Showing posts with label Polis Terkini. Show all posts
Showing posts with label Polis Terkini. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

.Polis itu "manusia", SESETENGAH mereka BUTA bezakan tanggungjawab mereka dan "nafsu" mereka, terlibat juga

Wanita dakwa dicabul 11 polis -

Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu.

Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.

Wong bee fong demonstrating how she was molested by policeDalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya.

Wong mendakwa, mimpi ngerinya bermula pada jam 1.55 pagi apabila kereta yang dipandunya ditahan dalam sekatan jalan raya dekat Taman Connaught pada tahun 2004 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

"Saya minta lesen memandu saya kembali dan saman yang akan dikeluarkan tetapi pegawai itu, Johari Ismail, nombor lencana 88147, enggan memulangkan dan sebalinya meminta rasuah RM3,000.

"Saya menolaknya dan beliau biarkan saya menunggu kira-kira 15 minit. Saya curiga ada sesuatu yang tidak kena jadi saya memandu ke arah balai polis Batu 9, Cheras," katanya.

Tetapi, dakwanya, sebelum sampai ke destinasi, sebuah Proton Saga mengejar dan memaksanya membelok ke bangunan PGA di Batu 9.
[Baca berita penuh]

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan berjumpa dengan Wong untuk cuba menyelesaikan masalah itu.

Abdul Rahshid berharap Wong dapat menghubunginya segera kerana beliau memerlukan lebih makluma. Insiden itu berlaku sebelum Abdul Rashid menjawat jawatan itu.

Malaysiakini

Tuesday, August 24, 2010

Takut mahasiswa tidak sokong Umno – Idris Ahmad - The Malaysian Insider



24 OGOS – Benarkanlah mahasiswa berpolitik, apa yang hendak ditakutkan mahasiswa berpolitik. Adakah kerana takut mahasiswa tidak menyokong Umno? Itu hanya andaian sahaja. Bukankah mahasiswa seorang yang cerdik, kalau bodoh mereka tidak masuk ke universiti. Mereka adalah manusia terpilih dari kalangan 26 juta rakyat di Malaysia.

Biarkanlah mereka berpolitik.

Alasan Tan Sri Ibrahim Abu Shah (bekas mantan Naib Canselor UITM) seorang pengampu tegar Umno , takut ganggu pelajaran. Ini alasan yang tidak berpijak kepada kebenaran. Berapa ramai pelajar yang tidak terlibat dalam persatuan dan tidak memperdulikan sekeliling mereka, tetapi kecundang dalam pelajaran. Malahan ramai di kalangan mereka yang hidup berpoya-poya dan gila dengan budaya hidonisme, akhirnya gagal dalam pelajaran. Tidak dengar pula rungutan daripada pihak universiti bising dalam hal ini.

Kalau ada larangan pelajar jangan terlibat dengan politik, ini hanya arahan untuk pelajar yang menyokong pembangkang, tidak kepada penyokong Umno. Begitulah juga amaran hanya diberi kepada pensyarah yang membantu pembangkang. Pihak universiti redha dengan pensyarah yang menjadi tali barut Umno di universiti. Sebenarnya Akta Universiti Kolej (AUKU) hanya untuk mereka yang menentang BN, bukan untuk pengampu Umno.

Sekarang universiti sudah hilang daya intelektual, sepatutnya kampus bukan tempat untuk mencari pengaruh politik kepartian sempit. Biarkan mahasiswa berpolitik, biarkan mereka tegakkan idealisma mereka. Usah bimbang kepada kelantangan mahasiswa kerana itulah mahasiswa, tidak perlu takut kepada mereka.

Universti ialah sebagai proses pembelajaran, ia mesti berlaku bukan sahaja di dalam kelas. Sepatutnya pendedahan politik kepada mahasiswa adalah perlu kerana ia sebagai medan mengasah bakat kepimpinan pada masa akan datang. Banyak kepimpinan mahasiswa telah melahirkan tokoh-tokoh politik di pihak pembangkang, kerajaan dan ahli akademik. Perkara ini tidak boleh di nafikan, kerana sejarah telah membuktikan terserlahnya mereka dalam kepimpinan politik adalah hasil; perjuangan mereka di universiti melalui gelanggang Majlis Perwakilan Pelajar dan juga kegiatan persatuan di universiti.

Tokoh-tokoh politik yang berada di persada politik tanah air kini samada berada di gelanggang kerajaan atau pembangkang seperti Anwar Ibrahim (Universiti Malaya), Ibrahim Ali (ITM), Ustaz Halim Arshat, bekas Setiausaha Agung PAS (UKM), Fuad Hassan, bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor (UKM), Dr Fuad Zarkasyi (UM), Shabery Cheek (UM), Tajudin Abdul Rahman Ahli Parlimen Umno Pasir Salak (UM), Kamarul Zaman Yaakob (UM), Mohd Sabu (ITM), Dr Sanusi Osman (UM), Lutfi Othman (UTM), Saifudin Nasution (UPM), Ustaz Fadhlullah Shuaib (UKM), Ustaz Abu Bakar Chik (UKM). Inilah rekod sejarah kepimpinan mahasiswa yang banyak menyumbangkan kepada pembangunan politik dan intelektual di negara ini.

Pimpinan universiti jangan jadikan mahasiswa pelajar sekolah yang masih beruniform tadika Kemas. Jangan lacurkan intelektual, sehingga hilang wibawa dan daya kreatviti. Budaya mengampu inilah menyebabkan kita melihat gred universiti sudah turun macam kelas dewasa tahun 60 an. Mereka hendak membudakkkan pelajar universiti supaya otak yang sama dengan mereka. Sedangkan pemimpin Umno selalu menyebut untuk menjadi universiti world class tetapi realitinya seperti Universiti Jawatankuasa Kemajuan Kampung (UJKK).

Saya pernah menyebut dalam Forum di Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar IPTA seluruh Negara pada 16 Mei 2005 di Melaka yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara.

Majlis yang dipengerusikan oleh Dr Junaidi Abu Bakar yang dulunya pernah bertanding atas tiket Islam Penyelamat Ummah (IPU) di UKM, sekarang telah menjadi orang kuat Umno. Saya memberi tahu kepada majlis, kerana waktu itu ada Timbalan Naib Canselor HEP. Jangan bimbanglah dengan pergerakan pelajar. Kerana ramai di kalangan pimpinan pelajar yang kecundang dalam dakapan pangkat dan wang.

Sekadar saya menyebut beberapa nama dahulu merupakan golongan yang anti Umno seperti Dr Fuad Zarkashi daripada PMUM sekarang Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Bahagian Umno Batu Pahat, Datuk Shabery Cheek, Presiden PMUM sekarang Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Zaidi Mohd Zin bekas Timbalan Presiden PMUM, sekarang Umno bahagian Serdang, Johan Che Pa Timbalan Presiden PMUM sekarang Naib Ketua Bahagian Umno Pasir Mas, Abdul Rahman Shaik, Timbalan Presiden PMUPM sekarang AJK Bahagian Teluk Intan, Ismail Said Ahli Parlimen Kuala Krau, Pahang, bekas speaker PMUKM sesi 87/88 zaman saya menjadi presiden PMUKM. Oleh itu pihak universiti biarkan mereka berpolitik secara sihat di atas padang yang rata. Jangan ganggu mereka. Pilihan politik mereka adalah hak mereka, mahasiswa adalah orang cerdik, mereka tidak boleh diperalatkan oleh mana-mana pihak.

Saya ucap tahniah kepada Datuk Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang memperjuangkan supaya mahasiwa dibenarkan berpolitik. Walaupun cadangan ini ditolak oleh kabinet pada 10 Ogos 2010, sekurang-kurangnya beliau telah membawa aspirasi beliau sebagai bekas pimpinan pelajar di Universiti Malaya satu ketika dahulu. Kabinet tolak kerana mereka bimbang ia akan memberi kesan yang buruk kepada perjuangan Umno pada masa akan datang. Pemimpin BN dengan penuh tawaduk tahu, sekarang zaman rakyat tidak mahu kepada Umno. Mereka yang menyokong Umno hanya terdiri dari kalangan mereka yang buta maklumat dan yang ada kepentingan projek, itu pun hanya Umno projek, bukan Umno ideologi. Kabinet tahu ketika pelajar tidak dibenarkan terlibat dalam politik sekarang, Umno ditolak di universti apabila calon proksi Umno ditolak setiap kali pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar. Umno terpaksa bertungkus lumus dengan membuat macam-macam cara supaya proksi mereka menang melalui orang suruhan yang menjadi abdi mereka di universiti.

Walaupun tindakan jahat mereka lakukan, namun mereka tetap gagal dalam setiap kali pilihanraya kampus. Maka sekarang mereka mengubah system dan peraturan rimba untuk menang dalam pilihan raya seperti dikenakan deposit, ada temuduga, tidak dibenarkan berkempen dan mencetak poster. Mereka melawan bukan sebagai anak jantan . Mungkin mereka belajar daripada bapa mereka Umno di luar kampus. – harakahdaily.net

* Ustaz Idris Ahmad ialah Ketua Penerangan PAS.

malaysianinsider

Wednesday, May 12, 2010

POLIS ENGGAN MOHON MAAF


Polis Enggan Mohon Maaf, Keluarga Amilnulrashid Terus Tindakan Perundangan


SHAH ALAM 12 MEI: Keengganan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memohon maaf kepada keluarga Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis, hanya mendorong keluarga mangsa meneruskan tindakan perundangan.

"Kita kemungkinan untuk ambil tindakan kepada IGP dengan CPO sebab masih gagal dan enggan memohon maaf dan mengaku percakapan mereka tentang isu ini adalah salah," kata Lateffa Koya kepada TV Selangor.

Lateffa Koya adalah antara peguam keluarga mangsa.

Berikutan kenyataan terbaru kedua-dua pegawai polis ini, beliau berkata, keluarga Allahyarham sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan perundangan.

Lateffa Koya juga kesal kerana kedua-dua pegawai atasan polis ini, membuat kenyataan sembarangan tanpa bersandarkan bukti.

"Kita tak faham macam mana mereka boleh cakap macam itu. Mereka tidak boleh cakap sewenang-wenangnya. Sekurang- kurangnya kena tunjuk bukti, mana parangnya? Mana benda-benda yang dia kata?

"Kalau semua benda itu tidak muncul dan tak dapat dibuktikan, maksudnya ini adalah keterangan palsu," katanya lagi.

Selepas pendakwaan Koperal Jenain Subi atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrashid, Musa Hassan dan Khalid Abu Bakar terus menolak permintaan keluarga mangsa untuk memohon maaf kerana melabel Aminulrashid sebagai “penjenayah”.

Malah, mereka tetap mempertahankan kenyataan mereka atas alasan perbuatan melabel Aminulrashid sebagai penjenayah yang disyaki, bukan satu kesalahan.

Mereka juga enggan memohon maaf walaupun diminta keluarga Aminulrashid, dengan alasan bimbang ia akan memberi implikasi perundangan.

Aminulrashid sebelum ini didakwa sebagai memiliki parang dalam kereta selain didakwa mengundurkan kereta hingga hamper melanggar kenderaan polis pada malam kejadian.-TVSelangor

Saturday, May 8, 2010


Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi.
Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun. Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam. “Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

Cedera parah

Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti.

"Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," kata Osman kepada pemberita.

Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Os

man berkata mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala angsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.

"Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut."

Mengulas kejadian itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop yang ditemui Bernama ketika merasmikan lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertolak ansur dalam kes tersebut. "Bagi kita, perkara ini sangat serius. Kita akan meneruskan dengan siasatan dahulu. Kalau anggota polis terbabit terbukti bersalah, kita akan mengambil tindakan mengikut prosedur yang diperuntukkan.

"Dalam kes ini kita masih menyiasat dan buat masa ini anggota polis terbabit telah ditahan kerja," katanya.

Bapa terkilan

Abu Seman turut melawat mangsa di HTJS. Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melihat keadaan mangsa.

Turut hadir Osman dan dua anggota exco kerajaan negeri Datuk Ismail Lasim dan Datuk Ismail Taib.

Sementara itu, Bernama melaporkan ayah mangsa, Aziz Omar, 42, berkata beliau sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

"Saya dihubungi pihak hospital pada pukul 4.20 pagi tadi yang menyatakan anak saya mengalami kecederaan dan kini berada di hospital. Saya kemudian bergegas ke hospital dan baru mendapat tahu bahawa anak saya cedera ditembak polis.

"Dalam hal ini saya amat terkilan kerana yang menghubungi saya adalah pihak hospital tapi mengapa tidak polis. Mohd Azizi adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik," katanya.- Malaysiakini

Monday, May 3, 2010

Remaja Terlantar Di Hospital, Dakwa Dikasari Anggota Polis


SHAH ALAM 2 MEI: Seorang remaja lelaki terlantar di hospital berikutan kekasaran polis selepas menyertai program anjuran Exco Kerajaan Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah (MBSA) di Dataran Shah Alam, malam semalam.

Kejadian berlaku kurang seminggu dari kontroversi kes Aminulrashid Amzah yang mati ditembak polis.

Kali ini turut melibatkan golongan remaja, semata-mata reaksi spontan mereka yang melarikan diri apabila didatangi polis secara mendadak.

Kejadian berlaku ketika beberapa remaja sedang duduk di kawasan Dataran Shah Alam selepas menyertai program ‘Generasi Idaman Selangor’, sebelum peronda polis secara tiba-tiba muncul diiringi kebingitan siren.

Kumpulan remaja itu melarikan diri dengan motosikal tetapi seorang dari mereka dikatakan dikasari polis.

Mangsa yang cedera di kenali sebagai Mohd Nazmi Annuar Mohd Adil, 20, seorang pelajar Pusat Teknoloji dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) di Shah Alam.

Pelajar jurusan elektrik dan elektronik ini mengalami kecederaan di muka termasuk bibir dan lulut.

Bercakap pada sidang media yang anjuran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, seorang remaja, Mohd Saifullah Mohd Razali yang berada di lokasi kejadian menyatakan kekesalan dengan pelakuan polis.

“Memang tidak wajarlah. Kita orang datang niat baik, balik dengan kecelakaan. Memang tak sangka jadi macam ini, kena pada member pula. Tak taulah tindakan polis guna kuasa dengan tak sepatutnya," kata Mohd Saifullah.

Pada sidang media sama, bapa mangsa, Mohd Adil Baharom pula mengharapkan keadilan dan meminta polis menjaga keselamatan awam dan bersifat mesra kepada rakyat dan bukan sebaliknya.

"Kita harapkan kepada agensi yang menjaga keselamatan awam tetapi bertukar sebaliknya. Secara tak langsung, persepsi atau pandangan terhadap polis bertukar. Sepatutnya, ia lebih mesra penduduk dan jaga keselamatan jenayah," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menyifatkan tindakan polis terhadap kumpulan remaja itu keterlaluan.

"Semasa kejadian, bukan semua remaja berada di motosikal mereka. Kebanyakan mereka duduk di astaka. Motosikal pun tersusun baik tapi polis datang macam hendak berperang.

"Ini yang menyebabkan budak-budak panik," kata Khalid lagi.

Baca lagi

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak