Showing posts with label Liwat 2. Show all posts
Showing posts with label Liwat 2. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Kes Anwar : Pakar Forensik Akui Tidak Dedah Semua Keputusan Ujian DNA(KEMAS KINI)


KUALA LUMPUR 21 FEB: Kewibawaan pakar forensik kerajaan pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertambah mencurigakan apabila beliau mengaku hanya melaporkan sebahagian daripada keputusan calitan air mani yang dijumpai pada tubuh dan pakaian pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Peguam Ram Karpal Singh berkata berasaskan kepada semua calitan air mani, Dr Seah Lay Hoong gagal melaporkan kemungkinan tuduhan liwat Saiful membabitkan sehingga lima atau enam orang.

Lebih menakjubkan, calitan air mani Saiful sendiri dijumpai pada dalam dubur beliau sendiri, menurut laporan ujian DNA yang dijalankan.

http://tvsnews.net/v1/news_images_

Peguam Anwar dakwa air mani Saiful dikesan di dubur sendiri

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Prosiding kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini “dikejutkan” dengan dakwaan peguamnya bahawa salah satu profil DNA dikesan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pengadu dan saksi utama itu sendiri.

Ramkarpal Singh, salah seorang peguam Anwar berhujah, penemuan laporan kimia menunjukkan air mani yang ditemui pada bahagian rektal sebenarnya adalah milik Saiful (gambar) memandangkan profil DNA “12, 13” adalah lebih dominan berbanding profil DNA “Lelaki Y”.

“Saya mengesyorkan kepada anda profil dalam B8 adalah milik Saiful, oleh itu (ia) boleh ditafsirkan bahawa air mani yang dikesan di bahagian duburnya sendiri,” kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.

Bagaimanapun Dr Seah menafikan perkara itu sambil berkata terdapat dua bentuk kesan di bahagian rektal iaitu sperma dan bukan sperma.

Profil DNA Saiful, menurut Dr Seah, tergolong dalam kategori pertama.

“Ya, meskipun profil DNA Saiful ‘12, 13’ dikategorikan di bawah pati bukan sperma, di mana Dr Seah tidak dijawab ialah DNAnya sendiri juga ditemui pada kesan sperma B8.

“DNA Saiful bukanya penyumbang utama dalam kes ini, tetapi ia juga dikesan dalam kedua-dua ekstrak,” kata seorang lagi penguam Anwar, Sankara Nair kepada The Malaysian Insider kemudian.

Terdahulu pagi tadi, peguam-peguam Anwar meneruskan pemeriksaan balas ke atas Dr Seah dengan meminta beliau mengulas mengenai kesahihan laporan kimia.

“Anda mempunyai situasi di mana pancutan (air mani) ke dalam dubur adalah 56 jam sebelum laporan (dibuat). Adakah anda menduga untuk melihat kemerosotan kualiti sperma dan DNA?” soal Ramkarpal.

Menjawab soalan itu, Dr Seah berkata, tidak perlu mengambil langkah-langkah tambahan untuk menentukan kemerosotan kualiti meskipun air mani berada dalam dubur selama 56 jam.

The Malaysian Insider

Wednesday, February 16, 2011

Kes Fitnah Ke-Dua : Soal Balas Doktor HKL Bersambung




KUALA LUMPUR 16 FEB : Perbicaraan kes fitnah kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan pemeriksaan balas terhadap ketua unit dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan.

Beliau adalah individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Dr Khairul pada Isnin sudah dipanggil untuk memberikan keterangan. Beliau sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil sampel daripada mulut Saiful kerana pengadu mendakwa beliau dipaksa melakukan seks oral.

Mahkamah dijangka akan mendengar keterangan daripada seorang lagi saksi, ahli kimia Dr Seah Lay Hong, yang telah menjalankan ujian DNA ke atas bahan bukti kes berkenaan.

Perbicaraan hari ini menarik perhatian beberapa wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland.

Turut hadir di perbicaraan hari ini ialah pakar forensik Anwar Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

TVS NEWS

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak