Showing posts with label Dera. Show all posts
Showing posts with label Dera. Show all posts

Sunday, September 19, 2010

DERA ROGOL DAN CAMPAK

GEORGETOWN: Dera, rogol dan campak. Itulah tiga tindakan kejam dipercayai dilakukan sepasang suami isteri terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia sebelum ditahan dalam serbuan di Jelutong, di sini, malam kelmarin.

NGERI...kesan kecederaan yang dialami pembantu rumah
NGERI...kesan kecederaan yang dialami pembantu rumah
BUKTI... antara barangan yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.
BUKTI... antara barangan yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.

Majikan tidak berperikemanusiaan itu kemudian meninggalkan mangsa sendirian di kawasan ladang di Taman Cenderawasih tanpa dokumen pengenalan diri.


Bagaimanapun, keesokannya mangsa diselamatkan orang ramai pada jam 10.30 pagi sebelum diserahkan kepada anggota polis Nibong Tebal untuk tindakan selanjutnya.


Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis pada mulanya menghadapi kesukaran apabila mangsa gagal memberitahu alamat rumah majikannya dan hanya memaklumkan bahawa rumah itu terletak di kawasan Jelutong.


Katanya, mangsa mendakwa bekerja dengan majikannya sejak tujuh bulan lalu dan sepanjang tempoh itu dia tidak dibayar gaji manakala sejak Mei lalu dia sering didera termasuk dipukul di kepala, disiram air panas di belakang badan serta dilecurkan dadanya menggunakan seterika elektrik.

“Siasatan lanjut mendapati banyak kesan kecederaan dan bengkak serta lebam di beberapa bahagian badan mangsa yang juga mendakwa dirogol empat kali oleh majikannya di rumah.


“Hasil pemeriksaan doktor turut mendapati ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), di sini, semalam.


Gan berkata, susulan kejadian itu dan hasil maklumat awam, polis menyerbu sebuah pangsapuri di Blok 75, Jalan Penawar Satu, Sri Wangsa Satu, Jelutong, di sini, dan menahan sepasang suami isteri berusia 41 tahun dan 36 tahun yang mempunyai empat anak.


Katanya, majikannya bekerja sebagai kontraktor memotong rumput dan siasatan lanjut mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah iaitu dua rekod kesalahan dadah dan satu kes jenayah manakala isterinya suri rumah.


“Polis turut menemui seterika elektrik dipercayai digunakan untuk mendera mangsa selain merampas satu tali pinggang, cadar dan lapik tilam mangsa serta sebuah kereta jenis Toyota Camry yang digunakan untuk meninggalkan mangsa di kawasan ladang di Nibong Tebal.


“Hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku mendera mangsa dan suspek lelaki juga mengaku merogol mangsa beberapa kali di rumahnya,” katanya.


Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 376 kanun sama iaitu rogol dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun atau tidak melebihi 20 tahun atau sebatan,” katanya.


Gan berkata, mangsa kini berada di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan dan pasangan suami isteri itu akan direman untuk siasatan lanjut, manakala polis memaklumkan kejadian itu kepada Konsul Jeneral Indonesia di Malaysia


Mymetro

Saturday, February 27, 2010

PENDERAAN KANAK-KANAK MAKIN MENJADI-JADI SEKARANG

Update- Kanak-kanak Perempuan 4Tahun Mati Dipercayai Didera

Kuala Kubu Bahru
Selangor
26 Feb 2010

berita awal di bawah hanya mengandungi beberapa fakta asas yang akan saya kemaskini dari masa ke semasa.

Shafia Humairah Sahari - 4 tahun

Saya mendapat maklumat mengenai kes ini kira-kira 11 malam, Khamis 25 Feb lalu.

Ketika maklumat diterima, saya masih samar-samar akan bagaimanakh ianya berlaku.

Dan akhirnya, pada pagi tadi, 26 Feb 2010, saya menghubungi Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Affandi meminta pengesahan.

Seperti biasa, Supt Norel Azmi merupakan seorang pegawai polis yang amat 'friendly' dan terus memberikan maklumat dan pengesahan seperti di dalam entry di bawah.


Berita selanjutnya: infotambahan blogspot.com

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak