Friday, October 12, 2012

Mungkin dia sahaja lagi yang crodek dalam UMNO

Saya hormati beliau sebagai timbalan menteri yang bercakap dengan rasional akal & moral.


BN harus tunjukkan kualiti yang baik berbanding menyerang PR, kata Saifuddin



KUALA LUMPUR, 12 Okt — Barisan Nasional (BN) haruslah menunjukkan kualiti yang baik daripada menyerang Pakatan Rakyat (PR), kata timbalan menteri pendidikan tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) semalam.
Beliau memberi komen dari laporan berita bahawa perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak telah bertemu dengan spekulator matawang George Soros di New York pada tahun 2010.
Saifuddin berkata BN harus menonjolkan nilai-nilai yang baik daripada mengkritik PR, menurut laporan Malaysiakini hari ini.
“Saya tahu pilihan raya semakin hampir dan sebab itu kita perlu berkempen untuk memenangi hati rakyat.
“Bagaimanapun, saya lebih suka bercakap tentang nilai yang BN bawa, daripada mengkritik orang lain,” kata ahli majlis tertinggi Umno itu.
“Jika benar Najib bertemu Soros, jadi kita harus tunggu dan lihat dengan apa perbincangan mereka pada pertemuan mereka,” katanya lagi.
Bulan lalu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Soros mahu 'mengawal' politik Malaysia dan 'memilih orangnya untuk menjadi perdana menteri'.
Dr Mahathir juga berkata pada minggu lalu bahawa “satu undi untuk pembangkang ialah satu undi untuk Soros.”
Saifuddin turut berkata, “jika kita sibuk merendah-rendahkan orang lain, kita tidak dapat menunjukkan kualiti yang kita ada.
“Jika Soros yang kita kritik sekarang, satu hari akan memberi kenyataan menyokong kita, bagaimana?
“Sebab itu saya tidak berminat untuk menyerang Soros atau Suaram,” katanya lagi.
Suaram mendedahkan tentang tuduhan rasuah bernilai berbillion ringgit dalam pembelian kapal selam Scorpene beberapa tahun yang lalu.
Susulan dari laporan dari media arus perdana bahawa Suaram menerima dana dari organisasi yang melibatkan Soros, badan pemantau hak asasi manusia itu telah menjadi sasaran siasatan dari kerajaan persekutuan.
Enam agensi kerajaan telah melakukan siasatan terhadap Suaram, dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah merancang untuk mendakwa Suaram atas “akaun yang meragukan.”
Bulan lalu, menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata menerima dana dari luar bukan isu utama.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bn-harus-tunjukkan-kualiti-yang-baik-berbanding-menyerang-pr-kata-saifuddin/

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak