Wednesday, August 24, 2011

Panel khas: Kami mahu jaminan konkrit Najib tiada PRU, kata PAS



Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) berkata perkara yang lebih penting bukan penubuhan jawatankuasa itu tetapi jaminan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tegas beliau: “PAS mahu satu jawapan konkrit dan jaminan daripada Najib bahawa pilihan raya umum ke-13 hanya akan diadakan dengan melaksanakan cadangan pembaharuan yang diputuskan jawatankuasa khas ini.

“Adakah tidak akan berlaku pembubaran (Parlimen) sebelum jawatankuasa ini selesai menjalankan tugas? Adakah cadangan pembaharuan ini akan dilaksanakan dalam pilihan raya umum ke-13, jika tiada jaminan (daripada Najib) tiada makna jawatankuasa ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, sekiranya Najib tidak dapat memberikan jaminan itu PAS akan menolak untuk sertai jawatankuasa itu.

“Sama ada jawatankuasa khas ini dirangka daripada tuntutan Bersih 2.0 ia bukan perkara penting . . . yang penting Najib mesti berani mengatakan jawatankuasa ini akan laksanakan cadangan pembaharuan dan hasil jawatankuasa ini.

The Malaysian Insider

1 comment:

Khairi said...

Syabas YB Salahuddin, kami bersama anda, PAS,PR, NGO & rakyat dalam perjuangan utk kesaksamaan undi utk setiap rakyat Malaysia yang berhak mengundi. SPR boleh memberi seribu alasan tetapi kami rakyat tidak bodoh utk menerima jawaban SPR begitu saja tanpa disokong dgn bukti yang kukuh. Inilah satu caranya. Yang lebihnya ada pada Bersih 3.0, seandainya kera jaan yang ada masih tidak mahu mengambil iktibar dari Mesir dan Libya. PM Najib, sudahlah, dunia ini terlalu sedikit nikmatnya, jangan nak digadai dgn kesenangan akhirat yang kekal abadi. Masih tak mahu berubah?

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak