Showing posts with label Liwat. Show all posts
Showing posts with label Liwat. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

Liwat II: Mahkamah tolak permohonan Karpal


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam Karpal Singh bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis. Berikutan keputusan itu, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, berkata pihak pendakwa mempunyai kuasa untuk menentukan mana-mana seksyen di bawah Kanun Keseksaan untuk mendakwa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi. Namun kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian. Berdasarkan hujah itu, permohonan Karpal ditolak,” katanya. Hakim kemudiannya mengarahkan perbicaran disambung.

Karpal tidak berpuas hati dan kemudiannya memohon supaya prosiding ditangguhkan supaya rayuannya itu boleh dikemukakan kepada mahkamah yang lebih tinggi. “Kita mempunyai masa dari sekarang hingga akhir bulan untuk memujuk Mahkamah Rayuan memberikan tarikh awal.,” katanya. Bagaiamanapun, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan berkata perbicaraan perlu diteruskan dan rayuan boleh dikemukakan selepas mahkamah selesai bersidang.

Pertikaman lidah berlaku dan Karpal mendakwa Mohd Yusof sudah mengetahui keputusan hakim yang menolak permohonan Karpal bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.

Ini kerana beliau datang dengan persediaan berkenaan.

Mahkamah kemudian berehat seketika bagi membolehkan hakim memutuskan sama ada membenarkan permohonan menghina mahkamah dikenakan ke atas peguambela utama, Karpal Singh.-Malaysiakini

Tuesday, May 11, 2010

Saiful : Saya tidak dapat melihat kawasan dubur saya.


Perbicaraan Anwar: Saiful Tuduh Doktor Bohong

Saiful Bukhari Azlan hari ini memberikan keterangan menggemparkan apabila mendakwa doktor yang memeriksanya di sebuah hospital telah berbohong dengan laporan perubatannya.

Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa doktor Mohamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi berbohong apabila menyatakan Saiful mengaku mengalami kesakitan di duburnya kerana benda plastik telah dimasukkan ke dalamnya.

Saiful mendakwa beliau tidak memberikan pengakuan sebegitu kepada doktor berkenaan.

Namun pada masa sama, Saiful gagal memberi penjelasan terhadap laporan hampir sama yang dikemukakan oleh tiga pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur yang turut memeriksa beliau.

Seperti Dr Mohamad Osman, tiga pakar itu juga mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.

Perbicaraan pertuduhan fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Saiful selaku pengadu dan saksi tunggal disoal balas oleh peguam Anwar Karpal Singh.

Anwar bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anggota keluarga tiba di mahkamah pada pukul 9.00 pagi dan diserbu oleh wartawan tempatan dan luar Negara.

Dalam soal balas, Karpal terus bertanya Saiful mengenai laporan doktor Mohamad Osman yang mendedahkan Saiful telah mengaku duburnya kesakitan kerana dimasukkan benda plastik.

Karpal : Doktor berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan. Adakah anda menafikan doktor itu berbohong

Saiful : Saya tak cakap macam itu.

Karpal: Jadi doktor itu berbohong?

Saiful: Saya tak pasti .

Karpal: Jadi doktor tipu?

Saiful: Ya dia bohong, tidak benar.

Saiful pada mulanya dilihat cuba berdolak dalik dalam menjawab pertanyaan Karpal tetapi apabila ditanya untuk kali kedua, beliau membuat kejutan dengan mendakwa doktor Mohamad Osman telah menipu dalam laporan perubatannya itu.

Karpal kemudian menjurus kepada laporan perubatan oleh tiga pakar perubatan HKL yang mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Saiful akibat di liwat sebagaimana yang di dakwa Saiful.

Kali ini juga, Saiful memberi jawapan yang mengejutkan. Beliau berkata beliau tidak dapat komen kerana tidak dapat melihat keadaan duburnya sendiri.

Saiful : Saya tidak dapat melihat kawasan dubur saya. Saya tidak mahu komen.-TVSelangor

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak