Denda berlengan pendek
                 22 Februari 2012
KOTA BHARU - “Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),, semalam.
  Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak  menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping  tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan  premis.
   Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan  MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi  dan tamat pada jam 1 tengah hari.
   Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan  berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di  bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan  buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan  1987).
   Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat berkata, sepanjang tahun lalu,  MPKB-BRI berjaya mengumpul RM70,000 daripada 460 kompaun yang  dikeluarkan iaitu 330 kes merupakan kesalahan membuang sampah di merata  tempat yang dilakukan premis perniagaan dan 130 merupakan kesalahan  individu.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/denda-berlengan-pendek-1.25789
http://www.sinarharian.com.my/semasa/denda-berlengan-pendek-1.25789
No comments:
Post a Comment