Showing posts with label 1 M'sia. Show all posts
Showing posts with label 1 M'sia. Show all posts

Monday, December 27, 2010

Pakatan: 1Malaysia hanya untuk kepentingan Umno

Kenyataan 1 Malaysia bukan alat politik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dibidas oleh pimpinan Pakatan Rakyat, lapor TV Selangor.

khalid samad pas muktamarTerbaru ahli lajnah politik PAS, Khalid Samad menegaskan 1 Malaysia itu hanya untuk kepentingan politik Umno walaupun umum mengetahui apa yang diperjuangkan oleh parti itu sendiri sehingga mengabaikan kaum lain di negara ini.

"Ia memanglah dilakukan atas dasar kepentingan politik Umno-BN apabila ia nampak ekstrem dari segi persoalan perkauman ini. Lalu timbul persoalan formula 1 Malaysia ini seolah nak hilangkan isu perkauman yang diperjuangkan selama ini maka ia dikemukakan atas kepentingan politik," katanya.

Semalam Najib mendakwa 1 Malaysia tidak mempunyai tujuan politik tetapi adalah untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi menjawab keputusan Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia kecuali untuk tujuan perniagaan.

Turut menyanggah kenyataan Najib ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang katanya, hakikatnya keadaan dalam negara ini makin teruk sejak pengenalan slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan kerana ia hanya bersifat retorik semata.

Retorik perkauman

hadi awang, anwar ibrahim, lim kit siang, pakatan leadersMenurut Lim (pertama dari kanan) retorik mengenai perkauman, ektremisme dan penindasan kaum yang bertentangan dengan prinsip 1 Malaysia datang dari Umno sendiri sehingga timbul persoalan mengenai komitmen dan keikhlasan Najib dalam mengamalkan 1 Malaysia yang sebenar.

Sentimen ini turut dikongsi oleh Khalid yang berpendapat Umno-BN sememangnya tidak mampu membawa konsep kesatuan kaum kerana mereka sendiri tidak dapat bersatu dan hanya memperjuangkan kaum masing-masing.

"Dari sudut itu yang dipertikaikan ialah sejauh mana BN boleh melaksanakan atau menghayati wawasan itu sedangkan kita lihat mereka ini terdiri dari parti komponen setiap kaum yang memperjuangkan kepentingan kaum mereka sendiri. Maka falsafah BN itu sendiri bercanggah dengan semangat 1 Malaysia itu," ujarnya.

NONEJusteru, Khalid berpendapat dasar 1 Malaysia ini hanya merugikan Najib dan Umno-BN sendiri.

Beliau yakin rakyat dapat menilai bagaimana perbezaan penghayatan keadilan dan kesamaan kaum sebenar Pakatan Rakyat dan retorik 1 Malaysia Umno-BN.

"Bila mereka menonjolkan dasar seperti ini, ia sekali lagi senjata makan tuan. Ia dikemukakan atas kepentingan politik BN dan akhirnya ia akan menikam balik Umno-BN," katanya.

Sementara itu ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo'lo' Ghazali (bawah, kanan) dipetik Harkahdaily berkata, sejak 20 bulan konsep itu diperkenalkan, matlamat perpaduan pelbagai kaum yang diperkatakan Najib itu langsung tidak tercapai.

'Double standard'

NONEMalah katanya, 1Malaysia Najib masih mendokong pemikiran politik lama Umno iaitu memainkan sentimen perkauman.

Beliau turut mempersoal, jika benar Umno mengamalkan semangat 1Malaysia, kenapa Umno masih bersikap double standad dalam banyak hal terhadap Pakatan Rakyat.

"Jabatan Pelajaran larang sekolah di Kedah gantung gambar Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Razak), habis kenapa Umno bising tentang lambang 1Malaysia.

"Mereka larang semua ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat masuk sekolah, tetapi kenapa Umno boleh?" katanya yang juga ahli parlimen Titiwangsa sambil mempersoal adakah itu konsep sebenar 1Malaysia Najib.

Selain itu katanya, matlamat 1Malaysia untuk membangunkan negara tidak lebih dari slogan politik semata-mata.

NONEIni kerana, realiti yang berlaku menunjukkan kerajaan persekutuan pimpinan Najib masih mengamalkan diskriminasi terhadap wakil rakyat dan negeri-negeri Pakatan khususnya dalam penyaluran peruntukan.

"Mengapa Ahli PR dinafi peruntukan? Kenapa pimpinan Pakatan tidak boleh masuk sekolah? kenapa gambar Ketua Menteri, Menteri Besar tak boleh digantung di sekolah?

"Jelas, 1Malaysia adalah politik," katanya.

Malaysiakini

Saturday, December 25, 2010

Faekah Husin: 1Malaysia lambang hipokrasi BN

Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekali lagi tersilap faham. Pakatan Rakyat Selangor bukannya takut malah muak dengan slogan hipokrasi Barisan Nasional. Mana mungkin kita berasa takut pada logo politik yang diciplak dan bukan diilhamkan oleh rakyat negara ini. Apatah lagi pemimpin BN gagal memberi rakyat hujahan kukuh tentang kewujudan slogan 1Israel, 1Singapore dan 1Indonesia.

PR Selangor tidak akan mengiktiraf slogan yang semata-mata mahu memesongkan fikiran rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di dalam negeri ini. TPM dengan dibantu media tunggangan BN telah memutarbelitkan fakta dan mengelirukan rakyat berkenaan dasar kerajaan negeri Selangor terhadap penggunaan slogan 1Malaysia.

Kerajaan PR Selangor telah mengarahkan supaya slogan dan logo politik tidak dibenarkan di premis kerajaan dan premis awam. Kerajaan Negeri juga tidak akan mengeluarkan dana bagi membiayai program yang berkaitan dengannya. Manakala Pihak Berkuasa Tempatan diberi kuasa melihat perincian selari dengan Undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diamalkan sebelum ini.

Slogan 1Malaysia merupakan satu slogan politik Barisan Nasional yang saya berpendapat mana-mana ahli politik yang waras akan menyetujui bahawa ia tidak harus disokong oleh badan-badan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Bukan sahaja ini adalah keputusan politik, namun ini adalah keputusan yang perlu melihat situasi politik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

PR Selangor tidak mengharapkan Kerajaan Persekutuan membantu menyebarkan maklumat mengenai program-program anjuran kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor. Namun kita kesal sikap tidak profesional mereka yang saban hari memburuk-burukkan program yang kita jalankan. Meskipun tiada langsung niat untuk membalas dendam, persoalannya, wajarkah kerajaan negeri membantu mempromosikan satu slogan hipokrit Barisan Nasional?

Rakyat Malaysia khusus di Selangor harus faham slogan 1Malaysia telah menghukum tanpa bicara Ketua Pembangkang Malaysia dan digantung dari Parlimen selama enam bulan.

Slogan ini jugalah yang menggantung tiga Ahli Parlimen PR dan mengakibatkan ratusan ribu rakyat yang mereka wakili tidak mendapat hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Slogan inilah yang menghalang suara mereka di bawa ke Parlimen.

Persoalannya, keterlaluankah jika rakyat Subang, Gombak, Permatang Pauh dan Bukit Gelugor, meminta dikecualikan dari 1Malaysia Barisan Nasional ini? Tambahan pula, isu ini bukan isu remeh kerana jika gagal ditangani hari ini, maka demokrasi negara akan menuju kepapaan.

UMNO yang kian terdesak dengan tekanan penolakan terhadap politik perkauman, cuba menjadikan 1Malaysia sebagai sandaran mendapat sokongan. Hujah kononnya 1Malaysia menyokong semangat muhibbah begitu rapuh dan dangkal sekali. Parti-parti komponen Barisan Nasional sendiri berasaskan pemikiran perkauman yang sempit. Pentadbiran UMNO-BN pula bertanggungjawab penuh atas ketegangan kaum yang wujud di Malaysia walaupun telah merdeka 53 tahun.

Dua pimpinan tertinggi UMNO juga keliru dengan pendekatan yang terbaik. Perdana Menteri memperkenalkan 1Malaysia manakala Timbalan Perdana Menteri tanpa segan mencabulinya dengan memperjuangkan "Melayu Dahulu".

Konfrantasi ini yang sebenarnya telah meracuni fikiran setiap peringkat pimpinan Barisan Nasional yang seterusnya meracuni minda rakyat dan mewujudkan perasaan tidak selesa antara kaum.

Terpulang kepada Muhyidin jika mahu memikirkan bahawa PR Selangor takut dengan slogan tersebut. Namun, tidak keterlaluan jika saya katakan slogan ini adalah topeng untuk mengaburi penyelewengan dan pemecah-belahan negara yang berterusan.

*Kenyataan media oleh Faekah Husin (gambar kiri) selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

MerdekaReview

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak