Showing posts with label Hafal Quran. Show all posts
Showing posts with label Hafal Quran. Show all posts

Friday, November 27, 2009

PULAU PINANG BERI ANUGERAH KEPADA PENGHAFAL ALQURAN - HEBAT




Baca sampai habis - kehebatan Kerajaan Pulau Pinang

Seramai 137 penghafaz Al-Quran atau Hafiz di Pulau Pinang diberi penghargaan oleh kerajaan negeri dalam satu Majlis yang diadakan di Dewan Seri Pulau Pinang, kelmarin.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang,YAB Lim Guan Eng, pemberian anugerah ini adalah untuk memberi penghargaan kepada mereka yang berjaya menghafaz sepenuhnya AL-Quran
Ayid> Lim Guan Eng, nampaknya yang menghargai Penghafal Alquran. Bagaimana dengan SAR hingga kini terpingir

dalam membentuk insan yang bertaqwa, sebagai pemangkin ekonomi negeri. Jelas beliau, walaupun wujud kepelbagaian agama di negara ini khususnya di Pulau Pinang tetapi beliau berpegang kepada hakikat bahawa kesemua agama mengajak penganutnya ke arah kebaikan dan kesejahteraan.

Tambah beliau, Kerajaan negeri memberi pengiktirafan ini kerana percaya bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang penghafal Al-Quran kerana ia memerlukan disiplin dan komitment yang tinggi dan hanya insan-insan berjiwa besar serta berkeperibadian mulia mampu melakukanya.

Penyampaian anugerah kepada para hafiz dan hafizah ini telah dimulakan sejak tahun 2008 dalam usaha melahirkan ramai para hafiz di negeri ini.Setiap penerima anugerah diberikan sijil penghargaan dan wang tunai RM 500 setiap seorang

Turut hadir dalam majlis penyampaian anugerah kepada 137 para hafiz dan hafizah, Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Bin Abbas,Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz dan Tuan Haji Mohamad Sabu.

Lim Guan Eng percaya dengan lahirnya para hafiz dan hafizah di negeri Pulau Pinang ini akan dapat melahirkan insan yang berintegriti tinggi serta melahirkan masyarakat yang harmoni dan dinamik.

Sumber

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak