Kami gagal bayangkan, makcik tua yang kurus, berdiri di depan kami sebagai seorang penjual bunga, adalah orang kuat Parti Buruh pada setengah abad yang lalu.
Siew Sew Lan (gambar kiri), satu nama yang kian dilupai. Beliau berasal dari akar umbi. Setelah bebas dari kem tahanan, beliau kembali semula ke akar umbi. Siew begitu tenang ketika mengimbas pengalaman silam dirinya, bagai mengisahkan cerita orang lain. Namun, jalan yang diharunginya, sarat dengan pengorbanan dirinya.
Siew menyumbang segala yang terbaik dalam zaman keremajaan dirinya kepada revolusi sayap kiri. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, beliau ditangkap di bawah ISA, dan ditahan selama 11 tahun. Dalam tempoh 11 tahun ini, kami cuba membayangkan keperitan yang menyeksa dirinya. Tapi Siew tidak mengadu kesengsaraannya, sebaliknya dengan bersahaja berkata, "Saya sangat sibuk semasa dalam penjara. Banyak kerja yang perlu saya habiskan."
Ketika ditanya sama ada beliau merindu sesuatu ketika dalam penjara, beliau menjawab, "Tak ada rindu. Sayalah yang paling tak rindu."
Sememangnya beliaulah yang paling tidak terikat dengan kerinduan. Siew kehilangan ibu pada usia 13 tahun. Bapanya berkahwin kemudiannya. Siew membawa empat orang adik untuk hidup secara berdikari. Oleh kerana kemiskinan, Siew tidak pernah ke sekolah. Beliau bekerja untuk menyara hidup keluarganya sejak usia belasan tahun, bekerja sebagai penoreh getah. Oleh kerana upah yang diperolehi terlalu rendah untuk menyara hidupnya, maka Siew mengambil risiko untuk mencuri getah yang dimiliki "kapitalis asing".
Curi getah untuk sara hidup
Siew seorang gadis pergi menoreh getah bersama beberapa orang pemuda. Siew curi getah pada sebelah malam. Siew melalui landasan keretapi, tanah perkuburan, memikul getah yang beratnya berkilo-kilo ke rumah. Demikianlah caranya membesarkan adik-adiknya. Itu juga punca kesakitan pada pinggangnya. Dah rosak ditekan, gagal diperbaiki lagi, kata doktor.
Siew pernah melalui hari-hari yang paling miskin, membuatkannya amat berani ketika itu. Apabila melalui tanah perkuburan selepas mencuri getah, Siew akan berjalan di depan, dengan lantang menjerit, "Bagi laluan... Jangan panjangkan kaki kau ke sini. Hantu miskin akan memijak hingga kaki kau patah." Orang yang sepasukan dengannya bertanya, "Mengapa kau jerit si hantu miskin?" Siew menjawab, "Apa-apapun hantu akan takut pada hantu miskin. Mampuslah sesiapa yang bertemu dengan si hantu miskin. (Hantu miskin) tak takut apa-apa..."
Maka si hantu miskin ini dengan keberanian yang ada, menyandang jawatan Pengerusi Parti Buruh Bahagian Kepong, pada usia 22 tahun. Pada usia 30 tahun, Siew mencetuskan sesuatu yang menggemparkan. Beliau melanggar perintah polis, merebut mayat rakan seperjuangannya, Lim Soon Seng yang ditembak mati oleh polis. Siew percaya bahawa kejadian inilah yang menjurus kepada penahanan dirinya di bawah ISA selepas 13 Mei 1969.
Pengerusi Bahagian Kepong
Dalam satu temuramah bersama MerdekaReview, Siew Sew Lan mengimbas, ketika pilihan raya pada tahun 1955, Parti Buruh hanya meletakkan dua orang calon di seluruh Tanah Malaya. Salah seorang bertanding di Kepong. Ketika kempen pilihan raya, MCA menayangkan filem, dan Parti Buruh pula menarik undi dengan nyanyian dan ceramah. Siew hadir kedua-dua rapat umum yang diadakan kedua-dua parti politik.
Ketika mendengar pemidato Parti Buruh merungkaikan manifestonya bagaimana sumber negara diagih, Siew menganggap orang miskin ada harapan. Siew amat mengidamkan masyarakat sebegini. Beliau yang terpukau dengan rapat umum, terikut-ikut untuk berlakon bagai pemidato ketika menoreh getah - meniru gelagat pemidato dari Parti Buruh mahupun MCA.
Kemudiannya, Parti Buruh Bahagian Kepong mengadakan aktiviti Hari Wanita pada 8 Mac. Siew dipilih untuk berucap mewakili kaum wanita. Pada malam itu, buat pertama kali Siew naik ke pentas dan berucap di depan ratusan orang.
Pada tahun 1961, Pengerusi Parti Buruh Bahagian Kepong berpindah dari Kepong, maka Siew Sew Lan yang mampu berpidato diangkat untuk menyandang jawatan Pengerusi Parti Buruh Bahagian Kepong.
Siew mengerah tenaga massa untuk membina jambatan, memperbaiki jalan, menderma untuk warga emas. Melihat keadaan ramai yang tidak berpeluang untuk menikmati pendidikan lantaran kemiskinan, maka Siew memimpin untuk mengadakan kelas budaya, kelas bahasa Melayu, kelas tadika. Antaranya, kelas tadika - selain diasuh guru, juga dibekalkan pengangkutan, penginapan dan makanannya. Ibu bapa hanya perlu membayar enam ringgit sebulan, disambut dengan respon yang cukup memberangsangkan.
Siew mengisahkan kisah silam dengan catatan bertulisnya. Beliau tidak pernah menerima pendidikan formal, namun dirinya sangat berminat untuk belajar. Siew mempelajari bahasa Cina daripada adiknya ketika lapang. Siew tidak kesal untuk dipenjarakan 11 tahun, tetapi mengakui kesal kerana tidak tekun belajar dan menimba ilmu ketika berada dalam tahanan.
Seringkali Siew mendakwa dirinya tidak berpengetahuan. Namun dari suntingan yang dilakukannya dalam catatan perjuangan Parti Buruh dan Sayap Kiri, Siew memandang serius catatan bertulis.
Mogok dan perarakan
Selepas menerajui Bahagian Kepong, Siew menoreh getah di sebelah pagi, dan aktif dalam gerakan sosial pada sebelah petang. Hidpunya sibuk tapi padat. Tugas utamanya adalah berpidato, mengutip derma dan menyebarkan maklumat.
Pada 13 Februari 1965, Parti Buruh mengadakan satu perarakan besar-besaran sempena ulang tahun kedua penangkapan Ahmad Boestaman. Siew memimpin Bahagiannya untuk menampal poster dan menyebarkan risalah. Ini kali pertama Siew ditangkap polis, dan ditahan di Penjara Pudu.
Pada 30 Oktober 1966, Siew terlibat dalam kempen "Sokong Vietnam Tentang US", turun ke jalan raya untuk memprotes. Pada tahun 1967, Siew adalah orang yang bertanggungjawab dalam kempen mogok di Selangor. Beliau mengetuai perarakan besar-besaran Ladang Asahan di Melaka, dan mogok kerja di Triang. Ketika mengetuai kaum buruh untuk berjalan kaki dari Melaka ke Kuala Lumpur, Siew ditangkap polis di Melaka, dan dibawa untuk ditahan dalam penjara Pudu.
Pada 9 November 1968, kerajaan melancarkan penangkapan secara besar-besaran dengan ISA, antara yang ditangkap termasuklah pemimpin Parti Rakyat, Parti Buruh, Kesatuan Kerja dan pimpinan siswa. Siew Sew Lan antara nama dalam senarai 148 orang yang ditangkap.
Selepas ditahan untuk dua bulan, Siew Sew Lan dibebaskan dengan syarat. Namun Siew tidak mengendahkan syarat-syarat tersebut. Beliau melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti Parti Buruh selepas dibebaskan.
Rampas mayat dari polis
Pada April 1969, Parti Buruh mengumumkan keputusan parti untuk memboikot pilihan raya umum pada 10 Mei 1969. Siew mengetuai ahli partinya untuk membuat publisiti. Pada 4 Mei, bunyi tembakan bergema di jalan Kepong, ahli veteran Parti Buruh, Lim Soon Seng yang ditugaskan untuk mengecatkan slogan di Kepong telah ditembak polis pada bahagian belakang kepalanya, dan meninggal dunia.
Siew Sew Lan memikul tugas penting untuk menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Berkabung. Pada keesokannya, Siew bersama ahli cawangan partinya menemani keluarga mangsa untuk mengambil mayat. Pihak polis mahu bapa mendiang Lim bersetuju untuk menyemadikan mayat sebelum mengeluarkan surat pembuktian. Bapa Lim menolak permintaan tersebut. Suasana tegang berlanjutan. Akhirnya Siew mengambil keputusan untuk merampas mayat, mengangkat mayat itu sendiri dengan bantuan orang ramai, dan dibawa dengan kereta untuk dijalankan upacara berkabung di Jalan Sultan.
Menurut catatan Sejarah Perjuangan Parti Buruh Malaya, sehari sebelum hari pengundian (9 Mei), mayat Lim dikebumikan. "Perarakan yang disertai 30 ribu orang di pusat Kuala Lumpur, ribuan kain rentang, bendera, slogan menjadi arus yang menderas. Laungan slogan bergema bagai petir. Perarakan untuk mengiringi mayat Lim Soon Seng menjadi perarakan politik yang terbesar dalam sejarah."
Enggan larikan diri
Selepas pilihan raya 10 Mei 1969, berlakulah peristiwa berdarah 13 Mei. Suasana menjadi tegang. Rakan seperjuangan menganggap Siew akan ditangkap kerana isu Lim Soon Seng telah menjadi gempar. Siew dinasihat untuk melarikan diri dengan segera. Namun Siew menolak untuk berbuat demikian.
Dengan tegas Siew berkata, "Bolehkan saya meninggalkan sini dengan begitu sahaja? Larikan diri untuk mengelakkan diri daripada ditangkap? Semestinya anda boleh berkata, biarlah undur dulu sekarang supaya kita mampu mara pada masa depan. Namun dalam keadaan sebegitu, memang gagal untuk saya berbuat demikian."
Pada malam 15 Mei, Siew ditangkap di rumah kediamannya. Turut ditangkap pada masa yang sama adalah adik dan rakan seperjuangannya yang bermesyuarat ketika itu. Pada tahun itu, Siew Sew Lan berusia 30 tahun.
Turun sekali lagi ke jalan raya
Ketika disoalsiasat, polis memaksa Siew untuk mengaku bahawa peristiwa 13 Mei disebabkan peristiwa Lim Soon Seng. Namun Siew dengan tegas menafikannya, malah mendakwa bahawa peristiwa rampasan mayat berlaku disebabkan kerajaan.
"Hikmah saya, jati diri saya lahir kerana desakan kamu, bukan saya miliki secara semulajadi. Saya tidak merancang untuk merampas mayat. Tiada rancangan untuk melakukan sesuatu yang begitu menggemparkan. Kamu (kerajaan) yang paksa saya, bukan arahan daripada Parti Komunis," katanya.
Siew yang tidak pernah menerima pendidikan formal memimpin revolusi dengan hikmah hidupnya, melalui 11 tahun dalam penjara, malah menyesuaikan diri dengan kehidupan baru setelah dibebaskan. (Bahagian pertama, bersambung)
*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. Wawancara ini dijalankan bersama Siew Sew Lan pada 21 Mei 2012, disiarkan pada 7 Jun. Diterjemah dan disunting dari teks asal.
Sumber http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13176
Saturday, June 23, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
follow on fb
share
Blog Pemimpin PS/PR
-
-
Catatan Dhuha april 20195 years ago
-
BLOGGER PERAK
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
-
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat - Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebut yang di ada...
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru - Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara. Lokasi yang m...
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar - Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan sek...
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni... - Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu, banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan Pas... entahl...
-
'UMNO' minta $650 Dari Najib? - EKSKLUSIF Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap Presidennya, Datuk Ser...
-
ISLAM BUKAN BONEKA - (إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَ...
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN… - Lama jugak aku tak menulis. Seronok membaca dan melihat telatah dan gelagat sang pengila kuasa. Seluruh hidup di tumpukan memburunya seakan tiada mati d...
-
Zambry Kadir mungkir janji dihadapan Al-Marhum Sultan Perak kata Rahamat anak Yok Bek [ Video ] - Janji MB Perak di hadapan Al-Marhum Sultan Perak Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0309&pu...
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa... - *Takziah, moga pasangan bahagia ini bersabar dengan ujian Allah...Subhanallah* *kisah di sini dan sini....*
-
TGHA :SYRIA , RAKYAT MANGSA , PEMIMPIN BERLAGA DAN MUSUH UNTUNG - Republik Arab Syria (selepas ini ditulis Syria) adalah termasuk dari kalangan negara...
-
Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!! - Assalamualaikum...Hahahahaha..Lama dah tak gelak dalam blog ni..Kehkehkeh..Maap ramai yang menunggu nak sokong dan tak lupa jugak yang nak hentam aku......
-
42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua - Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden ...
-
Derita Budya Darat - [image: MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.] MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook. [image: BU...
BLOG BLOG PANAS
BLOG PIMPINAN PAS/PR
BLOG PAS/KWSN/CWG
BLOG MUSLIMAT
-
Mengenal Perbedaan Kopi Robusta dan Kopi Arabika - Salam Ngopi!!! bagi penggemar kopi mungkin sudah tidak asing lagi apa itu Kopi Robusta dan Kopi Arabika, Kopi Robusta dan Arabika dalam klasifikasi ilmiah...
-
-
-
Ai Chan Famili - Jeng jeng jeng... Nantikan kisah Ai Chan ye.
-
MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS TAPAH KALI YANG KE 21 - Saf kepimpinan muslimat kawasan bersama perasmi mesyuarat agung pada tahun ini. Doa dan alunan wahyu disampaikan oleh Ustazah Haslinda bt Ismail. Para pe...
-
-
MH370 : AKU TAK SURUH HANGPA PERCAYA TAPI BERFIKIRLAH DENGAN AKAL YANG WARAS - (gambar hiasan) Allah SWT Berfirman: وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا (٨١) Dan katakanlah: "Yang benar telah datan...
-
Polemik Kalimah ALLAH - *Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan mereka.....
-
Peribadi Pejuang. Coret coret ijtimak tarbawi 2013 - Peribadi Pejuang Pejuang senantiasa akan diuji Allah swt justeru itu adalah sunnah orang berjuang. Saya kongsikan 5 Tips untuk memastikan kita mampu berd...
-
MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS - *Muktamar tahunan Muslimat Pas bermula pada 14-15 november.muslimat yang dikasihi sekelian ayuhlah bersama-sama kita menghadiri muktamar kita semoga mendap...
-
Blog Masjid
Blogroll
Archives
-
►
2014
(27)
- ► 08/24 - 08/31 (3)
- ► 06/08 - 06/15 (5)
- ► 04/06 - 04/13 (2)
- ► 01/19 - 01/26 (1)
- ► 01/12 - 01/19 (7)
- ► 01/05 - 01/12 (9)
-
►
2013
(237)
- ► 12/29 - 01/05 (22)
- ► 12/22 - 12/29 (6)
- ► 12/15 - 12/22 (2)
- ► 12/08 - 12/15 (5)
- ► 12/01 - 12/08 (3)
- ► 11/24 - 12/01 (1)
- ► 11/10 - 11/17 (1)
- ► 11/03 - 11/10 (1)
- ► 10/20 - 10/27 (3)
- ► 10/13 - 10/20 (2)
- ► 10/06 - 10/13 (1)
- ► 09/29 - 10/06 (2)
- ► 09/22 - 09/29 (4)
- ► 09/08 - 09/15 (1)
- ► 09/01 - 09/08 (1)
- ► 08/25 - 09/01 (1)
- ► 08/18 - 08/25 (1)
- ► 08/11 - 08/18 (4)
- ► 08/04 - 08/11 (3)
- ► 07/28 - 08/04 (3)
- ► 07/21 - 07/28 (2)
- ► 07/14 - 07/21 (3)
- ► 07/07 - 07/14 (1)
- ► 06/30 - 07/07 (7)
- ► 06/23 - 06/30 (2)
- ► 06/16 - 06/23 (1)
- ► 06/09 - 06/16 (2)
- ► 06/02 - 06/09 (5)
- ► 05/26 - 06/02 (5)
- ► 05/19 - 05/26 (2)
- ► 05/12 - 05/19 (4)
- ► 05/05 - 05/12 (3)
- ► 04/28 - 05/05 (13)
- ► 04/21 - 04/28 (4)
- ► 04/14 - 04/21 (10)
- ► 04/07 - 04/14 (10)
- ► 03/31 - 04/07 (9)
- ► 03/24 - 03/31 (11)
- ► 03/17 - 03/24 (5)
- ► 03/10 - 03/17 (9)
- ► 03/03 - 03/10 (4)
- ► 02/24 - 03/03 (5)
- ► 02/17 - 02/24 (6)
- ► 02/10 - 02/17 (12)
- ► 02/03 - 02/10 (4)
- ► 01/27 - 02/03 (8)
- ► 01/20 - 01/27 (9)
- ► 01/13 - 01/20 (7)
- ► 01/06 - 01/13 (7)
-
▼
2012
(609)
- ► 12/30 - 01/06 (6)
- ► 12/23 - 12/30 (3)
- ► 12/16 - 12/23 (6)
- ► 12/09 - 12/16 (5)
- ► 12/02 - 12/09 (4)
- ► 11/25 - 12/02 (17)
- ► 11/18 - 11/25 (14)
- ► 11/11 - 11/18 (9)
- ► 11/04 - 11/11 (9)
- ► 10/28 - 11/04 (5)
- ► 10/21 - 10/28 (26)
- ► 10/14 - 10/21 (15)
- ► 10/07 - 10/14 (31)
- ► 09/30 - 10/07 (19)
- ► 09/23 - 09/30 (6)
- ► 09/16 - 09/23 (9)
- ► 09/09 - 09/16 (13)
- ► 09/02 - 09/09 (5)
- ► 08/26 - 09/02 (8)
- ► 08/19 - 08/26 (10)
- ► 08/12 - 08/19 (9)
- ► 08/05 - 08/12 (11)
- ► 07/29 - 08/05 (8)
- ► 07/22 - 07/29 (8)
- ► 07/15 - 07/22 (6)
- ► 07/08 - 07/15 (14)
- ► 07/01 - 07/08 (25)
- ► 06/24 - 07/01 (10)
-
▼
06/17 - 06/24
(9)
- Penahanan 11 tahun di bawah ISA: Sew Lan tidak kesal
- Kalau dah di rakam dulu baru siar bukan secara lan...
- Apa kasi rakyat pusing kiri kanan. Buat saja kala...
- Pelakon Hairie Othman sertai PAS
- Panda disusukan, orang utan sendiri mati kebuluran?
- Akhirnya dia berdiri di Pentas ini
- Bukan ke UMNO yang menyekat Bantuan Berkapita Untu...
- Murad diugut diugut ejen BN, dakwa Saifuddin
- Bila Qariah tk mahu Pemerintah yang mahu ini jadinya
- ► 06/10 - 06/17 (4)
- ► 06/03 - 06/10 (13)
- ► 05/27 - 06/03 (15)
- ► 05/20 - 05/27 (13)
- ► 05/13 - 05/20 (15)
- ► 05/06 - 05/13 (10)
- ► 04/29 - 05/06 (10)
- ► 04/22 - 04/29 (14)
- ► 04/15 - 04/22 (11)
- ► 04/08 - 04/15 (6)
- ► 04/01 - 04/08 (10)
- ► 03/25 - 04/01 (12)
- ► 03/18 - 03/25 (4)
- ► 03/11 - 03/18 (15)
- ► 03/04 - 03/11 (23)
- ► 02/26 - 03/04 (12)
- ► 02/19 - 02/26 (7)
- ► 02/12 - 02/19 (12)
- ► 02/05 - 02/12 (14)
- ► 01/29 - 02/05 (11)
- ► 01/22 - 01/29 (10)
- ► 01/15 - 01/22 (14)
- ► 01/08 - 01/15 (18)
- ► 01/01 - 01/08 (16)
-
►
2011
(883)
- ► 12/25 - 01/01 (10)
- ► 12/18 - 12/25 (20)
- ► 12/11 - 12/18 (16)
- ► 12/04 - 12/11 (12)
- ► 11/27 - 12/04 (23)
- ► 11/20 - 11/27 (25)
- ► 11/13 - 11/20 (18)
- ► 11/06 - 11/13 (21)
- ► 10/30 - 11/06 (22)
- ► 10/23 - 10/30 (17)
- ► 10/16 - 10/23 (15)
- ► 10/09 - 10/16 (22)
- ► 10/02 - 10/09 (12)
- ► 09/25 - 10/02 (15)
- ► 09/18 - 09/25 (13)
- ► 09/11 - 09/18 (13)
- ► 09/04 - 09/11 (25)
- ► 08/28 - 09/04 (20)
- ► 08/21 - 08/28 (18)
- ► 08/14 - 08/21 (37)
- ► 08/07 - 08/14 (27)
- ► 07/31 - 08/07 (23)
- ► 07/24 - 07/31 (27)
- ► 07/17 - 07/24 (48)
- ► 07/10 - 07/17 (36)
- ► 07/03 - 07/10 (25)
- ► 06/26 - 07/03 (20)
- ► 06/19 - 06/26 (17)
- ► 06/12 - 06/19 (9)
- ► 06/05 - 06/12 (11)
- ► 05/29 - 06/05 (4)
- ► 05/22 - 05/29 (4)
- ► 05/15 - 05/22 (8)
- ► 05/08 - 05/15 (10)
- ► 05/01 - 05/08 (4)
- ► 04/24 - 05/01 (6)
- ► 04/17 - 04/24 (8)
- ► 04/10 - 04/17 (5)
- ► 04/03 - 04/10 (12)
- ► 03/27 - 04/03 (16)
- ► 03/20 - 03/27 (16)
- ► 03/13 - 03/20 (31)
- ► 03/06 - 03/13 (12)
- ► 02/27 - 03/06 (9)
- ► 02/20 - 02/27 (12)
- ► 02/13 - 02/20 (15)
- ► 02/06 - 02/13 (13)
- ► 01/30 - 02/06 (23)
- ► 01/23 - 01/30 (16)
- ► 01/16 - 01/23 (15)
- ► 01/09 - 01/16 (15)
- ► 01/02 - 01/09 (12)
-
►
2010
(1113)
- ► 12/26 - 01/02 (20)
- ► 12/19 - 12/26 (18)
- ► 12/12 - 12/19 (14)
- ► 12/05 - 12/12 (11)
- ► 11/28 - 12/05 (10)
- ► 11/21 - 11/28 (8)
- ► 11/14 - 11/21 (10)
- ► 11/07 - 11/14 (6)
- ► 10/31 - 11/07 (16)
- ► 10/24 - 10/31 (12)
- ► 10/17 - 10/24 (19)
- ► 10/10 - 10/17 (16)
- ► 10/03 - 10/10 (19)
- ► 09/26 - 10/03 (20)
- ► 09/19 - 09/26 (10)
- ► 09/12 - 09/19 (26)
- ► 09/05 - 09/12 (23)
- ► 08/29 - 09/05 (22)
- ► 08/22 - 08/29 (38)
- ► 08/15 - 08/22 (12)
- ► 08/08 - 08/15 (5)
- ► 08/01 - 08/08 (18)
- ► 07/25 - 08/01 (15)
- ► 07/18 - 07/25 (18)
- ► 07/11 - 07/18 (18)
- ► 07/04 - 07/11 (16)
- ► 06/27 - 07/04 (18)
- ► 06/20 - 06/27 (17)
- ► 06/13 - 06/20 (22)
- ► 06/06 - 06/13 (43)
- ► 05/30 - 06/06 (53)
- ► 05/23 - 05/30 (29)
- ► 05/16 - 05/23 (28)
- ► 05/09 - 05/16 (63)
- ► 05/02 - 05/09 (41)
- ► 04/25 - 05/02 (48)
- ► 04/18 - 04/25 (39)
- ► 04/11 - 04/18 (28)
- ► 04/04 - 04/11 (27)
- ► 03/28 - 04/04 (19)
- ► 03/21 - 03/28 (10)
- ► 03/14 - 03/21 (18)
- ► 03/07 - 03/14 (23)
- ► 02/28 - 03/07 (23)
- ► 02/21 - 02/28 (20)
- ► 02/14 - 02/21 (29)
- ► 02/07 - 02/14 (19)
- ► 01/31 - 02/07 (21)
- ► 01/24 - 01/31 (14)
- ► 01/17 - 01/24 (11)
- ► 01/10 - 01/17 (12)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
►
2009
(451)
- ► 12/27 - 01/03 (14)
- ► 12/20 - 12/27 (14)
- ► 12/13 - 12/20 (14)
- ► 12/06 - 12/13 (11)
- ► 11/29 - 12/06 (20)
- ► 11/22 - 11/29 (18)
- ► 11/15 - 11/22 (17)
- ► 11/08 - 11/15 (11)
- ► 11/01 - 11/08 (13)
- ► 10/25 - 11/01 (18)
- ► 10/18 - 10/25 (17)
- ► 10/11 - 10/18 (12)
- ► 10/04 - 10/11 (16)
- ► 09/27 - 10/04 (22)
- ► 09/20 - 09/27 (9)
- ► 09/13 - 09/20 (16)
- ► 09/06 - 09/13 (14)
- ► 08/30 - 09/06 (12)
- ► 08/23 - 08/30 (19)
- ► 08/16 - 08/23 (27)
- ► 08/09 - 08/16 (21)
- ► 08/02 - 08/09 (22)
- ► 07/26 - 08/02 (23)
- ► 07/19 - 07/26 (16)
- ► 07/12 - 07/19 (15)
- ► 07/05 - 07/12 (17)
- ► 06/28 - 07/05 (9)
- ► 06/21 - 06/28 (11)
- ► 06/14 - 06/21 (3)
1 comment:
Sering berlaku tindakan menghalal cara. Kesalahan dicipta supaya tindakan boleh dilaksanakan.
Post a Comment