Tuesday, January 24, 2012

Pahang Daily Online (PDO): Panas: Guna 'Duit Zakat' Untuk Beli Hotel Mewah, Kerajaan Negeri Di Gesa Halang Urusan Berkaitan


KUANTAN, 22 Jan - Belum pun kes penggunaan wang zakat yang melibatkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) reda, kini heboh pula berita Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pula menggunakan wang zakat. Jika Jamil Khir didakwa gunakan gunakan wang zakat sebanyak RM63,650.00 untuk kos guaman ke atas kes Qazaf membabit Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun, apa yang berlaku di sini sesungguhnya lebih mengejutkan umat Islam dan rakyat Pahang sebenarnya. Ini kerana, daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan MUIP dipercayai mahu menggunakan wang zakat mencecah puluhan juta ringgit semata-mata mahu mengambil alih pengurusan (membeli) hotel MS Garden Kuantan (foto) . Difahamkan, pihak berkenaan telah pun membuat bayaran pendahuluan terhadap hotel terbabit sebanyak RM5 juta dan bakinya akan diambil melalui wang zakat. Apa yang lebih mengejutkan ialah urusan yang berkaitan telah dibuat secara "mengelirukan" hingga menyebabkan ramai pihak kini berada dalam dilema sebenarnya. Ini kerana urusan yang berkaitan dikatakan "memanipulasi" nama pihak istana demi kepentingan beberapa kerat individu di agensi terbabit sebenarnya. Justeru itu, ramai yng terkejut dengan isu ini kerana jika benar dakwaan MUIP mahu menggunakan wang zakat untuk mengambilalih pengurusan sebuah hotel maka ia jelas sekali "lari" daripada matlamat asal zakat itu sendiri. Malah, ia juga tersasar daripada misi MUIP iaitu "Memperkasakan Ummah Melalui Peningkatan Taqwa, Pembentukan Akhlak Yang Terpuji, Pengurusan Sosio-Ekonomi Yang Mampan, Dakwah Yang Berkesan, Pembudayaan Ilmu, Pemartabatan Adat Resam Melayu dan Perundangan Yang Berlandaskan Syariat". Justeru itu, seluruh umat Islam di Pahang digesa bertindak untuk memastikan urusan ini tidak berlaku. Amatlah malang sekali, dikala begitu ramai asnaf (mereka yang layak) menerima wang zakat masih memerlukannya tiba-tiba wang tersebut digunakan bagi tujuan perniagaan (komersial). Maka itu, Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob digesa bertindak untuk menghalang urusan tersebut

Pahang Daily Online (PDO): Panas: Guna 'Duit Zakat' Untuk Beli Hotel Mewah, Kerajaan Negeri Di Gesa Halang Urusan Berkaitan

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak