Showing posts with label Maksiat. Show all posts
Showing posts with label Maksiat. Show all posts

Friday, November 18, 2011

Tarian Separuh Bogel:Jual maruah rebut RM600 - Cananglahnie


KUANTAN: Hadiah ditawarkan selaku juara hanya RM600 serta sebotol minuman keras, tetapi sudah cukup membuatkan 20 gadis sebahagian besarnya Melayu, tampil menyertai pertandingan separuh bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Beserah, awal pagi semalam.

Sambil mengenakan pakaian seksi, sebahagian besar peserta berusia antara 15 hingga 18 tahun dan berasal dari Maran, Kemaman dan Kuantan itu sanggup menayangkan coli dan seluar dalam jenis G-string dipakai semata-mata mahu meraih sorakan penonton yang bakal menentukan sama ada mereka menang atau sebaliknya.

Difahamkan, acara itu pertama kali dianjurkan di pusat hiburan berkenaan sempena ‘Lady’s Nite’ dan setiap peserta dikenakan bayaran RM50.

Peserta yang meraih sorakan paling kuat daripada penonton dan pengunjung pusat hiburan berkenaan berpeluang memenangi pertandingan yang dimulakan jam 12 tengah malam itu.

Peserta juga bebas menari dengan gaya tersendiri, tetapi perlu dalam keadaan seksi dan ghairah sambil diiringi muzik tekno yang dimainkan DJ. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dan hanya dibenarkan membuat persembahan selama dua minit

Cananglahnie

Wednesday, November 9, 2011

RAKAM ANAK DARA DIA BERCUMBU DALAM CCTV

Bongkar misteri ‘lembaga hitam’
GOMBAK: Usaha seorang lelaki memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh rumah untuk menjejak ‘lembaga hitam’ yang sering dikesan di kawasan rumahnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu rupa-rupanya teman lelaki anaknya

Malah, rakaman CCTV itu turut membuatkan dia menepuk dahi apabila memaparkan anak perempuannya berusia 16 tahun bercumbuan selepas teman lelakinya berusia 21 tahun menyelinap masuk ke bilik tanpa pengetahuan bapanya, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

myMetro



Sunday, August 1, 2010

Jumlah kelahiran anak tidak saf taraf di Terengganu membimbangkan - The Malaysian Insider


Jumlah kelahiran anak tidak saf taraf di Terengganu membimbangkan - The Malaysian Insider

KUALA TERENGGANU, 31 Julai – Kes kelahiran anak luar nikah di Terengganu amat membimbangkan, dengan jumlahnya meningkat dari setahun ke setahun.

Berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2005 hingga Jun 2010, jumlah keseluruhan anak luar nikah di Terengganu ialah 2,314 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Yahya Khatib Mohamad berkata daripada jumlah itu, seramai 230 anak tidak sah taraf dicatat pada tahun 2005 dan jumlah itu meningkat kepada 251 pada 2006, 325 (2007), 549 (2008), 611 (2009) dan 321 dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

“Hampir keseluruhan kes anak luar nikah di Terengganu itu membabitkan wanita beragama Islam dan berumur 15 tahun ke atas,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Jendela IKS di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sedang mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengatasi masalah kelahiran anak luar nikah di negeri ini, termasuk menganjurkan kempen ke masjid dan program kesedaran bakti remaja.

Yahya berkata kerajaan negeri juga telah mengadakan program “ingat sebelum kena” yang ditumpukan di 130 sekolah untuk memberi kefahaman dan kesedaran di kalangan pelajar tentang masalah sosial. – Bernama



follow on fb

share

Share |

BLOG PIMPINAN PAS/PR

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak