Showing posts with label Isu LIwat. Show all posts
Showing posts with label Isu LIwat. Show all posts

Friday, April 22, 2011

Rosak, jahanam anak bangsa! Tetapi Mahiaddin hanya bimbang pelajar sekolah obes sahaja




Saya petik:

[BH] KUALA TERENGGANU: Lima lelaki, termasuk tiga tertuduh juvana dihadapkan di dua mahkamah berasingan semalam, atas pertuduhan merogol dan melakukan hubungan luar tabii terhadap seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Dungun, Mac lalu.
http://duniacacamarba.blogspot.com/

Wednesday, March 23, 2011

Rahim Dan Eskay Terbabit Dalam Fitnah Video Lucah (KEMASKIN



PETALING JAYA 23 MAC :Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah adalah antara mereka yang terlibat dalam video seks fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul.

Johari berkata Rahim dan Shazryl menemui beliau di Hotel Flamingo Kuala Lumpur untuk menunjukkan video 21 minit itu sebelum memujuk beliau untuk lompat keluar dari PKR menyertai itu dengan imbuhan lumayan

Selepas menyaksikan video itu, Datuk Johari yakin pelakon itu bukan Datuk Seri Anwar berlandaskan faktor berikut :

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka, kata Datuk Johari.

http://tvsnews.net/v1/

Friday, May 14, 2010

Liwat II: Syabas Saiful Bukhari. Anda berjaya!

Puas belek akhbar harian samada Berita Harian, Metro, Kosmo, Utusan 1Malaysia maupun Sinar harian. Takde berita yang diterangkan secara seimbang. Adil dan telus. Masing-masing memainkan peranan sebagai agenda propaganda yang berat sebelah. Dicari topik-topik untuk memburukkan Ketua Pembangkang yang dirasa mengaibkan dan mencalarkan karier politik Anwar Ibrahim. Memanglah bagi pimpinan UMNO itu menyeronokkan tetapi pada hakikatnya rakyat semakin hari semakin muak dengan isu-isu dan ulasan akhbar harian ini. Secara langsung rakyat ingin mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Mereka ingin tahu apakah sebenarnya yang berlaku disebalik perbicaraan di mahkamah. UMNO-BN sepatutnya menyedari bahawa sekarang bukannya zaman batu maupun politik zaman Jepun. Mereka inginkan maklumat yang sebenar dan mereka akan mencari media baru. Media alternatif. Semakin hari akhbar-akhbar ini akan semakin merosot peminat dan penggemarnya. Kecuali mereka ingin melihat keputusan no ekor sahaja. Tak mustahil satu hari semua akhbar ini akan bungkus. Terimakasihlah Saiful Bukhari. Anda berjaya membantu rakyat meluat dengan media kerajaan.

Rakyat akan beralih kepada media baru. Sumber internet seperti Laman web, facebook, twitter dan sebagainya menjadi pilihan. Lihatlah media baru ini semakin menjadi alternatif. Ruangan sembang maupun facebook memuatkan maklumat terkini isu liwat ini maupun perbicaraan di mahkamah secara detail. Maklumat yang dilapurkan setiap minit bahkan tepat pula. Pelbagai ulasan-ulasan persendirian yang mengalahkan editor akhbar harian yang ada. Semakin ditutup dan semakin diselewengkan maklumat nescaya semakin berkembang perkara sebenar dan semakin menampakkan keadilan dan kebenaran. Bak kata pepatah “Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan sehelai daun” sekarang ini bukan sebesar gajah.. tetapi jaringan maya ini seluas dunia. Macamana nak tutup?-Ustaz Saiful Bahri(Baca lagi)

Thursday, May 13, 2010

Karpal: Sokong BN, tapi undi Pakatan, itu bermakna anda seorang pengkhianat bukan, setuju?

Saiful dakwa diliwat juga di HK, Singapura, Bangkok



Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.

Saiful, saksi utama dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada pagi hari tersebut, sebelum kejadian, beliau mandi sepenuhnya.

Saiful berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Karpal Singh yang mewakili Anwar dan juga mendakwa, beliau pernah diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mengenepikan permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan beliau berhubung penolakan permohonannya bagi mendapatkan kenyataan saksi yang dibuat kepada polis.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata keputusan beliau mengenepikan permohonan bagi mendapatkan kenyataan saksi itu semalam bersifat prosedur dan ia tidak boleh dibuat rayuan.

Katanya selain itu pihak pembelaan gagal menunjukkan sebarang keadaan khas bagi membolehkan penangguhan diberikan.

Karpal Singh juga memohon mahkamah supaya pemeriksaan balas seterusnya pada sebelah petang diadakan secara tertutup.

Tidak mandi langsung?

Keterangan Mohd Saiful pada hari keempat beliau diperiksa balas oleh Karpal itu menarik perhatian ramai termasuk Karpal Singh sambil berkata " Ooo.. mahu simpan bukti".

Karpal: Pada 26 Jun 2008, anda tidak mandi langsung?

Saiful: Pada pagi 26 Jun itu, saya mandi sepenuhnya. Selepas kejadian saya tidak mandi tetapi hanya bilas sahaja.

Karpal: Anus, anda tidak cuci?

Saiful
: Tidak. Mahu simpan bukti.

Kepada soalan Karpal Singh mengapa beliau tidak membuat terus laporan polis pada hari kejadian kerana bukti itu masih baru, Saiful berkata beliau memang ada peluang berbuat demikian.

Saiful, bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata beliau juga mempunyai peluang untuk membuat laporan polis pada keesokan harinya, pada 27 Jun, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana ingin mendapatkan nasihat terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.

Karpal: Nasihat daripada siapa?

Saiful: Pakcik saya Tuah (Tuah Mohamad Alip) (bawah, kanan), Mumtaz (Datuk Mumtaz Jaafar), rakan saya Rahimi (Rahimi Osman), saudara Ezam (Mohamed Ezam Mohd Noor) dan guru agama.

Merujuk pada laporan di laman web Malaysiakini bertarikh 15 Ogos, 2008, Karpal meminta Saiful mengesahkan bahawa laporan yang dibuatnya kepada wartawan laman web itu sama ada wujud kesilapan di dalamnya.

Saiful diminta supaya membaca laporan dengan perlahan.

Selepas membaca beliau berkata beliau tidak dapat mengesahkan seratus peratus sama ada terdapat kesilapan di situ.

Bagaimanapun, Saiful ada mengakui terdapat kesilapan pada mukasurat ketiga di laporan itu iaitu pada ayat "pertama kali diliwat".

Kepada soalan Karpal Singh, adakah beliau memmberitahu sedemikian kepada wartawan itu, beliau menjelaskan bahawa beliau tersilap mentafsir soalan wartawan berkenaan.

Silap tafsir soalan

Karpal Singh dengan nada yang keras mengingatkan Saiful supaya bercakap benar selepas beliau tidak dapat mengesahkan apa yang diberitahunya kepada wartawan laman web itu.

Ditanya adakah beliau memberitahu wartawan Malaysiakini bahawa beliau diliwat Anwar bagi kali pertama dan tidak pernah sebelum itu, Saiful berkata beliau silap mentafsirkan pertanyaan wartwan itu.

Kepada persoalan lain, Saiful menafikan cadangan Karpal bahawa beliau berbohong di mahkamah kerana semasa beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri pada 24 Jun, 2008, di kediaman, Najib, beliau mengadu yang beliau diliwat.

Saiful dalam pemeriksaan balas pada hari Isnin lepas memberitahu mahkamah bahawa beliau berjumpa Najib kerana menceritakan masalahnya.

Saiful juga bersetuju dengan cadangan Karpal bahawa semasa berjumpa dengan Najib pada 24 Jun 2008, beliau ada memberitahu Najib yang beliau diliwat.

Mengenai pertemuannya dengan seorang pegawai polis pada 24 Jun 2008 SAC I Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini menjawat Ketua Polis Melaka), Saiful berkata beliau menceritakan masalahnya kepada Rodwan bahawa beliau diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Penyokong BN tapi undi Pakatan

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Karpal Singh bahawa pada Mac 2008, beliau merupakan penyokong kuat Umno dan Barisan Nasional.

"Ya, saya memang penyokong kuat Umno tetapi telah mengundi Sivarasa (R.Sivarasa, Subang) di kawasan saya dan Elizabeth Wong," jawab Saiful sambil diikuti gelak ketawa hadirin dalam mahkamah.

Karpal: Sokong BN, tapi undi Pakatan, itu bermakna anda seorang pengkhianat bukan, setuju?

Saiful: Tidak setuju.

Sebelum Karpal meneruskan soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah kerana apa relevannya soalan tersebut serta soalan Karpal kepada Saiful adakah beliau daripada keluarga yang porak peranda.

Mohamed Yusof berkata saksi merupakan seorang yang muda dan soalan-soalan Karpal Singh tidak ada kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh Anwar.

Karpal menjawab soalan ini relevan kerana bagi menunjukkan wujudnya konspirasi politik terhadap anak guamnya yang didakwa dalam tuduhan meliwat Saiful, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Saiful juga berkata pada 26 Jun 2008, beliau bertolak daripada pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di Petaling Jaya, jam 1.30 tengah hari dan tiba ke kondominum, di tempat kejadian jam 2.45 petang.

Menjawab soalan Karpal Singh mengapa beliau mengambil masa selama sejam lebih, walaupun pejabat PKR ke kondomimium itu jaraknya tidak jauh, Saiful berkata semasa beliau keluar dari pejabat PKR, ada sebuah motosikal mengekorinya.

"Semasa saya keluar, saya perasan ada sebuah motosikal ikut saya, saya cuba hilangkan diri," katanya.

Beliau berkata semasa tiba ke kondominum itu, pintu tertutup tetapi tidak berkunci.

Saiful juga bersetuju dengan cadangan Karpal Singh bahawa semasa tiba di kondominum itu, Anwar berada di dalam bilik.

Selepas itu, Karpal memohon prosiding dijalankan secara tertutup.

Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Karpal Singh, bagaimanapun dengan nada bergurau beliau berkata kebiasaannya dalam kes jenayah, pihak pendakwaan yang membuat permohonan seperti ini, tetapi hari ini sebaliknya.

Mohamad Zabidin juga mengingatkan orang ramai yang berada dalam galeri awam supaya supaya tidak berada di dalam mahkamah itu semasa prosiding bersambung secara tertutup jam 2.15 petang. - Malaysiakini

Saiful Mengaku Tidak Cuci Anus Selepas Diliwat



Terkini Bicara Liwat II Dari Mahkamah Tinggi !!



Perbicaraan kes liwat II diteruskan hari ini biarpun terdapat permohonan oleh Peguambela Anwar, Karpal Singh untuk mendapatkan pernyataan laporan polis Saiful. Perbicaraan juga semakin panas dengan berbagai soalan yang ditanyakan oleh Karpal kepada Saiful.

Sesekali, Saiful seolah-olah marahkan Karpal kerana cuba mengugutnya dengan soalan-soalan perangkap yang dikemukakan. Apapun yang berlaku, perbicaraan pada hari ini dihangatkan dengan isu Saiful tidak cuci anusnya selepas diliwat Anwar dan mengaku tersilap memberi keterangan kepada media berhubung dengan kejadian liwat yang terjadi ke atas dirinya.


Terdapat bneberapan soalan sulit yang mahu ditanya Karpal kepada Saiful dan beliau kemudiannya memohon prosiding diadakan secara tertutup. Hakim Mohd Zabidin bersetuju. Mahkamah kemudian berehat untuk makan tengahari dan akan bersambung semula pada 2.15 petang ini. Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Saiful Mengaku Tidak Cuci Anus Selepas Diliwat


Saiful mengaku bahawa dia tidak mencuci "anusnya" pada 26 Jun kerana mahu menyimpan bukti kononnya diliwat Anwar. Bagaimana pun dia mengaku mandi pada hari tersebut. Malah dia mengatakan tidak membuat laporan polis pada hari itu kerana takut akan merosakkan masa depannya.

Saiful Akui Tersilap Katakan Kali Pertama Diliwat


Saiful berkata beliau silap mentafsirkan soalan wartawan apabila diajukan sama ada ini kali pertama dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum itu, selepas hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah menolak permohonannya untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan, peguambela Karpal Singh menunjukkan saiful sebuah artikel di Malaysiakini yang bertarikh 15 Ogos 2008 dengan tajuk 'Saya diliwat tanpa rela'. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah. Namun, Mohd Zabidin menolak bantahan itu dan membenarkan Karpal untuk meneruskan soal balasnya. Saiful kemudiannya diminta membaca laporan itu secara senyap. Selesai membaca Saiful akui dia melakukan kesilapan bila mengatakan ini kali pertama dia diliwat ketika ditanya Karpal.-Pahang Daily Online

Tuesday, May 11, 2010

LIWAT TANPA KERELAAN - TAJUK UTUSAN

Terkini: Kes Liwat II Dari Mahkamah Tinggi KL !!


Perbicaraan kes liwat II, antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan bersambung hari ini. Mahkamah agak kecoh sebentar tadi akibat tindakan beberapa orang penyokong Anwar yang ingin cuba masuk ke dewan mahkamah. Mereka bagaimana pun telah dihalang oleh pihak polis. Dalam prosiding pagi ini, Peguambela Anwar Karpal Singh mempersoalkan dakwaan Saiful bahawa dia telah diliwat "tanpa kerelaan". Dakwaan ini telah menjadi tajuk utama media arus perdana Utusan Malaysia hari ini iaitu "Diliwat Tanpa Kerelaan". Dakwaan Saiful itu menyebakan Karpal terpaksa memohon mahkamah membenarkan beliau melihat keterangan Saiful kepada pihak polis. Apa yang menarik di sini ialah, jika benar Saiful diliwat tanpa kerelaan maka kenapa beliau mengatakan ada menggunakan minyak pelincir pada duburnya sebelum diliwat Anwar. Malah banyak keterangan beliau semalam yang jelas sekali telah memerangkan dirinya. Ikuti perjalanan prosiding kes hari ini :-

Hakim Akui Terdapat Percanggahan Fakta

Sementara itu apa yang menarik dalam prosiding pagi ini ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Zabidin Md Diah mengakui bahawa inilah kali pertama dalam sejarahnya mengendalikan satu perbicaraan dimana ada percanggahan fakta berlaku. Ia merujuk kepada laporan polis, keterangan Saiful dan pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri.

Saiful Menipu Kata Dia Di Liwat Tanpa Rela

Peguambela Anwar, Karpal Singh berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377B atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful. "Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan. "Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal. Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377C. Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba menggugurkannya sebagai saksi utama kes liwat tersebut.

Saiful Terlupa Jumlah Kenyataan Kepada Polis


Sebelum itu, Saiful memberitahu mahkamah bahawa pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira adalah anggota polis tunggal yang mengambil kenyataanya. Dia tidak dapat mengingat jumlah kenyataan yang diberikan kepada polis. "Setiap kali, kenyataan itu dirakamkan di balai polis Brickfield dan juga tempat lain. "Kenyataan pertama dirakamkan pada 29 Jun 2008,” kata Saiful dengan menekankan bahawa dalam kenyataan itu, dia memaklumkan dia diliwat tanpa kerelaan - Pahang Daily Online

Monday, May 10, 2010

PENANGAN LIWAT? SAMPAI NAK MANDI PUN SAIFUL TAK LALU



Mahkamah: Lucunya Bila Saiful Sahkan Dia Tidak Mandi Wajib SertaTidak Solat Pada 26 Dan 27 Jun 2008 Kerana Darurat Akibat Diliwat Oleh Anwar !!


Apa sudah jadi dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan?. Satu persatu rahsia dirinya kini terbongkar akibat diganyang dengan berbagai soalan oleh Peguam Anwar, Karpal Singh di Mahkamah Tinggi hari ini. Beliau yang sebelum ini begitu yakin dan dengan bangganya menunjukkan bukti berkaitan lokasi kejadian kepada pihak mahkamah, kini seolah-olah mula gelisah dengan soalan yang diajukan oleh peguam "panas" itu.

Apa tidaknya, jika dulu beliau dapat bercakap kepada hakim dengan penuh yakin gara-gara "skrip" yang sudah disiapkan untuk dijawapnya. Kini, beliau mula kaku dan mati akal akibat tidak tahu apakah yang mahu ditanya oleh Karpal itu. Akhirnya terpaksalah Saiful menjawab "benda yang karut marut dan tidak masuk dek akal kita".

Cuba lihat beberapa jawapan panas yang membuktikan tahap keimanan anak muda ini di mahkamah pagi tadi apabila disoal oleh Karpal Singh. Malah seluruh mahkamah mentertawakan beliau, ketika dia menjawab soalan yang dikemukakan oleh Karpal.

Antara soalan yang dikemukakan Karpal ialah "Adakah kamu sembahyang antara 26 dan 27 Jun seperti kebiasaannya"? Saiful menjawab "Saya pergi Sembahyang Jumaat, tetapi tidak sembahyang pada 26 Jun kerana saya telah diliwat". Kemudian Karpal bertanya lagi

"Pada 27 Jun, kamu tidak mandi wajib, maka sembahyang kamu tak sah?. Jawap Saiful "Saya hanya basuh sedikit sahaja, tapi benar sembahyang saya tak sah". Kemudian Karpal berkata

"Kamu bukan seorang Islam yang baik kerana tak sembahyang" dan dijawab Saiful "Saya dalam keadaan darurat masa tu" sambil disambut dengan gelak ketawa oleh orang ramai yang menyaksikan adengan itu.

Bukti ini juga mengesahkan kepada kita bahawa Saiful hanya mencari publisiti dengan "lekuk hitam" pada dahinya seolah-olah dia adalah ahli ibadat. Ini mungkin bagi tujuan supaya orang Islam percaya dan simpati kepada dirinya.

Jika mandi wajib dan solat pun tidak maka apakah layak beliau berimej sedemikian rupa? Akhirnya Saiful terperangkap dengan imej yang beliau cipta sendiri itu. Ahli ibadat konon!


Bukti, blog Saiful Bukhari yang tidak dikemaskini sebulan yang lalu
Itulah antara soalan panas yang membuktikan kepada kita bahawa Saiful memang bukan seorang Islam yang boleh dipercayai. Beliau ternyata munafik dan kenyataannya tidak wajar diterima oleh mahkamah.

Sebab itulah mereka mahu menghalang sedaya upaya cubaan "qazaf" terhadap Saiful di Mahkamah Tinggi Syariah. Ini kerana mereka tahu bahawa Saiful bukanlah orang yang layak untuk bercakap di depan hakim mahkamah terbabit.

Semakin Saiful bercakap maka semakin banyak bukti-bukti pembohongan yang dikeluarkan dari mulutnya. Kami juga agak hairan, kerana begitu lama Saiful tidak mengemaskini blog peribadi beliau www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com .

Malah, posting terakhirnya ialah pada 9 April 2010 yang lalu. Ini amat mengejutkan kita, kerana biasanya Saiful akan terus mengemaskini blognya apabila sesuatu keputusan mahkamah dibuat berkaitan kes yang dihadapinya itu. Misalnya, beberapa hari lalu Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Anwar agar kes ini dibatalkan. Anehnya, Saiful tidak membuat apa-apa posting dengan keputusan mahkamah itu.

Apakah beliau kini panik dan gusar dengan soalan-soalan yang bakal dikemukakan oleh barisan peguam Anwar di mahkamah agaknya. Inilah yang menimbulkan persoalan dikalangan pengunjung setia blog Saiful sekarang ini. Apapun, kita sama-sama nantikan apakah akan muncul banyak lagi adengan-adengan lucu yang akan dikhabarkan oleh Mohd Saiful Bukhari ini di mahkamah, selepas diasak oleh peguam Anwar terutamanya Karpal Singh itu hendaknya.

Perbicaraan Kes Liwat Ditangguhkan Hingga Esok

Perbicaraan kes liwat II yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehingga esok selepas peguambela, Karpal Singh memohon masa untuk menyiapkan hujah bagi mendapatkan keterangan bersumpah Saiful, yang diberikan kepada polis di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

[Senario yang berlaku terhadap Saiful ini amat mengejutkan kita. Belum pernah terjadi beliau gagal kemaskini blog apabila berita mengenai kesnya berlaku pada hari berkenaan. Malahan dalam sesetengah kes, belum sampai beberapa jam selepas perkara itu berlaku Saiful sudah mengemaskini blognya. Bagi mereka yang jarang melawat ke blog beliau mungkin tidak perasan akan perkara ini. Namun, bagi krew-krew kami yang saban hari melawat ke blognya memang amat perasan apa yang berlaku ini. Apakah Saiful kini dalam keadaan tertekan kerana tidak menjangka apakah soalan yang bakal dikemukakan kepadanya?. Tambah memusykilkan kita bila pihak pendakwa juga enggan menyerahkan nama-nama saksi kes berkenaan dan hanya mengatakan "mungkin" diserahkan kemudian. Soalnya, apakah dalam mahkamah boleh menggunakan perkataan mungkin?. Ini menguatkan lagi bahawa kes ini penuh dengan misteri dan merupakan konspirasi sebenarnya. Moga kebenaran itu akan terbit jua akhirnya].- Pahang Daily Onlie

PM dituduh rancang dakwa Anwar liwat

Para peguambela ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berusaha untuk mengaitkan perdana menteri dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dengan tuduhan meliwat seorang bekas pembantu lelakinya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengakui bertemu pembantu ketua umum PKR itu - Saiful Bukhari Azlan, selepas dia berkata diliwat oleh Anwar tetapi sebelum satu aduan polis dibuat pada Jun 2008.

Najib juga menafikan campurtangan dalam kes tersebut.

Saiful memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia bertemu Najib pada 24 Jun - dua hari sebelum kenyataannya bahawa Anwar telah meliwatnya - satu jenayah di negara Islam - dan empat hari sebelum dia berjumpa polis.

Saiful memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia telah menceritakan kepada Najib masalah yang dihadapinya.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan apakah masalah yang dihadapinya ketika itu.

Saiful memberitahu demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar perbicaraan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum 20 tahun penjara - hukuman yang sekaligus akan menamatkan karier politik ketua pembangkang ini yang telah berjaya menyatukan pembangkang untuk menafikan BN penguasaan dua pertiga BN di parlimen selepas pilihan raya umum 2008.

Anwar telah disabitkan dengan kesalahan liwat pada 2000, di samping hukuman atas kesalahan salahguna kuasa sebelumnya - selepas beliau dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri semasa kemuncak krisis kewangan Asia pada 1998.

Sabitan bagi tuduhan liwat itu dikecam secara meluas kerana didakwa tidak adil dan ianya kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Berikutan itu, Anwar layak bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan prestasi terburuk BN, termasuk hilang kuasa di lima negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Manakala PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dengan tambahan kerusi.

Bagaimanapun, Perak jatuh kembali ke tangan BN selepas tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar parti dan menyokong BN.

Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika Anwar berdepan dengan tuduhan liwat itu dan mengambil alih teraju pentadbiran negara pada April tahun lalu, dengan ikrar untuk meliberalisasikan ekonomi dan menangani ketegangan kaum antara kaum Melayu, Cina dan India.

"Perdana menteri terbabit. Terdapat konspirasi politik untuk menyingkirkan Anwar," kata peguam Karpal Singh di mahkamah hari ini.

Karpal juga mencabar dakwaan Saiful yang dia diliwat, dengan menegaskan bahawa ia tidak disokong oleh satu laporan perubatan.

Perbicaraan kes liwat terhadap Anwar dijadual berterusan hingga Ogos depan.- Malaysiakini

Tuesday, February 23, 2010

Saiful Bukhari Akan Tercirit Bila Di tanya Peguam Anwar


Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful supaya gambarnya dalam keadaan bersedih sahaja harus disiarkan bakal menjerat dirinya jika peguam Anwar bertanya akan hal itu.

Apa alasan yang Saiful akan berikan kepada peguam Anwar? Sama-samalah nantikan pada perbicaraan seterusnya. Jika soalan peguam Anwar dipintas oleh pendakwaraya dan diketepikan oleh hakim menyatakan tidak relevant, bermakna ada sesuatu yang disembunyikan oleh pendakwaraya dan Saiful.

Ahaks.. aku pun nak tahu juga kenapa Saiful sentiasa bersedih sedangkan beliau begitu ceria berbual di facebook bersama papagomo yang kuat buat fitnah didalam blognya. Kepada yang baru nak kenal celaka papagomo, ada disertakan gambar dibawah.

BKO

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak