Friday, April 19, 2013

Karpal dan Kit Siang tanding tiket PAS


PRU13
PRU13
SHAH ALAM - Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihatnya, Lim Kit Siang akan bertanding atas tiket Pas berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih Disember lalu.

Kesal dengan keputusan itu, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, pengumuman mengenai keputusan itu hanya dibuat 48 jam sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.

"Selepas ini tidak ada sesiapa lagi boleh mendakwa sama ada Pas ataupun PKR dipergunakan oleh DAP lagi kerana DAP akan masuk Pas.

"Saudara boleh panggil saya ustazah selepas ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuan Calon dan Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat (PR), di sini, sebentar tadi.

Semalam, RoS memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru CEC parti itu 
yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, RoS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai dan satu salinan surat RoS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan DAP boleh menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini kerana siasatan RoS itu tidak akan memberi kesan kepada parti itu dalam meletakkan calon mereka untuk bertanding pada PRU13.

Dalam perkembangan berkaitan, Kok menambah, berikutan keputusan itu, beberapa pimpinanan DAP tidak dapat hadir pada malam ini kerana masih bermesyuarat dengan dengan pihak peguam untuk membincangkan mengenai langkah undang-undang yang boleh diambil.
Baca lagi sini http://www.sinarharian.com.my/politik/karpal-kit-siang-tanding-atas-tiket-pas-1.151547

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak