekat royalti minyak Terengganu dan malangnya, orang ini akan bercakap mengenai Melayu Bangkit!?

Melayu tidak akan bangkit tanpa mendokong Islam dan mendokong Islam tidak akan berlaku tanpa prinsip keadilan dan kesaksamaan yang telah diperkosa dengan hilangnya 'rule of law' dalam negara kita.

Jangan gunakan Melayu untuk Kebangkitan Umno dan dengan kebangitan itu, Melayu sekali lagi ditindas.

Datuk Paduka Husam Musa,
Exco Kerajaan Kelantan.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak