Sunday, November 13, 2011

Nasihat Toksik daripada dinasor yang semakin pupus aka Dr M

Saya bercakap tentang bekas Perdana Menteri,Mahathir Mohammed, yang sudah mencecah usia 85 tahun dan mungkin menyedari bahawa masanya sudah hampir sampai lalu, beliau muncul untuk terlibat dengan usaha menyebarkan kebencian sebanyak mungkin dalam masa sesingkat mungkin . Beliau umpama ular yang mempunyai patukan yang paling beracun dan terus hidup dalam taman kita; Malaysia. Beliau masih terus ingin berusaha untuk memecah belahkan perpaduan dalam negara dengan racun beliau.


Sesalan besar saya sebagai seorang kanak-kanak adalah keadaan bahawa dinasor telah pupus sejak 65 juta tahun. Sungguhpun begitu, ramai yang meminati binatang ini dan ini jelas menerusi populariti filem-filem sepertiJurassic Park dan Ice Age. Malangnya, dinosaur yang masih wujud antara kita adalah tidak comel atau menakjubkan.

Saya bercakap tentang bekas Perdana Menteri,Mahathir Mohammed, yang sudah mencecah usia 85 tahun dan mungkin menyedari bahawa masanya sudah hampir sampai lalu, beliau muncul untuk terlibat dengan usaha menyebarkan kebencian sebanyak mungkin dalam masa sesingkat mungkin . Beliau umpama ular yang mempunyai patukan yang paling beracun dan terus hidup dalam taman kita; Malaysia. Beliau masih terus ingin berusaha untuk memecah belahkan perpaduan dalam negara dengan racun beliau.

Beliau nampaknya mempunyai empat objektif besar, pertama; untuk menyebarkan kebencian antara kaum dan rakyat Malaysia, kedua untuk memutuskan siapa yang akan menerajui negara ini, yang ketiga untuk memastikan bahawa ketiga-tiga anak beliau yang tidak seberapa itu dapat juga memerintah negara ini suatu hari kelak apabila beliau sudah tiada dan akhir sekali melenyapkan nama Anwar Ibrahim di arena politik negara. Semua ini malangnya akan gagal.

Perkara yang pelik untuk diperkatakan seorang diktator

Pada Khamis lepas, Mahathir telah membuat beberapa kenyataan yang muncul dalam berita. Pertama, beliau mengisytiharkan bahawa memperjuangkan hak individu adalah tidak bertamadun. Majoriti katanya, perlu diberi keutamaan berbanding minoriti. Masalahnya, bagi individu-individu yang tidak bertamadun seperti Mahathir sendiri, semasa beliau menjadi Perdana Menteri, beliau sepatutnya tahu apakah yang dimahukan oleh golongan majoriti.

Beliau kemudian memusnahkan institusi di negara ini dan menjadikan institusi-institusi tersebut lemah dan menyedihkan seperti yang kita dapat lihat pada hari ini serta memperkayakan kroni beliau seperti Daim Zainuddin, Tajuddin Ramli, Francis Yeoh, Tan Sri Ananda Krishnan dan Vincent Tan dan beliau juga membenarkan rasuah berleluasa di Malaysia hingga ke hari ini.

Salah satu masalah dengan Mahathir adalah tidak penting kepadanya sama ada anda melakukan rasuah atau tidak, beliau hanya mahu tahu sama ada anda menyokong beliau atau tidak.

Kemustahilan Matematik

Hak-hak individu adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh diganggu oleh seorang diktator tua yang ganas. Majoriti adalah gabungan individu. Kita boleh berikan Mahathir satu salinan karya John Stuart Mills tetapi ia adalah sesuatu yang sia-sia untuk seseorang yang hanya berkhidmat untuk diri sendiri dan hipokrit. Mahathir hanya mengambil berat perihal dirinya sendiri.

Mahathir kemudian sering menegaskan bahawa orang Melayu berada dalam bahaya kerana boleh pada bila-bila masa menjadi golongan minoriti di Malaysia. Ini, sudah tentu, mustahil dari segi matematik. Tetapi Mahathir bukanlah ahli matematik, dia adalah satu ‘demagogue’ dan mereka bukanlah ahli dalam fakta mahupun angka.

Dalam hujah Mahathir, orang Melayu yang membentuk 60% daripada penduduk Malaysia akan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Sebenarnya, hanya dua kumpulan, penyokong BN dan penyokong Pakatan Rakyat. Terdapat juga fakta bahawa penyokong BN semakin berkurangan setiap hari.

Oleh itu, hujah Mahathir bahawa orang Melayu, yang membentuk 60% daripada rakyat Malaysia, yang mempunyai kadar kelahiran tertinggi dan potensi terendah untuk berhijrah akan menjadi minoriti; adalah tidak munasabah.

Betul, anda patut malu dengan diri anda sendiri

Mahathir juga mengajar rakyat Malaysia untuk berasa malu jika mereka tidak memberi 100% daya usaha kepada apa-apa perkara yang diserahkan kepada mereka. Mahathir harus ambil nasihat ini sendiri, melainkan jika dia merasakan ia adalah terlalu pahit untuk ditelan.

Bekas Perdana Menteri ini melihat sendiri kegagalan projek-projek meganya seperti Proton, Perwaja dan Menara Berkembar yang terus diseret dalam senario ekonomi negara hingga ke hari ini. Hasilnya negara kini berdepan dengan pelbagai masalah seperti kadar jenayah tinggi, ketegangan kaum, kebanjiran pekerja asing dan pelbagai lagi yang diwujudkan semasa pemerintahan Mahathir.

Jika ada sesiapa yang perlu belajar erti perkataan malu, ianya adalah Mahathir sendiri. Walau banyak manapun buku-buku yang tidak jujur yang beliau tulis tentang dirinya sendiri, ia tetap tidak boleh ubah semua itu. Dan seperti beliau, legasi beliau haruslah dimasukkan ke dalam tong sampah.

Malaysia Chronicle

1 comment:

batu pelangi/BZ said...

Dia inilah punca orangx melayu boleh
berpecahbelah.Dia inilah juga yang
menghina dan meletakkan taraf Rajax
Melayu dibawah tapak kaki.Dan Dajjal
inilah juga yang menghina Nabi SAW
dan agama Islam.Semasa pemerintahannya habis jahanam jabatanx kerajaan dan pasukan beruniform diperkudakan.So,apax yang
keluar dari mulut dia sekarang ini
jangan dilayan.Cuma merekax yang
berketurunan LEMBU saja yang masih
menyanjung Dajjal ini.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak