Showing posts with label Isu PRK Hulu Selangor. Show all posts
Showing posts with label Isu PRK Hulu Selangor. Show all posts

Saturday, April 10, 2010

Palanivel: ‘Bagi peluang kedua, tolak PRU-13 jika tak puas hati’


Wa kaka ka, dia merayu mahu menang kali ini, kesihan kasi lah di peluang untuk jadi kaya pula. Dia jamin tak lompat ma


Palanivel: ‘Bagi peluang kedua, tolak PRU-13 jika tak puas hati’

Oleh G. Manimaran

HULU SELANGOR, 10 April — “Bagi peluang kedua, cuba sekali lagi.”

“Jika tidak berpuas hati, (anda) boleh buang dalam pilihan raya (umum) tahun 2012,” demikian rayu Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel semasa persinggahan keempat beliau di bahagian Parlimen Hulu Selangor, malam tadi.

Kira-kira 9 malam tadi beliau berucap merasmikan Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran Untuk Wanita anjuran Persatuan Penganut Dewa Ying Jun Miao di Bukit Beruntung.

Palanivel juga merayu kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor yang ditemuinya sepanjang semalam agar memberikan peluang kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Untuk kerajaan yang kuat, untuk Parlimen yang kuat, undi masyarakat Cina sangat penting... kami memerlukan sokongan masyarakat Cina.

“Masyarakat Cina mesti menyokong MIC, MIC akan menyokong calon MCA, Gerakan.

“Saya rayu kali ini pengundi-pengundi Cina akan menyokong calon MIC,” katanya yang ditemani beberapa pemimpin MIC ketika singgah di Bukit Beruntung.

“Saya tewas pada tahun 2008 dengan perbezaan undi kira-kira 0,04 peratus, tidak sampai setengah peratus. Oleh itu saya mengharapkan sokongan anda semua,” kata Palanivel lagi.

Pada 8 Mac 2008, Palanivel ditewaskan oleh wakil PKR Datuk Dr zainal Abidin Ahmad, yang juga bekas timbalan menteri besar ketika kerajaan negeri BN, dengan perbezaan 198 undi.

Kira-kira enam jam sebelum itu semasa berucap kepada kira-kira 50 orang pengundi Cina di Tokong Kuen Yin Kerk di Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Baru, Palanivel meminta masyarakat Cina supaya memberikan peluang kepada Najib yang genap setahun sebagai Perdana Menteri minggu lalu.

Najib meraikan setahun genap sebagai perdana menteri di bahagian Hulu Selangor.

“Saya minta satu peluang, berikan beliau satu peluang,” katanya.

Palanivel, Ahli Parlimen Hulu Selangor sejak 1990 tetapi tewas dalam saingan kali kelima dua tahun lalu tidak “berkempen” sebagai calon rasmi tetapi atas status penyelaras kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Palanivel dilantik sebagai penyelaras bahagian itu Oktober lalu.

Atas kapasitinya itu kata Palanivel, beliau menyelesaikan masalah dan permintaan penduduk tempatan termasuk berusaha mendapatkan peruntukan kewangan.

Semalam beliau menyerahkan sebahagian peruntukan yang dipohon penduduk tempatan Januari lalu.

Palanivel menyerahkan cek bernilai RM300,000 kepada wakil persatuan Cina di Kuala Kubu Baru, semalam.

Pertemuan dengan rakyat semalam bermula dengan majlis penyerahan tiga cek bernilai RM300,000 kepada dua persatuan masyarakat Cina di Kuala Kubu Baru dan disusuli dengan sesi beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli di Changkat Bintang, berhampiran Slim River, dan Kampung Orang Asli Serigala dan satu lagi pertemuan dengan masyarakat Cina di Bukit Beruntung.

Kedua-dua penempatan Orang Asli yang menyumbang kira-kira 120 undi merupakan kubu kuat bagi calon BN termasuk ketika dua tahun lalu.

Bagaimanapun BN gagal memperoleh undi sepenuhnya daripada masyarakat Cina di Kuala Kubu Baru dua tahun lalu.

Kira-kira 10 malam beliau meneruskan perjalanan ke Hulu Rening, berhampiran sempadan Genting Highlands untuk menemui pengundi-pengundi Melayu.

Palanivel memulakan siri pertemuan 3 petang semalam sehingga tengah malam seolah-olah beliau merupakan calon Barisan Nasional (BN). Pasukan Palanivel ini melalui perjalanan hampir 200 kilometer sehingga tengah malam.

Setakat ini, pengesahan rasmi menyebut hanya nama Palanivel telah dikemukakan kepada pucuk kepimpinan BN.

Pucuk kepimpinan MIC dan BN enggan mengesahkan sama ada ada nama-nama lain disalurkan kepada Najib yang juga Pengerusi BN.

The Malaysian Insider yang mengekori beliau dari 3 petang mendapati Palanivel memperlihatkan iltizam walaupun wujud cakap-cakap kemungkinan tidak dipilih sebagai calon.

Pembantu-pembantunya pula kelihatan bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja asas dengan mengemaskinikan profil beliau termasuk apa yang telah beliau lakukan sejak menjadi wakil rakyat kali pertama 20 tahun lalu.

Malah, beberapa pembantunya yang ditemui berkata Palanivel hanya mahu memberi tumpuan menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyelaras dan tidak kisah dengan cakap-cakap bahawa ada usaha mahu mensabotaj beliau daripada diturunkan semula calon.

Umno Hulu Selangor juga masih meneruskan gesaan supaya pemimpin mereka diletakkan di Hulu Selangor walaupun Najib sudah mengumumkan ia sebagai kerusi MIC.

Nampaknya kerja-kerja asas itu dilakukan kerana Palanivel tidak mahu mengambil mudah dan membuang masa sekiranya beliau dipilih semula.

Selain Palanivel, sumber-sumber memberitahu Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan dan Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan juga disebut-sebut sedang diperhalusi pucuk kepimpinan.

Kedua-dua mereka juga berada di Hulu Selangor malam tadi menemui pengundi tempatan.

Ketika berucap di kawasan penempatan Orang Asli di Kampung Serigala, Palanivel berkata, “kerusi Parlimen Hulu Selangor sangat penting bagi BN.”

Dewan serbaguna yang Palanivel berucap sudah dihiasi dengan bendera-bendera kecil BN dengan digantung satu potret Palanivel dengan mesej tertera “Calon kawasan Parlimen Hulu Selangor”, sekali gus menunjukkan ia kubu kuat BN,

The Malaysian Insider difahamkan potret itu dipasang dua tahun lalu tetapi tidak diturunkan sehingga sekarang. Turut digantung di sisi ialah potret bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

“Ini pilihan raya yang sangat penting. Kita dapat satu peluang bertanding di kerusi Parlimen.

“Setiap undi Orang Asli adalah undi untuk perdana menteri, itu penting. Beliau akan berikan perhatian khas untuk masyarakat Orang Asli,” kata Palanivel sambil meminta penduduk Orang Asli turun di Kuala Kubu Baru dengan simbol tradisi mereka pada hari penamaan Sabtu depan.


Malaysian Insider

Friday, April 9, 2010

MIC: PALANIVEL CALUN TUNGGAL KAMI


Pemimpin MIC menolak dakwaan kononnya timbalan presiden G Palanivel bukan calon tunggal parti itu yang dikemukakan kepada pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak untuk bertanding kerusi parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Penafian itu dibuat ketika pelbagai khabar angin timbul yang Palanivel (kiri) akan digugurkan kerana masalah dalaman dan akan digantikan oleh calon lain dari MIC dan mungkin juga daripada Umno.

Spekulasi itu semakin panas apabila Najib ketika ucapannya semalam di konvensyen BN mengesahkan BN akan mengemukakan calon dari MIC tetapi tidak mendedahkan namanya.

BN dijadualkan menamakan calon mereka pada 15 April ini dan lobi-melobi dijangka berterusan apabila Najib ke luar negara hujung minggu ini.

Palanivel yang menjadi ahli parlimen Hulu Selangor selama empat penggal sejak 1990 tetapi ditumbangkan dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum 2008 berharap dapat kembali ke Dewan Rakyat.

Ke
tika dihubungi, naib presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam (kanan) mengesahkan Palanivel adalah calon tunggal parti itu.

Beliau juga menolak khabar angin bahawa pencalonan Palanivel menghadapi masalah kerana beliau akan menuntut jawatan kabinet jika menang kelak.

"Memenangi pilihan raya kecil itu adalah keutamaan kami,” kata Subramaniam, yang dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia sejak tahun 2008 kerana beliau adalah pemimpin tertinggi MIC yang menang pada pilihan raya umum lalu.

Seorang lagi naib presiden MIC, Datuk M Saravanan juga tidak mahu melayan soalan jika ada tuntutan supaya Palanivel digugurkan.

“Tidak ada 'jika' dalam politik,” tegas Saravanan.

Saravanan, yang juga adalah timbalan menteri wilayah persekutuan berkata masyarakat India di Hulu Selangor berdiri teguh di belakang Palanivel.

Malaysiakini

UMNO HULU SELANGOR LAWAN NAJIB, LETAK CALON BEBAS

Umno Hulu Selangor lawan Najib, letak calon bebas?

Oleh: Masdar Wahid

Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor yang penamaan calonnya akan diadakan pada 17 April ini manakala pengundian pada 25 April memiliki beberapa fakta uniknya tersendiri.

Umum mengetahui bahawa ini merupakan PRK yang pertama berlaku di Selangor dan yang pertama pada tahun ini.

Pertembungan antara Anwar dan Najib

Selain itu, PRK kali ini juga bakal menyaksikan dua tokoh yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerap bertembung dari pelbagai aspek dan strategi ke arah kelangsungan politik masing-masing.

Mereka ialah Ketua Umum PKR yang juga tokoh penting yang menyatukan Pakatan Rakyat dan seorang lagi ialah Presiden Umno, Najib Razak yang dilihat sebagai presiden terakhir BN mengikut teori RAHMAN.

PRK kali yang ke 10 ini sejak Pilihan Raya Umum (PRU) pada 8 Mac 2008 juga menjadi pengukur kepada kedua-dua tokoh itu apabila menjadi pemimpin penting di Selangor di mana Najib ialah Pengerusi Umno manakala Anwar ialah Penasihat Ekonomi Selangor yang juga Menteri Besar Selangor ialah ahli PKR sendiri, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ejen Israel, Anwar jawab, Najib membisu

Anwar sebelum ini diakitkan dengan Yahudi tetapi telah dijawab dengan jujur dan berfakta di Parlimen manakala Najib yang terang-terang membawa masuk ejen Israel ke dalam negara sehingga mencemarkan instusi di raja selain mengancam keselamatan negara, sehingga kini kekal membisu berhubung APCO.

Malah Najib menikus untuk hadir ke sidang parlimen selain membiarkan askar upahannya untuk menjawab dan mengganggu ucapan Anwar di parlimen.

Keunikan ketiga ialah ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor adalah dari BN yang masing-masing dua dari Umno dan seorang dari MCA selain parlimen adalah kuota MIC.

Bagi PR, ketiga-tiga Dun itu ditandingipada PRU lalu masing-masing ditandingi oleh ketiga-tiga komponennya iaitu PKR, PAS, DAP selain peringkat Parlimen oleh PKR walupun sebelum ini kuotanya untuk PAS.

Hampir semua parti pernah bertanding di sini

Sesuatu yang unik juga berhubung kerusi ini ialah apabila hampir semua parti penting di semenanjung Malaysia termasuklah yang telah berkubur, Semangat 46 (S46) pernah bertanding di kerusi ini.

Umno bertanding dari tahun (1955-1959) sebelum digadaikan kepada MCA pada tahun (1959-1986), diikuti MIC (1986-2008) sebelum di menangi oleh parti paling muda dalam PR iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sepanjang tempoh itu juga (1955-2008), parti seperti PAS, DAP dan S46 pernah meletakkan calonnya di situ.

Antara tokoh pembangkang yang pernah bertanding sebelum ini ialah Nazar Yakin daripada Semangat 46 (1995), Peng Kim Sing daripada DAP (1995), Dr Haili Rahmat daripada PKR (1999), Datuk Ismail Kamus daripada PAS (2004) seterusnya Datuk Zainal Abidin Ahmad daripada PKR memenanginya pada tahun 2008.

Blogger Umno bertanding calon bebas ?

Umno yang sebelum ini beriya-iya mahu meletakkan calonnya di situ sekaligus mahu merampas kuota sekutunya terpaksa berputih mata apabila Presidennya sendiri terpaksa menolak Umno dan menyerahkannya kepada MIC.

Umno difahamkan akan menaja calon tertentu untuk bertanding sebagai calon bebas sebagai tanda protes mereka dan antara nama yang disebut-sebut ialah seorang blogger.

Antara calon itu yang sehingga kini membelenggu Najib dan Samy ialah Ketua Pemuda MIC, T.Mohan dan Ketua Penerangan MIC, P.Kamalanathan, Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor, V. Mugilan selain G. Palanivel sendiri yang tumbang dalam PRU lalu.

Lain pula bagi PKR, walaupun parti itu baru menyambut ualng tahunnya yang ke 11 tahun pada 4 April lalu, namun calon yang ada untuk bertanding cukup ramai dan bukan calang-calang orangnya termasuklah dari kalangan tokoh pekerja, golongan professional, peguam, tokoh intelektual dan pemikir, pensyarah dan ustaz malah bekas menteri pun ada.

Mereka ialah Ketua PKR Cabang Kelana Jaya merangkap Presiden MTUC, Syed Shahrir Syed Mahamod, bekas tokoh agama yang terkenal dan bekas pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr. Badrul Amin Bahron, Ketua Angkatan Muda (AMK) Malaysia yang juga seorang peguam, Shamsul Iskandar Md Akin, tokoh inteletual dan pemikir dan juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar, pakar bedah saraf yang juga Bendahari PKR, Cabang Hulu Selangor, Dr Haili Rahmat, dan Penyelaras PR yang juga bekas Menteri berkaitan Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim.

Aliran pengundian

Hampir 53 peratus atau 34,020 daripada 64,500 pemilih berdaftar adalah pengundi Melayu manakala kaum Cina dan India masing-masing terdiri 16,964 pengundi (26.3 peratus) dan 12,453 pengundi (19.3 peratus).

Bagi BN dan PR untuk merebut pengundi Cina, pastinya tumpuan lebih diberikan kepada 13 buah kampung yang terletak dalam kawasan Kuala Kubu Bahru di mana 70 peratus daripada 16,964 pengundi Cina terletak di situ.

Bagi pengundi India, kawasan parlimen ini juga antara kawasan yang tertinggi di negara ini yang mencatatkan pengundi India yang tertinggi, dan itu antara sebab mengapa MIC bermati-matian mahu calonnya bertanding di situ dan menolak calon Umno.

Di sini juga seperti dakwaan Presiden MIC, Samy Vellu bahawa kira-kira 700 Ketua Cawangan MIC wujud di sini.

Namun, tidak ketahui sejauhmana sokongan itu masih berpihak Samy atau kepada musuh tradisinya selama ini dalam partinya iaitu Datuk S Subramaniam yang juga bekas Timbalan Presiden MIC bertahun-tahun.

Sejumlah 64,500 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos di mana 32,380 pengundi terdiri daripada pengundi lelaki manakala 32,120 adalah wanita.

PRK kali ini juga bakal menyaksikan undi pos akan diadakan dua hari sebelum hari mengundi dan proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dilakukan di Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Jom raikan penamaan calon

Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi di mana pusat mengundi akan melibatkan 46 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai dengan 136 saluran mengundi.

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan telah dilantik sebagai Pegawai Pengurus dengan dibantu oleh tujuh penolong.

SPR telah menubuhkan enam pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) mengikut Seksyen 27B AKta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen dari hari penamaan calon sehingga tamat hari pengundian.

Samada Pakatan Rakyat akan kekal dan meraih majoriti lebih besar pada kali ini atau menyaksikan BN terus tersungkur di Hulu Selangor, jawapannya ada pada lebih 60,000 pengundi berdaftar di kawasan itu. -EraPakatan

WarkahDaily


Ayid>> UMNO dah melopong, wa ka ka. Berebut dah nak letak calun anak tempatan, alahai UMNO kita tunggu nanti hari pengkiraan undi siapa akan jadi jaguh di Hulu Selangor

Wednesday, April 7, 2010

HULU SELANGOR: SAH MIC BERTANDING!

on Wednesday, April 7, 2010
Nampaknya segala teka-teki yang kini bermain dikalangan BN hampir terjawab apabila awal-awal lagi PMku sayang memberi amaran kepada semua pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) supaya tidak membangkitkan siapa yang bakal menjadi calon parti itu pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Sebaliknya, PMku sayang, berkata mereka perlu menerima apa juga keputusan parti dan bekerjasama bagi memastikan kemenangan calon BN.

“Siapa-siapa yang diputuskan oleh parti... ringan ke, berat ke, terpaksa kita dokong... galas.

“Jangan pula kita merengek, mengutuk,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan makan tengah hari meraikan setiausaha-setiausaha politik di pejabatnya di sini hari ini.

Ini lebih disokong oleh hasil daripada Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor dengan ikrar akan berperanan sebagai ikatan yang lebih inklusif dengan mengetepikan sentimen kepentingan kaum bagi menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan ini dan juga pilihan raya umum ke-13.

So sah la MIC akan meletakkan calonnya untuk bertanding di Hulu Selangor... al kempunan lah UMNO Hulu Selangor...

Kredit: Pemuda Wangsa Maju


Sunday, April 4, 2010

PRK Hulu Selangor: Janji 13 tahun dahulu belum lagi ditunai, buat janji baru pulak

Janji lama yang dilakukan sejak 13 tahun dulu oleh BN melalui agensi kerajaan di bawah pentadbirannya, Felda belum lagi tertunai, sudah tabur pula janji baru kepada penduduk kawasan Hulu Selangor.

Dasar muka tak malu Umno-BN memang ketara sekali apabila dengan terang-terangan 'menyuap' penduduk kawasan Hulu Selangor dengan bermodalkan janji pembangunan. Jika mengikut akta SPR dalam perkara kempen pilihanraya, Umno-BN didapati bersalah melanggar peraturan pilihanraya kerana berkempen lebih awal daripada tarikh sedia ada.

Namun, SPR hanya memekak telinga dan buat-buat buta mata dalam perkara berkenaan selepas tertipu dengan kata-kata Umno-BN.

Janji dan suapan bagaikan mainan bagi Umno-BN. Tapi untuk melunaskan janji belum tentu lagi.

Buktinya, Seramai 67 bekas Peneroka Felda Sungai Buaya, dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor bangkit menuntut hak mereka yang dinafikan sejak 13 tahun lalu oleh Felda dan kerajaan BN di era Khir Toyo.

Peneroka tersebut sebelum ini dijanjikan RM1 juta menerusi sebuah projek pembangunan di kawasan itu.

Arifin Shamsudin, 74, salah seorang dari peneroka itu memberitahu, selama ini mereka tertipu dengan janji manis yang ditabur kerajaan negeri di era pemerintahan BN.

Paling malang katanya, mereka yang datang menawarkan habuan itu adalah daripada kalangan Melayu sendiri yang kononnya membela nasib Melayu tetapi kini lepas tangan dan membiarkan peneroka terus tertindas.

“Perjanjian mereka semua tak betul. Saya dijanjikan RM1 juta daripada penjualan tanah seluas 8 ekar.

“Bayaran pertama yang sepatutnya dijelaskan dalam surat perjanjian adalah RM100,000 tetapi itu pun mereka tipu dan saya hanya dibayar separuh sercara beransur-ansur,” katanya

Mengulas isu sama, waris peneroka, Kamaruddin Jantan, 62, pula berkata, isu tersebut kerap kali bangkitkan oleh mereka terutamanya selepas menyedari wujudnya penipuan.

Menurut Kamaruddin, mereka mahu jalan penyelesaian segera dan bukan hanya berjanji sepertimana kebiasaan yang berlaku dalam pilihanraya tetapi sebaik menang calon itu, mereka gagal melunaskannya walaupun memenangi kerajaan persekutuan.

“Sekarang kembalinya perebutan kuasa di tampuk pemerintahan Parlimen Hulu Selangor, jadi apa yang kami mahukan hanyalah penyelesaian segera masalah kami daripada calon yang akan dipilih kelak.

“Bukan janji yang kami mahukan, tetapi kesahihan penyelesaian sebelum pilihan raya kecil (PRK) bermula.

“Kalau janji selepas plihan raya sudah banyak kali kami dengar dan semuanya sudah lepas dan janji hanya tinggal janji, sebaliknya masalah kami tetap bebanan buat kami anak peneroka,” katanya.

Begi Isteri kepada salah seorang bekas peneroka yang telah meninggal dunia, Siti Mariam Ahmad, 68, pula berkata, beliau dinafikan hak sebagai jutawan selepas suaminya meninggal dunia akibat sikap cuai pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap mereka.

Menurutnya, kini dia terpaksa berniaga sendiri bagi menyara kehidupannya bersama dua anaknya.

“Saya berniaga kecil-kecilan dan hanya memperoleh pendapatan kurang RM400 sebulan dan ia tidak menentu kerana bergantung kepada tahap kesihatan saya.

“Saya menghidap sakit jantung dan memerlukan rawatan rutin di Hospital Selayang bersama seorang anak saya yang menghidap tekanan mental.

“Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga terpaksa saya minta bagi menampung kos rawatan bulanan kami berdua,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Sungai Buaya Barat, Akhir Diran, 58, yang juga generasi kedua felda melahirkan kekesalan dengan sikap pemimpin cuai itu yang kesan akhir ditanggung penduduk kampung berkenaan.

Menurutnya, di Sungai Buaya terdapat kira-kira 2,600 pengundi yang antara menjadi penetu penting kemenangan mana-mana calon dalam PRK kali ini.

Akhir menjelaskan, mereka sepakat mahu masalah itu diselesaikan sebelum penamaan calon bermula.

“Calon dan pemimpin sudah bersilih ganti tetapi masalah kami masih belum diselesaikan. Pelbagai janji ditabur bagi meyakinkan kami memilih mereka sebagai wakil rakyat namun kami terus tertindas.

“Justeru, pemilihan calon kali ini diharap dapat menyelesaikan masalah yang sudah bertahun membebankam kami di sini.

“Tuntutan kami supaya masalah ini diselesaikan sebelum pilihan raya dan bukannya janji selepas pilihan raya,” katanya.

Sumber: WarkahDaily Online

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak