Saturday, August 6, 2011

Bersih 2.0: Kedutaan Malaysia di Mesir beri jaminan selesai isu pelajar dibuang

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat berkata Kedutaan Malaysia di Mesir memberi jaminan akan menyelesaikan isu pembuangan seorang penuntut Universiti Al-Azhar kerana terlibat dengan Himpunan Bersih 2.0 di negara itu.

Menurut Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS pusat Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, hasil pertemuan dengan Duta Besar Malaysia di Mesir Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti telah membuahkan hasil.

Pada awal bulan ini, Ahmad Zamri dan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan telah mengadakan lawatan ke Mesir untuk menemui penuntut itu Firdaus Mazlan, pelajar tahun akhir Syariah Islamiah Al-Azhar yang dibuang kerana menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 yang disertai ratusan penuntut lain.

Difahamkan penuntut yang berasal dari Selangor dibuang tanpa sebarang notis bertulis dan alasan yang diberika pengurusan Universiti Al-Azhar “kerana menganjurkan Himpunan Bersih 2.0.”

“Kita telah ke sana (Mesir) pada 2 Ogos lalu, isu ini berlaku rentetan daripada Himpunan Bersih 2.0 yang mana seorang penuntut kita telah dibuang daripada pengajian dan kita ke sana untuk menyiasat perkara ini.

“Kita juga telah berjumpa dengan Duta Besar Malaysia di Mesir, hasil pertemuan itu membuahkan hasil yang positif yang mana pihak kedutaan akan menyelesaikan masalah itu dengan segera bagi membolehkan penuntut ini meneruskan pengajian,” kata Ahmad Zamri pada sidang media di sini.

Beliau menambah, pihaknya juga telah meminta Firdaus untuk menghantar surat kepada Kedutaan Malaysia sebelum perbincangan diadakan dengan pengurusan Universiti Al-Azhar.

Jelas Ahmad Zamri, selain Firduas terdapat ramai penuntut lain yang turut dikenakan tindakan termasuk dibuang asrama dan disenaraikan hitam daripada mengambil peperiksaan akhir.

“Hanya kerana menganjurkan dan menyertai Himpunan Bersih 2.0, di Mesir mereka hanya berkumpul dan mengambil tandangan sebagai tanda sokongan terhadap lapan tuntutan Bersih 2.0 tidak sampai 15 minit pun.

“Mereka juga tidak memberikan ucapan, hanya 15 minit dan mereka tidak menerima notis bertulis...hanya secara lisan,” katanya.

Sebelum ini Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya mahu Kementerian Pengajian Tinggi campur tangan menyelesaikan isu hampir 50 penuntut Malaysia di Mesir dikenakan tindakan kerana menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Pada 9 Julai lalu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara sebagai langkah menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan.

Selain Malaysia, perhimpunan sama turut diadakan di beberapa buah negara sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0 termasuk Mesir.

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak