Showing posts with label Buang Bayi Sek bebas. Show all posts
Showing posts with label Buang Bayi Sek bebas. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Katak ini akan tumpas tidak lama lagi

PASIR MAS, 29 Okt:[HD] Datuk Ibrahim Ali akan tumpas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti di parlimen Pasir Mas.
Justeru, jentera pilihan raya PAS kawasan tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional bagi Parlimen Pasir Mas.
Yang Dipertua PAS kawasan, Hanipa Ahmad berkata keyakinan itu disebabkan pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah ‘kubu’ PAS.
“Kita yakin kali ini kalau kita berhadapan dengan BN walau siapa pun calon BN, kita yakin insya Allah kita akan menang,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Dividen Ladang Rakyat Kawasan Parlimen Pasir Mas di pejabat PAS kawasan di sini kelmarin.
Turut hadir Timbalan dan Naib Yang Dipertua PAS kawasan, Abdul Halim Abdul Rahman yang juga Adun Chetok dan Dr Muhammad Mat Daud yang juga Adun Tendong.
Hanipa yang juga Adun Pengkalan Pasir berkata parlimen Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum lalu ditandingi Ibrahim Ali dengan menggunakan tiket PAS dan itu kira ‘selesai’.
Beliau berkata, pimpinan PAS sentiasa patuh kepada arahan daripada pimpinan.
“Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam PRU-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan ‘dacing’. Itu kemungkinan besar.
“Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
“Kita telah membuat persiapan rapi, kita menguatkan jentera Dun masing-masing, di samping menguatkan jentera pilihan raya kawasan dengan mengadakan siri kursus tertentu,” katanya.

ustazcyber online

Wednesday, August 10, 2011

INI YANG DIKATAKAN UMAT MELAYU. UMAT ISLAM DIA TAHU INI BULAN RAMADHAN. HAMPEH

Lokasi maksiat terbongkar

KULIM - Masalah sosial remaja semakin membimbangkan setiap hari.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah membongkar aktiviti menghidu gam dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan di sekitar kawasan jirat Cina di Taman Cendana sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT). Gambar fail.

Semalam, Sinar Harian membuat pemantauan di sekitar kawasan itu sekitar jam 1 pagi dan menemui kawasan tersorok dipercayai digunakan remaja untuk melakukan hubungan seks.

Dari tinjauan dibuat mendapati, banyak seluar dalam dan coli wanita dibuang di kawasan itu.

Apa lebih menjijikkan apabila kondom yang sudah digunakan bertaburan di kawasan itu.

Pegawai Agama Daerah Kulim Kedah, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, ibu bapa seharusnya dipertanggungjawabkan sekiranya ada dalam kalangan anak mereka terlibat dalam masalah seumpama ini.

“Ibu bapa terlalu banyak melimpahkan kemewahan kepada anak-anak mereka. Selain itu, anak juga diberikan telefon bimbit yang canggih di mana mereka boleh memuat turun pelbagai aksi lucah di dalamnya,” katanya.

Dari tangkapan dibuat oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) terhadap pasangan yang melakukan maksiat selalunya adalah pelajar.

Beliau tidak menafikan pelajar lelaki dan perempuan hari ini lebih cenderung untuk menjalinkan hubungan cinta dari menimba ilmu pelajaran.

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Elyas Saad berkata, bagi pelajar Tingkatan Lima dan Tiga khususnya, mereka seharusnya mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semakin hampir.

“Baru-baru ini, dua laporan polis dibuat apabila dua pelajar perempuan yang masih menuntut dirogol oleh teman lelaki mereka. Dari maklumat saya terima, kedua-dua mangsa ini sering melihat aksi lucah dalam telefon bimbit. Ini merangsang mereka untuk melakukan perlakuan tidak bermoral.

“Saya meminta PBT memantau perlakuan sumbang yang dilakukan oleh pelajar sekolah yang sering berkeliaran di pasar raya bersama teman lelaki masing-masing,” katanya. -SH

GB

Sunday, October 3, 2010

Pendidikan Seks di seluruh Sekolah di Malaysia, seronoknya


Oleh: amkns

"Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan Pendidikan SEKS akan diajar diseluruh sekolah di Malaysia untuk menangani pembuangan bayi. PENDIDIKAN SEKS HANYA SEKADAR UNTUK KAWAL KES BUANG BAYI, BUKAN UNTUK MENCEGAH ZINA, BUKAN UNTUK MENCEGAH SEKS BEBAS. PENDEKATAN ISLAM DIPINGGIRKAN DI NEGARA ISLAM UNTUK MENANGANI KES BUANG BAYI.

SEMUA PIHAK SIBUK POLITIK, UMNO, PAS DAN PKR. MELAYU HANCUR BUKAN SEBAB PERPECAHAN TAPI SIBUK POLITIK TAK BERTEMPAT !

*******************

Saturday October 2, 2010

Sex education to go national

PUTRAJAYA: The Government will extend sex education in schools nationwide to address baby dumping, said Tan Sri Muhyiddin Yassin. The Deputy Prime Minister said creating an accurate understanding of reproductive health among the young was vital in reducing baby dumping.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F10%2F2%2Fnation%2F7145488

BURUK BAIK PENDIDIKAN SEKS UNTUK ORANG MELAYU, SILA BACA DI BAWAH INI : Objektif Utama Pendidikan Seks Ialah Mencegah Hamil http://amkns.blogspot.com/2010/08/objektif-utama-pendidikan-seks-ialah.html

Jom ajar pelajar kita BERZINA cara Selamat ?http://amkns.blogspot.com/2010/08/jom-ajar-pelajar-kita-berzina-cara.html

Muhyiddin sokong Pendidikan Seks Cegah Kehamilan ?http://amkns.blogspot.com/2010/08/muhyiddin-sokong-pendidikan-seks-cegah.html

Pendidikan Sex di sekolah untuk kurang kehamilanhttp://amkns.blogspot.com/2010/08/pendidikan-sex-di-sekolah-untuk-kurang.html

Pendidikan Seks untuk Pelatih PLKN

http://amkns.blogspot.com/2010/08/pendidikan-seks-untuk-pelatih-plkn.html


Tranungkite Online v10

Thursday, September 9, 2010

.Sekolah Mengandung Galakkan Gejala Negatif

Meskipun dikritik hebat oleh pelbagai pihak, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam masih mahu meneruskan cadangan menubuhkan sekolah mengandung kononnya untuk mengurangkan kes kelahiran bayi luar nikah di negeri itu.


Pelajar yang mengandung anak luar nikah disaran meneruskan pembelajaran mereka dirumah- rumah perlindungan bukannya di sekolah kerajaan seperti mana pelajar- pelajar lain.

Tindakan itu perlu supaya mesej yang betul dihantar kepada pelajar lain bahawa mengandung anak luar nikah merupakan kesalahan.

Akan tetapi Ahli Parlmen Shah Alam Khalid samad berkata, jika pelajar hamil itu sudah berkahwin, masih boleh diterima jika mereka mengikuti sesi persekolahan seperti pelajar lain.

“Saya rasa pendekatan yang sebegitu tidak wajarlah. Bila pelajar lain nampak macam tidak ada apa- apa masalah, kita akan hantar mesej yang salah seolah- olah perkara itu adalah biasa."

"Mereka mesti diasingkan dan kita mesti tolong mereka yang tersilap langkah ini. Kita tidak mahu mereka terus tersilap langkah,” katanya.

Meskipun dikritik hebat oleh pelbagai pihak, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam masih mahu meneruskan cadangan menubuhkan sekolah mengandung kononnya untuk mengurangkan kes kelahiran bayi luar nikah di negeri itu.

Namun, Khalid menolak cadangan itu kerana ia seolah- olah membuka ruang dan membantu muda belia untuk mengandungkan anak luar nikah.

“Sekolah mengandung tu saya rasa luculah. Kalau kita hantar ke sekolah mengandung itu nampak tiada kesalahan. Malah ada pula satu intitusi khas yang membantu mereka jika mereka terlanjur."

"Akan tetapi jika mereka dihantar ke rumah perlindungan, masyarakat akan terkesan mesej yang dihantar bertapa apa yang mereka lakukan itu merupakan kesalahan yang tidak patut dituruti," kata Khalid.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berpandangan pelajar yang hamil samaada sudah berkahwin atau mengandung luar nikah perlu diberi peluang untuk menuntut ilmu.

Namun, beliau menegaskan, hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan itu tetap perlu dilaksanakan.

“Penjenayah sekalipun mesti kita bagi peluang untuk mereka belajar. Kita berharap dengan ilmu yang mereka pelajari mereka boleh tentukan kelak apa yang baik dan apa yang buruk.Tetapi, hukuman keatas mereka yang lakukan kesilapan tetap perlu dilaksanakan," kata Kamaruddin.

Kementerian Pelajaran sebelum ini dilapor membenarkan pelajar- pelajar yang mengandung samada berkahwin atau tidak, untuk mengikuti sesi persekolahan sebagaimana pelajar lain.

Seorang pegawai kementerian pelajaran mengesahkan pelajar hamil masih boleh ke sekolah kebangsaan sekaligus menolak persepsi bahawa mereka tidak boleh berbuat demikian, menurut portal The Malaysian Insider.

Sumber itu juga menambah tiada peraturan yang menghalang pelajar perempuan daripada menghadiri sekolah seperti biasa jika mereka telah berkahwin atau mengandung anak luar nikah.

Bagaimanapun bagi mereka yang ada rekod mengelak daripada datang ke sekolah selama 60 hari akan dibuang secara automatik..: TVSelangor.com :

Monday, June 7, 2010

Graduan UiTM Dipenjara Buang Bayi..Malu Betullah

Malukan betul..graduan pun buat kerja terkutuk..ni padahnya Uitm sesama melayu, jahatnya mengalahkan universiti lain..padan muka ko mangkuk..kalau kat arab Saudi, tentu dah kena rejam...pastu kena qisas yakni hukum bunuh, kerana bunuh bayi tu

Buang bayi: Graduan UiTM dipenjara, didenda RM7,000

KUALA TERENGGANU, 7 Jun: Seorang graduan universiti dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya, dua tahun lalu.

Tertuduh Zarina Sulaiman, 22, seorang graduan Universiti Teknoloji Mara (UiTM), kelihatan menangis ketika hukuman dijatuhkan oleh Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, Chendering, dekat sini, antara pukul 11 malam dan 12 malam, 29 Jan 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sebelum menajtuhkan hukuman, Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud @ Mamat memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan ia satu kesalahan yang serius walaupun tertuduh berusia 19 tahun ketika kejadian itu. Katanya, dengan hukuman itu ia diharap dapat memberi pengajaran kepada masyarakat sekeliling agar tidak melakukan perbuatan yang sama.

Bagaimanapun, peguam tertuduh Mohd Hayyatuddin Muhammad merayu agar tertuduh yang berasal dari Kampung Felda Cherul, Kemaman, dijatuhkan hukman ringan memandangkan tertuduh telah menyesal dan ia merupakan kesalahan pertama.

"Semasa kejadian juga dia masih di bawah umur dan merupakan gadis kampong yang menjadi mangsa kerana terlalu percaya terhadap kata-kata manis seorang lelaki," katanya.

Katanya, mayat bayi yang ditemui dalam keadaan terbakar separuh badan di kawasan pembuangan sampah di asrama itu oleh seorang tukang sapu juga bukan dibakar oleh tertuduh.

Selain itu Mohd Hayyatuddin berkata, Zarina yang berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Diploma Sains Fizik tahun lalu, telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama.

Katanya, hukuman penjara akan memburukkan lagi keaadaan dan ia akan menjejaskan masa depan tertuduh, selain berhadapan dengan cemuhan masyarakat sekeliling.

Majistret kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini dan ayah tertuduh telah membayar denda itu.

-Bernama-

Justice for all

Wednesday, June 2, 2010

TAK PERLU BELAJAR PENDIDIKAN SEK PUN ! ANAK HARAM DAH BERSEPAH-SEPAH

Bayi dibuang


ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ketika dijumpai di Damansara semalam.


PETALING JAYA - Lagi kes pembuangan bayi. Kali ini melibatkan bayi lelaki yang mayatnya ditemui di tepi Jalan SS22/48 berhampiran Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya di sini semalam.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 6.15 petang ketika pulang dari kerja sebelum memaklumkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, bayi itu ditemui dalam keadaan tidak berbalut dengan kain mahupun plastik.

"Bayi lelaki itu dipercayai dilahirkan tidak lebih dari tiga jam lalu kerana masih terdapat kesan darah pada badannya. Polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui jika terdapat kecederaan lain pada bayi itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Kosmo

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak