Showing posts with label Isu Polis. Show all posts
Showing posts with label Isu Polis. Show all posts

Monday, May 10, 2010

TERKINI : Anggota polis didakwa tembak Aminulrasyid

TERKINI

SHAH ALAM, 10 Mei - Anggota polis Koperal Jenain Subi dikenakan tuduhan tengah hari ini berhubung kejadian menembak remaja Aminulrasyid Amzah di sini dua minggu lalu yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Dia didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi.

Jenain yang didakwa di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara 30 tahun.

Hakim M. Gunalan membenarkan dia diikat jamin RM10,000 dan kes akan disebut semula 10 Jun ini.

Aminulrasyid mati ditembak selepas dikejar polis kira-kira enam kilometer awal pagi 26 April lalu dekat rumahnya di Seksyen 11 di sini.

Dia sebelum ini didakwa mengundurkan kenderaannya dan cuba merempuh kereta polis.

Bagaimanapun rakannya Azamuddin Omar, 15, yang terselamat menafikan perkara itu - Malaysianinsider

Saturday, May 8, 2010

Keluarga sedih, mangsa ditembak polis tiada rekod jenayah

SEREMBAN, 8 Mei: Keluarga Mohd Azizi Azri Aziz, 17, remaja yang ditembak anggota polis pagi tadi melahirkan rasa sedih di atas kejadian tersebut kerana mangsa tidak bersalah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Ana terima maklumat dari ibu bapa mangsa sewaktu menziarahi keluarga di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban tadi,” kata Adun Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani kepada Harakahdaily.

(Gambar: Sebahagian keluarga mangsa di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.)

Beliau berkata, keluarga mangsa memberitahu, Mohd Azizi Azri baru balik dari membantu kawannya yang berniaga di Pasar Malam Ampangan kira-kira jam 2 pagi.

Katanya, dia bersama-sama kawannya minum selepas bekerja di pasar malam.

Tambahnya, keadaan mangsa serius dan masih di dalam bilik bedah sejak jam 7 pagi tadi di mana usus besarnya cedera.

“Keluarga merasa sedih atas kejadian yang berlaku kerana anak mereka tidak bersalah dan tiada rekod jenayah.

“Walaupun kisah Aminulrasyid baru berlaku tetapi kisah sedih ini terus berulang dan menimpa keluarga mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau dan beberapa wakil Pakatan Rakyat negeri yang menziarahi keluarga mangsa berharap pihak polis mengambil serius kes tersebut dan sudah tiba masanya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mesti bertanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi tadi di Ampangan, mangsa yang tinggal di Taman Tasik Jaya, Paroi cedera parah di perut akibat ditembak seorang anggota polis.

Harakahdaily

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak